10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 9
Dalam apa jua yang Anda lakukan, buat dengan konsisten.
Maksudnya, melakukan sesuatu dengan penuh sabar, berterusan, konsisten, takde lompat-lompat dan takde main-main sehingga apa yang dihajatkan tercapai.
Konsistensi akan terhasil dari momentum. Momentum pula terhasil bila kita sudah fokus melakukan sesuatu.
Bak kata Dr Tuah, buat sampai jadi. Kekadang kita buat lebih dari satu perkara dalam satu masa. Buat biar betul-betul dan sampai nampak hasil walau cemana susahnya apa yang kita lakukan sekarang ni.
Donald Trump terjun dalam bidang hartanah dari zaman muda sampai ke tua.
Dalam waktu itu, dia tak pernah tukar bidang bisnesnya kepada bidang yang lain dan hanya menumpu kepada satu bidang saja, iaitu hartanah sedangkan level kewangan beliau membolehkannya untuk beralih arah ke bidang perniagaan lain yang lebih luas.
Tapi, dia mengambil keputusan untuk konsisten dalam hartanah sahaja.. Walaupun dia pernah rugi, di isytihar hampir bankrup dan gagal, dia bangkit semula!
Kita takkan boleh kuasai banyak perkara dalam satu masa dan kita juga tak mampu menguasai banyak kemahiran dalam satu masa, tapi kita boleh belajar apa jua kemahiran step by step, belajar langkah demi langkah.
Kata orang puteh, one thing at a time.
Kesannya, kita akan menjadi pakar. Bila dah menjadi pakar, banyak peluang-peluang akan muncul.
Di situ, muncul jalan untuk Anda berjaya mendahului orang lain di sekeliling Anda.
Ambil contoh Donald Trump, dia pakar dalam perniagaan real estate (pembangunan hartanah).
Apa jua yang Anda usahakan, be persistent.
February 21st, 2008 at 11:22 pm
sama dgn konsep ibadah bagi org Islam. Biar sikit tp konsisten…
Apa2 pun kena FOCUS!
P/s: bro, ada buat part time job offline tak? mcm jual2 apa2 ke. mcm sy kat U ni sy jual kerepek contohnya. anyway, bila kita senang kita mudah jauh dgn Allah dan bila kita susah kita mudah utk murka kepada Allah… Seriously sy bersyukur… bro, apa2 update pasal bro k…
February 22nd, 2008 at 1:20 pm
Salam Ahib,
Thanks for the comments.
Saya baru dapat kerja di cyber cafe. Dengan gaji RM500 sebulan, kira dah cukup utk cover kos makan, sewa rumah dan tambang bas. Tugas saya lebih kepada hal teknikal.
Beli top up handphone, beli baju baru, kasut baru, tiket balik kampung dan tengok wayang baru saya terpaksa lupakan buat masa ini.
Bajet kewangan dah saya sediakan, so kalau beli benda tu semua, memang lari bajet.
Gaji bersih saya cuma RM25 saja, tambang bas bajet RM150 sebulan sebab kos tambang RM5 sehari (pagi RM2.30 dan petang RM2.50) ke kem Lok Kawi. Kos makan bajet dlm RM200. Sometime tak makan..
Dalam pada tu, saya juga fokus buat kerja lain, more to ICT dan yang melibatkan komputer.
Takde apa yang perlu disembunyikan.
Thanks Ahib sbb beri komen.
Thank you
-Shueqry-
February 24th, 2008 at 3:23 pm
salam motivasi,
sikap tekiu, tabah dan tekad yang kental adalah sikap yang dimiliki oleh setiap jutawan..
tiada jalan pintas kepada jutawan sebenar,
hidup sebagai juara..tq
October 16th, 2008 at 9:52 am
salam…thanx so much coz wujudkan website ni.da lame sy t’cari2 web y boleh memotivasikan diri ini.hehehhe..b’madah helah plak.lepas jer naik cuti raya rase x b’semangat..search2 kat internet t’jumpe laks web ni.gud2..i like it.teruskan usaha anda..mcm mane nak tau artikel y t’kini yek?