Archive for June, 2008

Tak Ke Mana Menghilang

June 29th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hari ni.
Beberapa hari saya menghilang tanpa memberitahu Anda apa-apa. Dalam 3 hari saya tak masuk ke sini, jumlah feed subscribers makin naik, naik dan terus naik.
Peti email tak putus-putus menerima kiriman email dari Anda. Kebanyakannya bertanya ke mana saya menghilang dan sebab apa saya tak nulis lagi. Saya cuma [...]

Biasa atau Luar Biasa?

June 26th, 2008

Orang biasa, sekadar melakukan perkara biasa-biasa kerana pemikiran mereka membuat mereka sanggup melakukan perkara biasa saja, bukan yang luar biasa. Mereka selalunya :
1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.
2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan
3. Seringkali mencari jalan mudah atau ’shortcut’
4. Mengelak dari kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang menggagalkan. Sebab mereka [...]

Minyak Naik Di Sabah

June 24th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda makin bersemangat hendaknya.
Balik dari kem Lok Kawi ke Kota Kinabalu saya tertanya sendiri kenapa jalan raya jem dan penuh dengan kereta berbaris panjang.
Mulanya saya menyangka ada berlaku kemalangan atau any road mishap. Agak mencabar berbasikal time kenderaan sesak camni, sebab kebanyakan pemandu berada dalam emosi tertekan dan mereka mudah melakukan [...]

Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah

June 24th, 2008

Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza.
1. Sebelum tidur
Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram.
Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu [...]

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan

June 24th, 2008

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.
Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
Tidak semua [...]

Realiti - Sakit Lutut

June 23rd, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda jadi lebih bersemangat hari ni..
Sedikit catatan realiti… Ramai pembaca yang bertanya, sama ada lutut saya dah ok ke tidak.
Sebenarnya masih sakit lagi. Sakit itu juga yang terpaksa saya tanggung.
Well, i refuse to give up, walaupun sakitnya membuat saya sering menitiskan air mata, tidur tak lena, cuma mandi yang basah. Gerak [...]

LiveSmart

June 22nd, 2008

Salam pembaca iMotivasi.
Apa khabar Anda? Doa saya moga Anda makin bermotivasi hendaknya.
Sebagai manusia biasa, saya juga tak dapat mengelak dari sindrom ‘motivasi menurun’.
Benar, saya berani mengakui hal ini, terutama beberapa hari lalu. Bila dalam keadaan tak ada sesiapa yang menyokong dan tiada siapa memberi Anda inspirasi, motivasi senang menurun.
Tapi, ada cara untuk menaikkannya semula. Orang-orang [...]

Untuk Berjaya Dalam Hidup

June 22nd, 2008

Untuk berjaya dalam hidup, elak dari sekadar cakap-cakap saja.
Sekadar cakapan dan perancangan, semua orang boleh lakukan. Anda perlu fokus pada tindakan.
Untuk berjaya anda perlu benar-benar tekad mahu berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya, tak kira nak berjaya di sekolah sebagai pelajar cemerlang, di institut pengajian tinggi, dalam kerjaya mahupun perniagaan sendiri.
Usaha ke arah kejayaan bermula [...]

Kembali

June 21st, 2008

Saya kembali bertemu Anda di iMotivasi. Tak sanggup saya tinggalkan blog motivasi ni lama-lama.
Pertama sekali, saya mengucap terima kasih pada pembaca blog iMotivasi yang banyak mengirim sms memberitahu supaya saya banyak bersabar dan tabah menghadapi dugaan.
Thank you, saya tak sangka sekali saya nulis, berpuluh kali pula saya menerima sms.
Anda banyak menyokong saya, dari dulu [...]

Saya Bersyukur Ada Anda

June 19th, 2008

Saya benar-benar bersyukur ada Anda. Artikel kali ini khas untuk Anda, pembaca iMotivasi.
Anda memberi saya sokongan dan Anda juga memberi saya inspirasi. Saya amat bersyukur.
Lafaz syukur itulah yang saya ucapkan setiap hari, membuat saya makin bermotivasi.
Kerana fokus saya pada Anda, saya berjaya mencapai tahap sekarang ini, menjadi seorang blogger motivasi di kenali ramai. Bila saya [...]

Cuti Lagi, Tapi Sebab Apa?

June 19th, 2008

Salam pembaca iMotivasi.
Moga Anda semakin ada motivasi, makin bersemangat dari sehari ke sehari.
Saya akan cuti lagi dari berblog untuk beberapa minggu akan datang. Dalam pada itu, saya tak menulis artikel-artikel motivasi di blog ini.
Maafkan saya..Saya perlukan sedikit masa lagi.
Pertama, tulang kepala lutut saya dikesan retak sedikit di kaki kiri, kesan dari kemalangan dengan kereta [...]

Bercuti

June 16th, 2008

Salam pembaca iMotivasi.
Saya akan bercuti buat beberapa minggu. Dalam pada itu, tak akan ada artikel di keluarkan di blog iMotivasi, sementara waktu.
Saya tak ke mana-mana, cuma jarang masuk ke blog untuk menulis artikel terbaru.
Saya masih bekerja setiap hari dan masih online setiap hari. Bila saya kembali, akan ada banyak artikel khusus buat Anda. Tunggu ya..
Anda [...]

Tiga Soalan Unik

June 15th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda bersemangat sentiasa.
Kali ni saya menjawap tiga soalan unik. Soalan Pertama, adakah saya seorang usahawan Internet yang berjaya?
Saya belum lagi menjadi usahawan internet yang berjaya. Andai saya masih usahawan internet full time yang berjaya, saya lebih suka bergerak secara ‘underground’.
Sejak Disember 2007, saya berehat dari internet marketing lalu memfokus sepenuhnya pada [...]

Ucapan Syabas Buat Saya

June 14th, 2008

Ramai orang berkata, sebuah gambar dapat memberi seribu makna.
Lihat screen shot di bawah, saya petik dari email saya di shueqry@gmail.com
Ia adalah salah satu dari ribuan email yang saya terima dari salah seorang pembaca blog iMotivasi… klik untuk besarkan imej.

Buat saudara Shahrul, email tu menaikkan semangat saya, mencambahkan lebih inspirasi dan menjadi booster untuk terus berblog [...]

Komen Di iMotivasi Tak Banyak, Tapi…

June 14th, 2008

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke laman blog iMotivasi. Saya amat menghargai kunjungan Anda.
Ramai penulis blog yang bertanya, pesal blog motivasi ni tak banyak komen?. Adakah blog iMotivasi tak cukup faymes?
Atau popularitinya sekadar hangat gitu-gitu aje?
Hmm, bila tak banyak komen, penambahan idea atau cadangan yang ditulis di ruang komen, maknanya artikel motivasi [...]

Pandang Positif Dalam Negatif

June 14th, 2008

Kekadang Anda akan berjumpa dengan orang yang tak sukakan Anda. Anda tak tahu sebab apa dia tak suka Anda, jadi jangan sesekali mempersoalkan mengapa dia begitu atau seringkali berfikir mengenainya.
Tetapi, pandang kepada nilai-nilai positif yang ada dalam dirinya. saya dah ulang perkara ni banyak kali sejak dari tahun 2007 lagi.
Walau sejahat cemanapun orang tu, pedih [...]

Perkataan Akan Dan Boleh Dalam Afirmasi Minda Separa Sedar

June 13th, 2008

Kali ni saya berkongsi tips minda separa sedar.
Saya andaikan yang Anda sudah tahu tentang afirmasi, apa dia afirmasi dan bagaimana menggunakan afirmasi untuk membina kekuatan minda separa sedar.
Check balik ayat afirmasi yang Anda gunakan. Saya mahu menyentuh tentang perkataan “akan” dan perkataan “boleh”, jika Anda ada menggunakannya.
Bila dalam ayat afirmasi Anda ada perkataan “akan”, minda [...]

Petua Bagaimana Push Diri Anda Mengejar Matlamat

June 12th, 2008

Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini. Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya.
Tetapi, masalah timbul.
Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja.
Anda terfikir nak push diri [...]

Kaitan Motivasi Dengan Gear Basikal

June 12th, 2008

Bila Anda melihat pada susunan gear sebuah basikal lumba, sudah pasti Anda perasan ada 8-9 susunan gear di roda belakang dan 2 saiz gear di bahagian pedal.
Bila mendaki bukit, biasanya seorang pelumba basikal akan menggunakan gear rendah tapi mengayuh pedal dengan laju. Bila dijalan lurus, dia menggunakan gear tinggi dengan kadar kayuhan yang lebih laju [...]

Mengapa Tak Ramai Berkongsi Rahsia Kuasa Minda Separa Sedar

June 11th, 2008

Baru saya faham sebab mengapa tak ramai aktivis minda berkongsi rahsia kekuatan minda separa sedar dengan orang biasa.
Pertama, tak ramai orang biasa yang boleh memahami konsep minda separa sedar. Orang biasa dengan pemikiran biasa boleh faham apa dia minda separa sedar, visualisasi, imaginasi, bahkan mengikuti tips bagaimana mengawal minda separa sedar, tapi bila dah gagal [...]

Minta Pada Alam Semesta

June 11th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda makin bermotivasi, makin bersemangat hendaknya.
Sebenarnya, banyak hikmah yang tersirat dalam apa jua cubaan yang mendatang. Sejak henfon saya hilang beberapa hari lalu, yang peliknya saya berjumpa secara kebetulan dengan kawan-kawan lama.
Kebanyakannya kini dah berubah, ada yang dah berkeluarga dan ada yang boleh berbangga dengan kerjaya tetap masing-masing.
Tapi, saya rasa pelik, [...]