Buku motivasi Dr Tuah Iskandar – Jom Mantop
Jom Mantop adalah buku motivasi Dr Tuah Iskandar.
Jom Mantop merupakan hasil nukilan terbaru beliau selepas Jom Mengetop dan Jom Jaguh. Saiznya kecil, cover depan dihiasi ilustrasi karikatur Dr Tuah seperti dua buku motivasi lain sebelumnya.
Pada saya buku motivasi ini membawa banyak kelainan.
Ada 5 kelainan dijumpa selepas saya selesai membaca buku ni, antaranya…
1. Saiz buku motivasi ini kecil, mudah untuk diselit untuk dibawa ke mana-mana, dibaca di mana-mana, difikirkan kandungannya di mana-mana.
2. Nipis. Hanya ada 239 halaman, tidak termasuk kulit buku dan promosi buku-buku motivasi lain di bahagian belakang. Ramai orang malas nak baca buku motivasi tebal.
3. Harga amat murah. Cuma RM10.
3. Setiap artikel ditulis dalam 2 muka surat sahaja.
4. Artikel pada muka surat bernombor ganjil akan ada tertera lukisan karikatur Dr Tuah.
5. Ada 115 artikel motivasi dengan tajuk-tajuk berlainan. Anda boleh baca secara ‘lompat-lompat’.
Buku motivasi Jom Mantop memang best.
Best sebab kecil, pada dengan maklumat dan motivasi digarap dari kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling kita, dipetik dari sumber berita memaparkan kisah sebenar dari serata dunia, termasuk Malaysia.
Dr Tuah Iskandar seakan mahu kita menggarap motivasi dari setiap perkara yang kita lihat, dengar dan baca.
Beli Jom Mantop sekarang, baca dan rasailah kelainannya seperti yang saya alami.
Amat disyorkan!
Berbaloi untuk sekeping wang berwarna merah, bernilai RM10. Kat kedai buku lain, mungkin harganya akan menjadi RM13.
