10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 10

Salam, apa khabar Anda hari ini?

Tips kejayaan dari Donald Trump yang terakhir adalah :

“I Accept Critics. I Listen To The Bad And I Hear The Good. Whatever People Put A Bad Critic On Me, My Business or My Job, I Just Ignore Them”.

Apa jua yang kita lakukan dan bila ia dilihat oleh orang lain, mereka cenderung untuk mengkritik. Secara default (automatik) kritikan yang keluar adalah negatif,

Jarang Anda jumpa orang yang berfikiran positif yang selalu bersangka baik. Memang jarang. Perkara ini saya lalui sendiri.

Bila Anda dikritik teruk, seperti kata Donald Trump, biarkan saja mereka. Respon Anda? Senyum. Senyum dan terus tersenyum.

They always talking, talking and talking.

Mereka hanya sekadar bercakap, cakap dan terus bercakap mengikut ukuran mereka dan pengamatan mereka sendiri. Sometimes, mereka memaki “bodoh.”

Bila Anda mengalami situasi sebegini dan semangat Anda turun, biarkan saja mereka. Teruskan dengan kerja Anda dan teruskan dengan semangat usaha Anda memburu kejayaan, mahu mencapai apa yang Anda targetkan.

Pengkritik negatif sebegini sebenarnya tidak menghormati orang lain dan hanya tahu mengkritik mengikut persepsi mereka saja. Cara terbaik berdepan dengan kritkan mereka, buat tak kisah atau kata lainnya, buat “donno”.

Kesannya, mereka akan diam juga. Paling ketara, mereka semakin ketinggalan dari segi pencapaian akademik, kerjaya, kewangan dan intelektual manakala Anda pula semakin maju ke depan meninggalkan mereka.

Orang yang kuat mengkritik sebenarnya malas berusaha. Orang yang rajin berusaha, mereka lebih suka diam-diam.

Jangan patah semangat bila mendengar kritikan negatif. Tukar ia sebagai pembakar semangat untuk Anda buat yang lebih baik. Be strong!

Saya masih ingat kata-kata Donald Trump dalam buku We Want You To Be Rich..“We’re made to make mistakes. But, we can learn from mistakes. I even fail once!” (oh, saya dah jual buku tu sebab takde duit !)

Menjadi billionaire dan orang faymes seperti Donald Trump amat sukar dan memerlukan ketahanan mental kerana Anda berdepan dengan beribu kritkan negatif dari orang sekeliling yang hanya tahu menuding jari kesilapan kecil yang Anda pernah lakukan, walaupun ia sebesar kaki semut.

Hanya Anda yang tahu apa yang terbaik untuk diri Anda sendiri. Oleh itu, bila dikritik, tukar kritikan tersebut menjadi api yang membara, membakar semangat Anda, hangat memacu usaha Anda untuk terus mencapai kejayaan dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes.

Moga berjaya!

Share This Post

5 Responses to “10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 10”

  1. ahib0205 Says:

    “Hanya Anda yang tahu apa yang terbaik untuk diri Anda sendiri”

    memang kita tau segalanya tentang diri kita. tak sapa paham sapa diri kita yg sebenar. tp pada certain perkata kita ada jugak terlepas pandang pada diri kita. sbb tu kita kena kongsi dgn org :)

    soal kritikan menjadi api smgt membara baru sy jadikan amalan. puncanya sy down baru2 ni. ye la, kritikan dari mak dan ayah terhadap kegiatan blogging sy even sy dh tunjukkan hasil.

    Sy tertarik dgn term “Kita dilahirkan utk buat salah”. Patut la byk betul kesalahan yg sy buat.

    P/s: bro, ayah sy pernah ajar sy perbezaan keperluan dgn kepentingan. ada kala benda tak perlu tu kita tak yah ngada2 wat sbg kepentingan. Cth mcm sy syik pakai baju setahun lepas. pastu nk beli baju baru. sy perlu beli baju baru tapi bukan kepentingan utk sy beli baju sbb baju tu still boleh guna. hohoho.. just my 2 cent. keep in track buddy :)

  2. Ramzan Rajablog Says:

    Thanks bro for the tips :D

    How are you? dah lama tak borak but your writing still menyengat and very eseful :D

    i also received few bad comments, i try to just forget about it but it takes 2 days to throw out the comment from my mind and yeah, i good as new lepas tu ;)

  3. FREE Download Says:

    Bravoo.. I respect la sebab ada begitu banyak info kat sini. Ni nak kena bookmark ni. Nanti-nanti bila free boleh baca.

    Nice..

  4. Shueqry Says:

    Thanks Free Download.

    Sebenarnya blog ni simple saja, terima kasih sbb rajn berkunjung ke sini.

    Thank You !

    -Shueqry-

  5. Shueqry Says:

    Ahib,

    Thanks for the comments :)

    Benar, kita perlu membezakan mana satu kepentingan dan mana satu kemahuan.

    Actually it depends dengan level kewangan dan emosi seseorang. Hal ni subjektif.

    Ramzan,

    Thanks for coming. Akhirnya dapat juga you tinggalkan kesan “tapak kaki’ di blog ni ..

    Saya juga dah lama tak masuk RajaBlog.info, miss that blog so much!

    Menyengat? uih .. rasanya blogger lain laaagi menyengat dan berbisa. Terasa banyak lagi yang saya kena belaja dan kuasai. Kekaguman saya pada blogger-blogger hebat ni tetap tinggi macam dulu ..

    Anyway, thanks for the comments!

    -Shueqry-

Komen? Pendapat?