2 Hari Menghilang
Asmkm dan salam sejahtera..
Dalam 2 hari kebelakangan ini saya jarang menulis di blog. Ramai orang mengirim email bertanyakan adakah saya ok.
Thanks guys, everything fine here.
Bulan sekadar disebabkan oleh kesibukan, tetapi beberapa orang ahli keluarga saya datang ke Kota Kinabalu dan saya meluangkan banyak masa di luar rumah, menemankan mereka berjalan-jalan selain bershopping sakan bersama mereka.
Ini sesuatu yang sungguh tak saya sangka, kerana tiba-tiba sahaja saja. Saya takde Plan B.
Saya tak shopping, cuma merehatkan minda dengan bersiar-siar sebab seharian duduk ngadap komputer.
Tambahan pula dah lama tak jumpa dengan macik dan pacik saya, sebab saya jarang balik kampung.
Mereka juga dah faham dengan karier saya dan dah tak mempersoalkan mengapa saya tak berkerja di bank dan mengapa saya resign dari Astro dulu walhal cukup selesa dengan gaji tetap lebih seribu lapan ratus.
Saya katakan sekurang-kurangnya saya tak menganggur dan tak pernah berjumpa dengan sesiapa untuk minta ‘merekmen’ saya ke mana-mana jawatan dan bisnes saya sekarang ini saya mulakan dengan modal RM150 sahaja dari Mac 2006 lalu.
Tambahan pula, saya tak pernah pergi berfoya-foya atau boros berbelanja dengan untung yang saya terima.
Saya tunjukkan pada mereka peta perancangan hidup saya untuk 7 tahun akan datang, rumah yang saya nak beli, kereta yang nak saya miliki dan income bulanan yang saya nak ada dan home office saya kat bilik sewa.
Tapi soalan yang membuat saya terlopong..
“Bila nak kawin? Kau tu dah nak masuk 27″.
“Dah ada calon?” .. saya jawap.. “Belum”. Terus saya tertunduk dibuatnya.
“Pesal tak cari?”
Saya jawap “Nak mantapkan income dulu. Jodoh, biarlah mak dan bapak yang atur”
Soal jodoh saya dah serahkan pada orang tua saya kerana saya percaya kepada keberkatan dan restu mereka berserta restu dari seluruh ahli keluarga besar saya.
Tambahan pula saya yakin pilihan mereka adalah yang terbaik, kerana saya dah lebih 2 kali putus cinta. Maybe itulah hikmah disebaliknya, rasanya pilihan orang tua lebih sesuai buat saya, bukan pilihan saya sendiri.
Upsss.. simpan rahsia saya baik-baik tau.
Apa-apapun, banyak yang saya pelajari dalam beberapa hari ini.
Paling penting, dalam apa sahaja yang kita usahakan, be consistent dan terus mencuba.
Saya sudah banyak menemui kegagalan tapi berkat dari kegagalan itu saya telah belajar sesuatu yang baru yang mungkin IM lain tak mengetahuinya, hasil dari usaha konsisten.
Kedua, perlu berani untuk melakukan sesuatu yang baru. Do something worthy.
Jika idea Anda sesuatu yang baru, jangan malu untuk mengutarakannya kepada sesiapa sahaja.
Jika ada yang mengomplen, mengkondem mahupun yang memandang rendah, ambil positif dan anggap ia “good feedback”.
Mereka mungkin akan mengkondem diri Anda tetapi jauh di sudut hati mereka, timbul idea mahu “meniru” idea Anda.
Perkara ini sudah berlaku pada saya dimana idea yang saya utarakan di dalam satu forum telah diambil bulat-bulat oleh orang lain dan telah dilaksanakan. Jadi, berhati-hati bila mahu berkongsi idea.
Tak mengapa, sekurang-kurangnya saya meletak cabaran untuk diri sendiri supaya menjadi lebih kreatif dan lebih berdaya saing.
Saya juga asyik ditanya mengapa badan saya kurus melidi macam tak cukup makan.
Ah ha! Saya senyum saja..
Saya dah “immune” dengan soalan macam ni. Sebenarnya, saya memang kuat makan.
Tapi oleh kerana gaya hidup saya yang ‘hyper’ aktif, segala makanan yang saya masukkan tak ada yang kena simpan di bawah kulit saya.
Dari dulu memang berat badan saya tak pernah lebih dari 60kg sebab saya seorang yang aktif berenang, jongging dan berbasikal.
Kurus atau gemuk bukan persoalannya, yang penting saya bersyukur, amat bersyukur kerana saya cukup sihat, bebas dari sebarang penyakit, takde pantang larang ketika ambil makanan dan mampu mengambil cuti di kala orang lain sibuk bekerja.
Saya juga amat bersyukur kerana saya mampu bangun pagi dengan cukup bersemangat dan tak perlu risau mengenai kesihatan saya.
Selain itu, saya juga berpeluang melakukan apa yang saya suka tiap hari, membaca, surf Internet, menulis dan berenang.
Semua ini tak mungkin dapat saya lakukan sekiranya saya masih bekerja di Astro.
Jujurnya saya berkata, saya cuma mengikut kata hati, sebab itu saya bekerja sendiri.
Saya mahu melakukan apa yang saya minat dan apa yang menjadi hobi saya.
Just wanna share some of my secrets with You.
Jumpa di artikel akan datang.
Tips Berkaitan
June 27th, 2007 at 2:52 pm
Isyk, rupanya aku ni setahun lebih muda daripada kau.
Hebatnya Shueqry mempunyai pelan tujuh tahun. Aku ada pelan 5 tahun je.
June 27th, 2007 at 6:20 pm
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.
June 27th, 2007 at 8:49 pm
Raymod,
how r u? thanks for drop by..
ye, saya dah rancang 7 tahun ke depan,pendidikan, income dan segala yang berkaitan dengannya.
June 28th, 2007 at 11:11 pm
Askm Shuq, semoga apa yang Shuq impikan itu akan menjadi kenyataan. insyaallah…
Hehehe….bila nak kahwin?
October 25th, 2007 at 4:00 pm
Their seo services are top notch. We have been using them for about 5 years now but they just showed us their new viral marketing packages that are state of the art mass marketing techniques becuase it’s not just about seo
anymore.
Website Promotion from Atomic Seo was definitly a wise investment so yeah I would recommend their services.