Archive for May, 2008

Pelawat iMotivasi Sukakan Tips Motivasi Pendek

May 30th, 2008

Betul kata pepatah, keep it short and simple, straight to the point! Hasilnya benar-benar memuaskan.
Setelah setahun berada di ruang Internet Malaysia, blog iMotivasi terus diburu populariti.
Mengikut statistik terkini, blog ini mendapat lebih 20, 000 pengunjung tetap dalam sebulan dan kini berjaya mencapai 1166 orang subscriber. Jumlah ini terus meningkat dari sehari ke sehari.
Berbanding dengan tahun [...]

Bersungguh-sunguh Walaupun Payah

May 30th, 2008

Salam buat pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.
Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah.
Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah. Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan.
Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan [...]

Angkasawan Reaching For The Stars

May 29th, 2008

Akhirnya saya berjaya membeli buku motivasi idaman, Reaching For The Stars yang menampilkan kisah kejayaan Dr Sheikh Muszaphar bergelar angkasawan dan kisah perjalanannya ke International Space Station.
Buku ni ada emosi nostalgik di dalamnya. Di saat kejayaan dalam genggaman, adik kesayangan pula dijemput ke rahmatullah.
Hanya semangat yang kuat saja mampu menempuh dugaan hebat sebegitu. Saya benar-benar [...]

Arahkan Minda Supaya Jadi Bersemangat

May 29th, 2008

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”
Misalnya,
“Aku mahu bersemangat hari ini”
“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”
“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”
Selepas itu, bayangkan [...]

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2008

May 29th, 2008

Salam buat pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.
Di Kota Kinabalu sekarang rancak dengan sambutan Pesta Menuai yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Perayaan ni di sambut oleh suku kaum Kadazan, Murut dan Dusun.
Walaupun saya orang Bajau, saya ada ramai kawan dari tiga suku di atas. Bajau kami di Semporna bukan Bajau yang [...]

Segalanya Hanya Panduan

May 27th, 2008

Perubahan bergantung pada Anda sendiri. Apa yang saya tulis di laman blog iMotivasi hanya sebagai panduan, tips dan cara bagaimana mahu mencapai perubahan yang lebih baik.
Tetapi, perubahan sebenar di cetuskan oleh Anda sendiri. Saya, blogger motivasi yang lain dan pakar motivasi ternama di luar sana hanya mampu memandu dan menunjuk arah, namun yang perlu bertindak [...]

Work And Play

May 26th, 2008

Mugkin Anda pernah mendengar pepatah work and play. Maksudnya, di kala Anda bekerja, Anda berseronok.
Tapi, bila bos Anda tahu Anda berseronok, banyak main-main time bekerja, sudah tentu Anda berisiko di buang kerja! Namun bukan itu yang saya maksudkan.
Kita jadi lebih bersemangat bila kita rasa seronok. Untuk menjadikan diri kita seronok, kita perlu lebih banyak ketawa [...]

Melepaskan Kenangan Pahit

May 26th, 2008

Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!
Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.
Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran [...]

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Perniagaan

May 25th, 2008

Bila berkata tentang kejayaan, terbayang di kepala kita nama-nama hebat dalam perniagaan seperti Bill Gates, Lim Goh Tong dan Azizi Ali. Kejayaan yang mereka capai sememangnya besar.
Tapi, jangan pula kita melupakan kejayaan-kejayaan kecil yang berjaya kita capai dalam hidup kita sehari-hari. Bangun awal di setiap pagi melawan rasa mengantuk juga dan di kira sebagai satu [...]

Kejayaan Stacy Menjadi Juara AF6 Menyuntik Semangat

May 25th, 2008

Kisah benar kali ini menjadi bukti, impian memang boleh direalisasikan menjadi kenyataan. Tahniah buat Stacy AF6 dari Sabah di atas kejayaannya merangkul juara Akademi Fantasia musim ke enam.
Stacy (tengah) Riz (kanan) dan Nubhan (kiri)
Dia berjaya mencapai kejayaan atas usahanya sendiri. Dia percaya dia ada bakat lalu menggilap bakat tersebut dengan mempamerkan kesungguhan berlatih walau berdepan [...]

Pictures Of Me

May 23rd, 2008

Ini pertama kali saya mendedahkan diri .. Inilah saya .. muke penat. Inilah juga Shueqry yang menulis artikel-artikel motivasi buat Anda.
Baju merah tu saya beli kat F.O.S. Kebanyakan baju saya stail gini, selesa dan longgar. Kat poket sebelah kanan, saya letak pen dan buku nota kecik ke mana-mana saya pergi.
Time amik gambar ni, saya ngan [...]

Pesanan

May 23rd, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda semakin bersemangat hendaknya. Bertemu kita di coretan realiti.
Dalam beberapa hari lepas saya meluangkan masa dengan bapa dan mak saya, keempat-empat orang adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Minggu ni cuti sekolah, syukur diorang ada masa melawat saya di Kota Kinabalu..
Sayangnya saya tak dapat nak balik bercuti di kampung bersama [...]

Mereka Tahu Anda Tahu

May 22nd, 2008

Anda tak tahu apa yang orang lain tahu dan orang lain juga takkan tahu apa yang Anda tahu kesemuanya. Semua kita datang dari background yang berbeza, justeru pengetahuan juga berbeza.
Perkara terbaik yang perlu Anda lakukan adalah dengan berkongsi apa yang anda tahu. Lebih banyak yang Anda kongsikan apa yang Anda tahu, lebih banyak juga orang [...]

Laptop Cincai

May 21st, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda sentiasa bersemangat hendaknya.
Kali ni saya berblog melalui talian Celcom Broadband dari Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu. Family saya baru sampai petang kemarin.
Saya nak letak beberapa gambar di blog ni, proses cari kamera payah sedikit. Hotel Tabung Haji jauh 2km dari bandar, yang bestnya ada potongan diskaun khas untuk guru-guru sekolah [...]

Siapa Dia Manusia Yang Hebat?

May 20th, 2008

Manusia yang hebat adalah manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
Manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, [...]

Hidup Kena Steady

May 19th, 2008

Teringat saya trademark Yazer AF3, “Rock Steady”. Sebenarnya ada motivasi tersirat di dalam slogan faymes tu.
Hidup ni sebenarnya mudah. Tapi yang menjadikan ia susah adalah kita.
Mengapa pula? Kita sendiri yang cari masalah, masalah cari kita dan kita juga yang sebenarnya punca masalah.
Bukan dari tangan kita, tapi muncul di minda kita. Salah kita sendiri sebab asyik [...]

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

May 19th, 2008

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan [...]

Berbasikal Tengah Malam

May 18th, 2008

Bertemu kita di ruang artikel realiti. Saya berkongsi aktiviti saya di ruang ini.
Malam tadi saya join bos saya dan teamnya dalam sebuah meeting multi level marketing. Start dari jam 8.30 malam sehingga jam 11 malam di Radius International Hotel, Kota Kinabalu.
Kami di sana sehingga jam 11:21 malam. Selepas itu, saya kelam kabut balik ke rumah [...]

Artikel Sains Minda Amar Mahmood Dalam Majalah IM Edisi 4

May 18th, 2008

Tekaaan hati saya betul. Dengan penuh gembira, saya membaca artikel tulisan beliau berulang kali, sebagaimana saya membaca buku tulisannya berpuluh kali.
Beliau adalah Amar Mahmood, penulis buku best seller “Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Bukunya dan buku tulisan Ahmad Fadzly Yusof bertajuk 55 Petua Orang Berjaya menjadi teman setia saya.
Selain itu, saudara SmartZul juga ada [...]

Blog iMotivasi Berjaya Mencapai 1111 Subscribers

May 18th, 2008

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
Terima kasih yang tak terhingga dari saya kerana dengan sokongan berterusan dari Anda, blog motivasi ini kini berjaya mencapai 1111 subscribers.
Bagi sebuah blog yang masih baru, ia satu pencapaian lain dari yang lain. Kejayaan ini merupakan bukti bahawa blog-blog motivasi kini semakin diterima oleh pengguna internet berbahasa [...]

Selamat Hari Guru Dari iMotivasi

May 16th, 2008

Hari ini, 16 Mei 2008 adalah hari guru. Di kesempatan ini, blog iMotivasi mengucapkan Selamat Hari Guru khusus buat guru-guru, ustaz dan ustazah serta warga pendidik di seluruh Malaysia.
Personally, saya tujukan ucapan ini khas buat guru-guru di sekolah lama saya, SMK Agama Tun Sakaran. Kerajinan mereka mendidik amat berharga buat diri saya. Andai mereka membaca [...]