- Bahagiakan Pagi Raya Anda Dengan 7 Petua| 9 Comments
Bagaimana nak bahagia dan bersemangat di pagi raya? Ikuti 7 petua di bawah…
1. Pada malam raya, ucap syukur dan wujudkan rasa berterima kasih pada Allah kerana Anda masih sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Pada pagi raya, niat dalam hati Anda mahu hari itu hari yang gembira buat Anda.
2. Sebelum ke masjid, minta maaf pada ibu [...]
- Artikel Motivasi Terbit Seperti Biasa| 2 Comments
Walaupun rakan-rakan blogger saya hampir kesemuanya bercuti raya, namun iMotivasi tetap akan menerbitkan artikel-artikel motivasi seperti biasa. Kami mendoakan kebahagiaan Anda di hari raya mulia ini.
Sebab, kebahagiaan Anda adalah kebahagiaan kami. Saat Anda jadi bersemangat, itulah penyuntik semangat buat kami juga. Eh, siapa pula kami yang saya sebutkan?
Tak ada sesiapa, cuma saya dan blog iMotivasi. [...]
- Aidilfitri Bahagia| 3 Comments
Doa saya buat Anda, moga Aidilfitri kali ini membawa lebih kebahagiaan buat Anda dan seisi keluarga. I really hope it brings more happiness and more closeness around family members. Moga ia memberi lebih kegembiraan, lebih banyak dari Aidilfitri yang sebelumnya.
Dalam kesempatan ini, saya sebagai penulis blog iMotivasi memohon maaf jika ada silap dan salah, personally [...]
- Hantar Ulasan Buku Motivasi Anda Ke iMotivasi| 2 Comments
Berita baik. Saya dan blog iMotivasi membuka ruang pada rakan-rakan, mana-mana penulis blog dan pembaca iMotivasi untuk menghantar ulasan buku-buku motivasi yang telah Anda baca atau yang ada Anda miliki.
iMotivasi amat berbesar hati menerima ulasan-ulasan buku motivasi terkini daripada Anda, terutama jika Anda salah seorang dari pembaca tetap iMotivasi. Ulasan buku motivasi Inggeris juga diterima, [...]
- Mengapa Anda Huruf A Ditulis Besar| 5 Comments
Sejak saya mula menulis blog dari Mac 2007, saya menulis perkataan Anda dengan huruf kecil lalu menjadi "anda" seperti yang ada di majalah, artikel, blog, suratkhabar, risalah atau makalah.
Tulisan saya berubah selepas baca buku The Secret lebih dari dua kali. Antara banyak-banyak buku motivasi yang ada dalam koleksi saya, The Secret adalah satu-satunya buku dibaca [...]
- Set Imej Diri Positif Untuk Kejayaan Diri| 3 Comments
Sudah tentu Anda tertanya-tanya apa maksud imej diri positif. Adakah ia sama dengan gambaran diri positif, atau bayangan diri positif?
Imej diri adalah persepsi kita pada diri sendiri. Cuba lihat cermin. Apa yang Anda lihat dan pendapat Anda tentang diri sendiri saat Anda menatapi cermin, itulah ibarat imej diri.
Mengikut eBook Magnet Rezeki di muka surat 47, [...]
- Tidak Bekerja Walau Bekerja| 10 Comments
Saya selalu berjumpa dengan orang yang merungut pasal kerja. Katanya, dia cukup tertekan dengan kerjanya sekarang ini dan meminta penyelesaian.
Memang benar, kita bekerja semata-mata nak cari rezeki, nak dapatkan duit, apatah lagi jika gaji yang kita terima tetap datang bulan-bulan dan jawatan kita tetap pula, juga berpencen atau berKWSP.
Walaupun kita suka ada gaji bulanan dan [...]
- Asyik Menyampah| 9 Comments
Orang yang asyik menyampah melihat kemajuan orang lain, sebenarnya tidak memberi peluang pada diri sendiri menjadi maju kerana di dalam hatinya penuh dengan perasaan dendam, amarah halus dan sangsi.
Bila Anda melihat seseorang yang maju, yang berjaya lalu Anda merasa cukup menyampah ngan orang tu, maknanya Anda adalah salah seorang daripada orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat [...]
- Kita Malas Hanya Kerana Kurang Keseronokan Dalam Diri| 15 Comments
Sebelum menulis artikel motivasi ini, terlebih dahulu saya telah melihat kesannya pada diri sendiri lalu saya rekodkan setiap keputusan.
Kita malas kerana kita kurang keseronokan dalam diri, itu puncanya.
Keseronokan yang cemana? Rasa gembira saat melakukan sesuatu dan rasa enjoy setiap kali melakukan sesuatu.
Sesuatu yang saya maksudkan mungkin adalah hobi Anda, sukan yang Anda minati [...]
- Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari iMotivasi| 7 Comments
Kemeriahan menyambut 1 Syawal kini makin terasa. Kat sini kesibukan makin terasa, mana nak buat kuih, nak bersihkan rumah, tambah apa yang patut, buang apa yang patut.
Blog iMotivasi dan saya personally, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Anda, pembaca-pembaca, ahli komuniti dan sesiapa juga yang mengenali saya di Internet.
Buat pembaca-pembaca iMotivasi dari luar negara, terima [...]
- Kesan Dari Jiwa Tenang| 5 Comments
Saya percaya jiwa adalah punca cemana rupa hidup kita hari ini. Jiwa penuh dengan ketenangan, membuat kita fokus, emosi penuh stabil lalu mudah untuk kita menumpu sepenuh perhatian pada usaha-usaha memburu kejayaan.
Jiwa yang kacau bilau, asyik dipenuhi rasa tertekan dek masalah hidup, kegusaran dan emosi-emosi negatif, membuat kita tak keruan, kurang cemerlang, bahkan berada dalam [...]
- Kata-kata Motivasi #24| 3 Comments
Kata-kata motivasi kali ini saya petik dari firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 202 .
Maksudnya…
"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang amat baik dari apa yang telah mereka usahakan, dan Allah amat cepat hitungannya."
Kejayaan milik sesiapa jua yang rajin berusaha. Dalam sejarah dunia, orang-orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup rajin berusaha, bekerja [...]
- Belajar Minda Super Sedar Dari Soul Power Kendalian Dr. Azhar| 8 Comments
Dalam Majalah Mingguan Wanita, saya selalu membaca artikel-artikel tulisan beliau selepas saya selesai membaca artikel motivasi Dr Tuah Iskandar di setiap keluaran Mingguan Wanita. Hehe, saya mengaku saya selalu baca Mingguan Wanita, walaupun saya lelaki.
Sebab, saya suka belajar tentang saikologi wanita. untuk nak mendalami jiwa wanita.
Selain disebabkan pembaca iMotivasi ramai wanita, satu hari nanti kita [...]
- Kata-kata Motivasi #23| 3 Comments
"Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya" - Dr Tuah Iskandar .
Selama kita berusaha keras memburu matlamat, seringkali berdepan dengan banyak halangan dan permasalahan.
Hasil usaha berterusan, sudah tentu matlamat tersebut tercapai jua.
Untuk nak cemerlang, memang banyak halangannya.
Selama kita kurang berusaha, bermalas-malasan dan masih keliru apa matlamat yang kita nak kejar, [...]
- Kata-kata Motivasi #22| 6 Comments
"Seorang yang mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara, sudah cukup untuk menyamai kehebatan 99 orang yang hanya mempuyai minat" - Dr Tuah Iskandar.
Dari apa yang saya lihat pada orang-orang berjaya, mereka menonjol di dalam bidang mereka minati. Saya ambil contoh Hijjas Kasturi dan Azizi Ali .
Hijjas Kasturi menonjol di dalam bidang artikek dan seni reka bangunan. [...]
- Pandang Belakang Bila Ada Kegembiraan Di Dalamnya| Leave a Comment
Saya pernah kata dulu, jangan asyik pandang belakang. Sekali sekala tak apa, jangan selalu.
Maksud saya, jangan asyik mengingat masalah di masa lalu, ingat sesuatu musibah, penyesalan atau kesilapan kita kerana ia akan menarik emosi-emosi negatif, lalu menukar diri kita menjadi kurang bersemangat.
Tetapi, pernah tak Anda terfikir, jika emosi negatif membuat kita kurang bersemangat, maknanya, emosi [...]
- Dua Boleh Ubah Satu Tidak| 10 Comments
Apa dia dua boleh diubah, satu tidak?
Dua tu adalah rezeki dan jodoh.
Satu, adalah mati. Mati adalah sesuatu yang pasti.
Bersedia sudahkah kita berdepan mati? Sebagai peringatan untuk Anda dan juga diri saya.
Kekadang merasa takut, sebab macam terasa pahala masih kurang, sedangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul tak tahu berapa kilo dah beratnya. Mana tahu, timbangan dosa jadi [...]
- Kata-kata Motivasi #21| 1 Comment
"Kalau Anda arif bijaksana Anda akan mengetahui bahawa kegagalan Anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan Anda" - Dr Tuah Iskandar.
Orang yang berjaya, berjaya kerana kegagalan banyak mengajar mereka cara yang mereka tak tahu.
Dari kegagalan, mereka bertemu dengan cara salah, cara bukan menjadi target mereka.
Walaupun gagal pahit dirasa, mereka bersyukur kerana ada peluang untuk bangkit, keluar dari [...]
- Apa Yang Difikir Saat Bangun Pagi| 4 Comments
Tiap kali membuka mata setiap pagi, apa yang Anda fikir saat bangun ?
Adalah malas? berat? syok tidur? atau tertekan fikir pasal kerja?
Walau apapun yang akan Anda fikirkan, hati-hati memilih apa yang ada di fikiran.
Kenapa pula saya perlu nasihatkan Anda supaya berhati-hati?
Gini, fikiran kita mempengaruhi fizikal kita. Apa yang kita fikirkan di dalam minda ketika bangun [...]
- Cara Nak Kirim Kad Raya Atau Kuih Raya| 1 Comment
Salam Ramadhan buat pembaca iMotivasi, juga buat Anda.
Banyak saya terima kiriman SMS cemana nak kirim kad raya ke alamat saya.
Ok, kat sini saya letakkan alamat kampung. Rumah kampung, tak ada nombor, sebab itu kami ramai menyewa peti surat dipejabat pos. Posmen di Semporna tak masuk ke kawasan kampung.
Bagi pembaca iMotivasi yang nak kirimkan kada raya, [...]
- Kata-kata motivasi #20| 2 Comments
"Ramai orang yang nak berjaya, tapi tak sanggup nak membayar harganya" - Dr Tuah Iskandar
Ini realiti hidup. Ramai orang nak berjaya, tapi dalam proses mencapai kejayaan, mereka berhenti kerana tak sanggup menanggung peritnya.
Kejayaan memang manis, tapi sebelum sampai ke situ, banyak kepayahan yang kita kena lalui. Kepayahan yang cemana tu?
Anda perlu…1. Sanggup Berkorban.
Sanggup tidak melakukan [...]
- Pakai Panah, Peluru Atau Laser?| 7 Comments
Bagaimana Anda saat menegur kesalahan seseorang?
Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?
Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia?
Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.
Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, [...]