10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 3
Kali ini, kita sambung semula tips motivasi kejayaan dari Donald Trump. Bagi Anda yang baru masuk ke sini, ikuti tips sebelumnya di sini dan di sini.
Tips yang ketiga dari Mr Trump sangat simple, ringkas dan memang ramai orang lupa.
Apa dia? Kata Donald Trump : “Passion”.
Passion yang dimaksudkan olehnya adalah keseronokan bekerja. Orang-orang yang berjaya seronok dengan kerja mereka dan menjadikan kerjaya seharian bukan kerjaya, tapi hobi.
Lihat saja penyanyi, artis, pemuzik, penulis, blogger, designer, usahawan dan penggubah lagu.
Mereka melakukan kerja yang menjadi minat mereka. Oleh kerana dah minat, mereka sanggup melakukannya selama yang mungkin dalam sehari kerana mereka makin seronok dibuatnya.
Walaupun nampak macam bekerja, tapi sebenarnya mereka berseronok dengan ‘hobi’ mereka.
Donald Trump didedahkan dengan perniagaan hartanah (real estate) sejak dari kecil lagi. Bapany, Fred Trump mendedahkan beliau dengan kerja-kerja di tapak pembinaan sejak beliau masih remaja, lalu minat pada hartanah dan real estate muncul begitu saja dalam dirinya.
Selepas tamat latihan tentera, Donald Trump menceburkan diri dalam bidang pembangunan hartanah bersama syarikat bapanya. Setiap hari dia bekerja dengan penuh tekun, sungguh-sungguh dan konsisten, kerana dia melakukan apa yang menjadi hobi padanya.
Heran juga, ahri ini walaupun dah jadi billionaire, dia masih bekerja. Sebab, kerja itu adalah hobi baginya. Jadi, tips motivasi kali ini, cuba jadikan kerjaya Anda sekarang ini sebagai hobi Anda.
Saya percaya keseronokan akan timbul dan Anda pergi kerja dengan penuh bersemangat!
January 22nd, 2008 at 9:22 pm
Saya memang beraasa seronok dengan kerjay yang saya lakukan sekarang.
I live in my passion!
January 23rd, 2008 at 11:50 pm
Semangat yang tinggi dimiliki dengan satu kesedaran yang positif. Kesedaran yang merangsang emosi seterusnya membakar semangat seorang JUARA dalam apa saja bidang yang mereka minati.
July 24th, 2008 at 4:13 pm
salam
keseronokan bekerja akan dipengaruhi pelbagai perkara. internal & external.
dan yang paling utama…anda memang minat kerja tersebut dan ada matlamat terdapat kerja itu…
tq!
August 17th, 2008 at 11:42 pm
benar. Setiap kali aku buat kerja yang aku minat, aku sangat gembira dan suka hati. Lagi-lagi bila ianya mencapai matlamat aku selama ini.
October 23rd, 2008 at 3:30 pm
walaupun dapat kerja yang xdiminati sekalipun …harus belajar untuk mencintai apa yang sedang kita usahakan….
November 29th, 2008 at 1:51 pm
betul tu..kalau kita seronok dgn kerja yg kita buat..segalanya boleh jadi terbaik walaupun kita tak buat dengan sehabis baik.dan yang pasti sanggup korbankan masa rehat utk bekerja…