10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 6

Dalam tips motivasi kali ini, saya teruskan dengan petua kejayaan Donald Trump yang ke-6. Petua tersebut adalah..

“I Try To Learn From The Past, But I Plan For The Future By Focusing Exclusively On The Present”.

Boleh jadikan masa lalu sebagai panduan, pengajaran dan pengalaman tetapi jangan asyik menjadikan pencapaian di masa lepas sebagai kayu pengukur pencapaian masa sekarang dan di masa akan datang. Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa kini dan masa hadapan.

Jadi, kenapa perlu samakan masa kini dengan masa lalu? Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang.

Kata Donald Trump lagi, “by focusing on what you can do today to change your life, you are ensuring that you will reach your goals sooner rather than ’someday’ “. Fokus pada apa yang Anda boleh lakukan hari ini untuk mengubah masa depan Anda.

Bila melakukannya step by step, sudah pasti apa matlamat yang Anda mahu capai lebih cepat datang pada Anda, berbanding jika asyik menyamakan masa kini dengan masa lalu. Jika asyik memandang ke belakang, takkan ada kemajuan.

Pendek kata, fokus biar ke masa depan, bukannya asyik memandang ke belakang. Perkara yang lepas, usah di kenang lagi, biarkan berlalu begitu saja kerana ada perkara lain di masa hadapan yang lebih penting, lebih cemerlang dan yang lebih berjaya.

Walaupun Donald Trump pernah diisytihar muflis gara-gara hutang dan hampir bankrup di masa lalu, dia tak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang atau sebagai sebab untuk dia berhenti, bahkan menukar kegagalan di masa lalu sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula dari kesilapannya. Akhirnya, dia berjaya menjadikan namanya gah di seluruh dunia.

Anda bagaimana pula?

Apa yang Anda mahu capai dalam hidup ini?

Share This Post

4 Komen Pembaca


  1. Salam Shueqry,
    Mana saja menghilang? Tapi tak mengapa tentu sibuk sekali dgn tugas.
    Kadang2 kejayaan itu lambat datang dan kadang2 sengaja dilambatkan. Kenapa? Sebab bila dah berjaya, nanti berhenti berusaha. Cuba teka faham tak maksud saya.
    Terima kasih artikel hari ini.

    Quote | Posted January 28, 2008, 11:07 pm

  2. waalaikum salam Rass..

    Terima kasih. Saya tak menghilang ke mana-mana, cuma dalam beberapa hari ini sibuk dengan tugasan baru.

    Kami buka cyber cafe baru di kem tentera dan sekarang dalam proses pembikinan, wiring, buat meja dan kemudian pasang pc ..

    Tu yang menjadikan diri saya cukup sibuk.

    Syukur saya masih ada masa untuk menulis di sini..

    -Shueqry-

    Quote | Posted January 29, 2008, 8:05 pm

  3. Salam Shueqry,
    Terima kasih banyak kerna respon.
    Saya bayangkan awak mungkin sibuk dgn kerja baru, kawan baru, boss baru tempat baru semua pengalaman baru lagi mengembirakan itu. Tup..tup..tup buka cyber cafe baru lah, syabas, tahniah di kem tentera wah! tentu hebat. Pengalaman baru dpt tengok org tentera, disiplin, tegas, cergas, kalau buat janji mesti janji tentera ini pinjam cakap Dr. Tuah biasalah dibuku motivasi dia tu. Macam awak kita pun pinjam cakap dia, kita tukar prinsip ikut janji tentera bukan janji Melayu katanya. Kali terakhir saya dpt tengok tentera ini kan, tentera TLDM senang cakap tentera laut sebelum mereka berpangkal pulang ke Lumut Perak. Seronok tengok tentera2 ini penuh disiplin. Tak kira lah tentera laut, darat atau udara disiplin peganggan mereka.
    Baiklah Shueqry selamat bertugas semuga berjumpa dari masa ke semasa. Salam Ceria.

    Quote | Posted January 29, 2008, 10:29 pm

  4. salam

    pengalaman lepas adalah sebagai kayu pengukur untuk hari ini, dan hari ini adalah kayu pengukur untuk kejayaan pada masa hadapan…

    tq!

    Quote | Posted July 24, 2008, 4:26 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini