1 Jam 43 Minit

Salam pembaca iMotivasi, moga bersemangat sentiasa.

Hari ni sangat mencabar buat saya. Secara tak sengaja, lutut kiri yang dalam proses penyembuhan, sakitnya kembali lagi. Lagi teruk! Tiap kali nak melangkah berjalan, sakit betul di lutut sebelah kiri..

Nak tak nak,kaki kiri saya terpaksa melangkah ‘keras’ macam kaki patung ke mana-mana, tak boleh nak melangkah laju. Maybe kura-kura lagi laju..

Tengahari tadi saya dan kawan berbasikal ke Kota Kinabalu, kali pertama dia mengikut saya berbasikal sebegitu jauh. Boring katanya duduk di tempat kerja.

Hari Jumaat, selepas jam 11 tak ramai warga tentera masuk ke siber kafe kami.

Saya sengaja tak nak naik bas, sebab diwaktu peak hours di hari Jumaat begini, jalan jem dan pengangkutan awam pula selalu penuh. Masa untuk menunggu bas, sama dengan masa ketika saya menunggang basikal, jadi lebih baik berbasikal dari menuggu bas sejam lamanya.

Mulanya saya cuma mahu jalan seorang sebab saya cuma nak hantar report dan cash terkumpul untuk bulan Julai 2008. Biasanya, bila berseorangan saya boleh sampai dalam jangka masa 40 minit.

Tetapi, bila kami berbasikal bersama-sama, masanya 1 jam 43 minit!

Fuhh.. Saya tak sempat bawa kamera untuk snap gambar.. Lagipun ni time kerja, tak boleh keluar lama. Rasa gusar mula menyerang.

Kawan saya yang seorang ni agak gempal dan dia suka menggunakan gear rendah tatkala mengayuh..Perjalanan dari Lok Kawi ke bandar Kota Kinabalu tu sungguh seksa buat dia.

Dia mengadu mula merasa sakit di pinggang, paha dan tulang pinggul, sebab ini pertama kali dia berkayuh jauh ikut saya. Tiga kali kami singgah di perhentian bas sebab dia mahu berehat dan minum air.

Saya rasa serba salah, sebab membenarkan dia join saya sekali. Tapi dia yang beriya-iya nak ikut.

Mukanya merah padam, berpeluh, nafas turun naik kencang, berbasikal tengah panas pula tu. Selepas selesai sembahyang Jumaat, kami berbasikal balik ke kem Lok Kawi.

Saat ini tragedi bermula. Sewaktu mengelak kereta yang memecut laju dari traffic light di Tanjung Aru, saya tak nampak lubang tepi jalan di depan saya. Saya menoleh ke kanan, ke arah kereta tu yang dipandu laju, sedangkan lubang dalam ada di sebelah kiri.

Dubb! Tayar basikal saya termasuk ke dalam lubang tu. Saya panik! Kesan hentakkan drastik membuat pergelangan tangan saya kebas tiba-tiba. Kawan saya jauh sedikit di depan.

Lubang tersebut adalah kesan dari tayar lori, maybe time berlumpur, lori tersebut parking di situ atau tersangkut dalam lumpur dalam..Bila kering, lubangnya dalam lebih kurang sehasta, atau satu kaki.

Bila mengayuh semula, saya perasan lutut saya terasa pedis, ngilu. Heran. Tiap kali digerakkan, tiap kali itu juga sakitnya mencengkam.

Ya Allah, what hapen? Aduhhh, sakit betul !.. Ngilu muncul semula, maybe sebab hentakan kuat yang tiba-tiba tadi. Kes sama sewaktu mula-mula eksiden dulu, dari hentakan kuat juga.

Sambil mengayuh, sambil itu saya gigi mengeras, dahi berkerut menahan sakit..Air mata mula bergelinangan, hidung mula berhingus, mata mula pedih. Saya beritahu kawan tu yang lutut kiri saya sakit, jadi kami jalan slow saja..

Sampai di Lok Kawi, saya terbaring..Seksa sungguh.

Perjalanan balik yang sepatutnya 40 minit, jadi 1 jam 56 minit, sebab kawan saya ni masih lagi berkayuh perlahan, selain kepala lutut saya yang pedih. Tak ada darah atau bengkak apa-apa, cuma pedih!

Solat Asar 4 rakaat, seksa benar buat saya, terutama saat duduk di antara dua sujud. Saya bertanya kawan-kawan di sini jika ada orang yang pandai mengurut. Jawapan mereka, tidak ada.

Klinik jauh lagi, di pekan Putatan. Saya tak larat nak berkayuh sejauh itu, walaupun boleh ditahan sakit ketika berkayuh, tapi bila dah berhenti, saya akan jadi cukup seksa menahan pedih.

Jika Anda di tempat saya, sanggupkah Anda menahannya?

Share This Post

8 Responses to “1 Jam 43 Minit”

  1. megat Says:

    ohoh mungkin kategori sakitnya tak sama tapi mengambarkan kesakitan itu rasanya sama dengan apa yang aku sedang lalui.

    mungkin kita boleh ceritakan apa yang kita rasa kepada orang lain, namun yang betul-betul merasainya adalah kita yang menahan kesakitan itu.

  2. adybrisbane Says:

    Salam shueqry,

    Membaca n3 Shueqry membuatkan hati saya sangat sedih.Sedih dengan apa yang menimpa Shueqry.Saya hanya mampu doakan agar Shueqry sentiasa selamat dan cepat sembuh dan lebih sihat.Semalam saya baru di sedarkan bahawa anugerah kekayaan terhebat adalah anugerah kesihatan.Bersyukurlah kepada Allah yang menganugerahkan kita kesihatan yang baik walaupun kita mungkin tidak mempunyai kekayaan wang ringgit.Jika kita mempunyai kedua-duanya, kekayaan dan kesihatan bertambah2lah kesyukuran kita kepada Allah.

  3. fati Says:

    Salam shueqry,

    Patutlah antara slogan saudara ‘be strong’. Macamana saudara boleh berbasikal dengan lutut yang sakit, ngilu camtu…. Saudara ni benar-benar tabah fizikal, mental, emosional dan spiritual. Kalau tidak tak kan dapat bertahan. Semuga saudara cepat sembuh…

  4. nilaijuta Says:

    Salam Shueqry,

    Sabarlah ye.. sabar separuh daripada iman.

  5. Ijah Says:

    Askum… Hai… Memang sakit klau kat lutut… Sedangkan saya pnah terjatuh sikit pun mmg menyakitkan, 2 belum luka lagi… Baru lebam… Anyway… Ble tau apa pekerjaan awak? Keja kat mana? Dah brp lama menatap kat sini? dan saya dah add website awak kat dlm blog saya… Kalau berbasikal dr Lok Kawi 2 mmg la jauh… Lain kali, sediakan ‘payung sblm hujan’… Baru senang bila berlaku keadaan yg tidak diinginkan… Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’…

  6. nanako Says:

    salam shueqry,

    ALLAH sedang menguji kesabaran dan kekuatan kamu..
    ini menandakan DIA sangat sayang pada kamu..
    jangan sesekali mengeluh ya..semoga kamu tenang dan sabar menempuhi semua ini..

    saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kamu..

  7. IRAH Says:

    Kesabaran adLAH kUnci utama untuk bejaya…Allah amat suka jika hambanya bersifat sabar.

  8. Shueqry Says:

    Sabar bukan hanya separuh dari iman, tapi bukti ketebalan iman di hati ..

Komen? Pendapat?