10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 2
Ini tips kedua di dalam siri 10 Petua Kejayaan dari Donald Trump. Hari ini, tipsnya adalah…
2. “Listen To Your Gut,No Matter How Good Something Sounds On Paper”
Bak kata Andrew Matthew, Follow Your Heart. Naluri kita merupakan suara bisikan dari roh kita. Perkataan lain, ia dikenali sebagai gerak hati, intiusi dan deria keenam.
Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu selalu dengar kata hati kerana dia melihat apa yang tak dinampak oleh mata kasar kita. Mata hati melihat yang halus dan yang tak terfikir oleh kita.
Dengan itu, perlu berjaga-jaga dan bersedia, tak kira baik atau buruk. Maksudnya, kita bersedia untuk berdepan dengan yang buruk dan dalam masa yang sama, bersedia untuk berdepan dengan yang terbaik.
Kekadang kita tak mengendahkan kata hati atau bisikan naluri, tapi menyesal bila apa yang kita tak ingini berlaku tanpa disedari. Donald Trump kata, “instinct play a special role in any kind of business you’re engaged in”.
Dengar kata naluri Anda dalam membuat keputusan atau ketika mahu membuat sesuatu perjanjian. Sebalik jasmani, kita ada rohani.
Selalulah meihat ragam dunia dari perspektif berlainan.
Dari situ, Anda akan nampak perbezaanya.
January 21st, 2008 at 8:57 am
Ini memang penting.
Ia merupakan kerja minda separa sedar kita.
January 21st, 2008 at 9:16 pm
Betul Raymond..
Ini semua kerja minda separa sedar kita
January 25th, 2008 at 4:52 pm
Salam Shueqry,
Bagaimana cara yg mudah kita hendak tahu suara hati ini? Apa kah signal atau amaran nya? Kadang2 kita boleh terkeliru yg mana satu? Perbezaan nya mungkin sama tapi tak serupa. Saya lagi cari kalau jumpa akan kongsi disini. Terima kasih.
August 14th, 2008 at 7:31 pm
this is what i believe, i believe that Allah will guide us to doing whatever, to achieve the goal
August 17th, 2008 at 11:28 pm
Insya-Allah. Aku selalu bergantung pada naluri. Tetapi kadang2, kene bergabung gak dengan lojik dan pemikiran yang panjang.