Archive for September, 2007

7 Artikel Sehari

September 30th, 2007

Jika Anda perasan, kemarin adalah tarikh 17 Ramadhan. Bersempena dengan tarikh itu, saya telah mencabar diri sendiri untuk menulis 7 artikel dalam tempoh 24 jam. Dan ..
Saya berjaya mencapainya !
Ia bukan sesuatu yang mudah. Disamping mengupdate blog-blog lain dalam Bahasa Inggeris dan rutin kerja yang lain, dalam masa yang sama, saya juga mengupdate blog motivasi [...]

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja Bhg 3

September 29th, 2007

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.
Kita bersua kembali bersama Dr Fadzilah Kamsah dan video motivasi Keseronokan Bekerja, ini adalah video terakhir dalam tajuk kali ini.
Tanpa membuang masa, mari kita saksikan video motivasi tersebut :

(tip untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung. Selepas [...]

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja Bhg 2

September 29th, 2007

Masih lagi kita bersama dengan Dr Fadzilah Kamsah dalam tajuk Keseronokan Bekerja. Pada video motivasi kali ini, Dr Fadzilah Kamsah memberikan beberapa tips untuk membuat kita seronok di tempat kerja.
Untuk menjadi seronok di tempat kerja, gunakan tips ini :

Keseronokan dan keceriaan bermula daripada diri kita. Mulakan daripada diri kita, jangan berharap orang lain yang memulakan [...]

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja

September 29th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam tips motivasi kali ini kita berbincang mengenai keseronokan bekerja. Jujur pada diri sendiri, berapa ramai pembaca blog ini yang seronok ditempat kerja sekarang? atau .. merasa nak mencari tempat kerja yang lain?
Jika Anda merasa kurang seronok bila berada di tempat kerja, Dr Fadzilah Kamsah ada penyelesaiannya. Video motivasi dari Dr Fadzilah [...]

Kuasa Niat Sebagai Motivasi

September 29th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Dalam tips motivasi kali ini, saya berkata tentang kuasa niat sebagai faktor pencetus motivasi.
Sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan atau melaksanakan sesuatu perkara, kita disarankan supaya berniat. Dalam Islam, kita disarankan supaya melakukan semua perbuatan halal sebagai ibadah, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jika Anda seorang pelajar, Anda perlu [...]

Penarikan Terkawal

September 29th, 2007

Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya berkata mengenai penarikan terkawal. Maksudnya, Anda boleh mengawal apa yang Anda mahu tarik (attract).
Saya menulis banyak tips Law Of Attraction untuk membantu Anda memahami maknanya dan menguasai cara menggunakan Law Of Attraction untuk menarik apa saja yang Anda mahukan, langkah demi langkah.
Kebanyakan tips di blog ini saya [...]

Motivasi Seperti Mandi

September 29th, 2007

Saya teringat kata-kata pakar motivasi terkenal, Zig Ziglar. Katanya, “Motivation is like bathing. That’s why we recommend it every day’. Dalam bahasa Melayu, motivasi adalah serupa dengan mandi, kita patutnya melakukan setiap hari.
Semua kita menjadikan mandi diwaktu pagi satu kemestian. Selain menjaga kebersihan diri, ia juga bertujuan untuk menyegarkan badan. Ada sesetengah dari kita yang [...]

Anda Hilang Tumpuan?

September 29th, 2007

Kekadang bila kita baca buku, menulis, sedang berada di dalam kelas atau ketika sedang mengulangkaji pelajaran, kita selalu hilang tumpuan. Jika ini selalu berlaku pada Anda, gunakan 3 tips asas ni untuk mengurangkannya.
1. Berhenti seketika. Keluar dan ambil angin, lihat persekitaran dan biar rasa damai muncul di minda Anda. Luangkan masa 10 minit untuk berehat [...]

Disiplin dan Fokus

September 28th, 2007

Dalam tips motivasi kali ini, saya berkata mengenai disiplin dan fokus.
Ketika kita berusaha keras mencapai apa saja matlamat, 2 perkara asas ini amat penting selain kemahuan, komitmen, ilmu dan usaha.
Sesetengah orang ada fokus, tapi kurang disiplin. Semua kita berbeza, jarang ada attitude, sikap dan perangai yang sama. Namun, sesetengah orang pula ada disiplin, namun kurang [...]

Motivasi Kejayaan Dan Ramadhan

September 28th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?
Alhamdulilah, bertemu lagi kita. Walaupun saya cukup sibuk dengan blog-blog lain dan tugasan freelance, saya berjaya menulis sekurang-kurangnya satu artikel motivasi di blog ini bagi perkongsian kita semua. Malam tadi saya tak tidur langsung, ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan segera.
Kali ini saya berkata tentang kejayaan [...]

7 Perkara

September 27th, 2007

Dalam tips kali ini saya kongsikan dengan Anda 7 perkara yang perlu Anda jauhi untuk memastikan Anda sentiasa berfikiran positif. Sebab, tak ramai yang tak tahu cara bagaimana nak berfikiran positif.
Walaupun Anda melakukan salah satu dari 7 perkara ni tanpa disengajakan, ia akan meneutralkan getaran gelombang positif Anda.
Kesannya, usaha Anda untuk jadi orang yang berfikiran [...]

Study Hard Atau Study Smart?

September 27th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?
Kali ini saya berkata tentang skill pembelajaran, beza di antara study smart dan study hard. Saya telah di tanya apa beza keduanya. Buat saudara Luqman Hakim, moga post kali ini menjawap pertanyaan saudara.
Bagi saya, study hard maknanya kita belajar dengan tekun dan rajin, tapi tak berperancangan tanpa [...]

Kuatkan Semangat

September 26th, 2007

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.
Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai [...]

Penarikan Secara Tak Sengaja

September 25th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sentiasa bermotivasi hendaknya..
Kali ni saya masih lagi berkata tentang Law Of Attraction. Atas permintaan ramai, saya meneruskan entri blog motivasi ini berkisar mengenai topik Law of Attraction dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Ok, Anda sudah faham apa dia makna Law Of Attraction. Anda juga dah tahu dua [...]

Law Of Attraction Dalam Berbelanja

September 25th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?
Saya berkata tentang satu perkara yang jarang di nampak oleh kebanyakan orang. Semasa kita berbelanja, adakah kita membayar apa yang kita beli dengan perasaan bersyukur, atau tertekan sebab duit kita makin sikit?
Saya melihat fenomena ni ada pada seorang kawan. Dia seringkali merasa tertekan apabila berbelanja, bahkan dia [...]

Meneutralkan Getaran Negatif

September 24th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya berkata tentang meneutralkan getaran mood negatif yang terbit di fikiran Anda. Minda dan tubuh badan kita hanya mengeluarkan 2 jenis getaran gelombang, iaitu positif dan negatif.
Seandainya Anda sedar yang Anda sedang dalam emosi negatif dan memikirkan yang negatif, Anda boleh meneutralkan mood negatif tu [...]

Kisah Penjual CD

September 24th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Saya masih lagi menerima lebih 25 email mengucapkan terima kasih pada saya kerana meletak video motivasi Dr Fadzilah Kamsah di blog ini. Rupanya ramai yang tak tahu kat mana nak cari video-video motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah.
Saya faham, tak semua orang tahu lebih mendalam tentang IT dan Internet, jadi, [...]

Dr Fadzilah Kamsah - Wanita Menangis Bhg 3

September 22nd, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Ramadhan dan salam ukhwah, moga Anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Kali ini, saya masih lagi mengutarakan topik Wanita Menangis di dalam segmen Bersama Dr Fadzilah Kamsah di dalam video terakhir tajuk ini. Saya menerima bermacam-macam respon ke dalam email, ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang mengaku dia akan [...]

Dr Fadzilah Kamsah - Wanita Menangis

September 21st, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini kita bersama Dr Fadzilah Kamsah dalam video motivasi bertajuk Wanita Menangis, kupasan mengenai isu mengapa orang perempuan, wanita dan gadis mudah menangis, jenis tangisan, kualiti tangisan dan segala yang berkaitan dengannya.
Video ini ada 3 bahagian, saya paparkan bahagian pertama pada post blog Motivasi Pembangunan Diri kali ini. Mari kita tonton [...]

Jadi, Apa Yang Aku Mahu?

September 21st, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar Anda? Saya sungguh bersemangat hari ini.
Kini Anda sudah tahu perkataan jangan, bukan dan tidak akan tetap menarik benda yang Anda tak mahu datang pada Anda. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah dengan tanya diri sendiri dengan soalan “jadi, apa yang aku mahu?”
Dalam tips Law Of Attraction kali ini saya akan menerangkan [...]

Pandang Ke Depan

September 20th, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang memandang ke depan. Tadi, selepas membaca buku motivasi Kejayaan Dari Dalam, saya berfikir panjang. Huraian yang diberikan dalam buku itu memang ‘meresap’ masuk ke dalam diri saya.
Saya melihat ramai yang membaca buku-buku motivasi, pergi ke ceramah motivasi dan meneliti beratus artikel [...]