- Spray| 23 Comments
Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.
Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, [...]
- Gelombang Fikiran| 4 Comments
Gelombang fikiran ditamsilkan sebagai gelombang minda. Fikiran adalah minda, manakala buah fikiran adalah idea (ilham) yang terhasil dari minda. Namun, gelombang fikiran boleh diguna pakai sebagai pengganti pada perkataan gelombang minda supaya mudah difahami.
Gelombang fikiran ada 4 jenis iaitu gelombang Beta, Alpha, Theta dan Delta. Gelombang Beta adalah gelombang yang mempunyai tahap getaran paling tinggi.
Mana-mana [...]
- Bagaimana Mendepani Rasa Takut Berucap Di Depan| 4 Comments
Takut adalah emosi di minda. Seperti emosi lain, ia boleh dikawal.
Setiap kali Anda takut, akan wujud perasaan gugup kerana di minda Anda terbayang imej yang Anda takuti, padahal tak semestinya itu yang akan 100% terjadi. Contoh, berucap di depan, sama ada di pentas, di depan kelas atau ketika sesi pembentangan berdepan orang kita hormati [...]
- Takut Di Depan| 1 Comment
Artikel motivasi kali ni memetik salah satu panduan dalam eBook 97 Tips Pembentangan Memikat. eBook ini berguna untuk mengatasi masalah takut ketika berada di depan dan ketika bercakap di khayalak umum.
Takut adalah faktor utama mengapa ramai orang bermasalah ketika bercakap di depan. Takut sebab apa? Sebab tak sanggup nak buat, selain di dorong [...]
- Kebaikan Keburukan Blog| 6 Comments
Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari.
Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi [...]
- Ciri-ciri Positif Pekerja Cemerlang| 8 Comments
Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :
Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
Datang awal, balik lambat.
Sangat mementingkan disiplin.
Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 [...]
- Pembentangan Memikat| Leave a Comment
Jika Anda takut dan tak konpiden saat bercakap di depan, kini selesaikan masalah itu dengan panduan 97 Tips Pembentangan Memikat . Paling best, panduan ini dalam format digital PDF, cepat mendapatkannya untuk dibaca.
Sedar atau tidak, Anda sebenarnya membuat pembentangan setiap masa di depan orang. Saat bercakap, berbual-bual ketika bergaul adalah ‘pembentangan’ Anda di depan adik [...]
- Cinta Jujur| 9 Comments
Dalam mana-mana perhubungan, kunci kebahagiaan adalah sikap jujur .
Sikap positif yang lain kedua selepas itu. Tak kira perhubungan kawan, kekasih atau suami isteri (atau seorang suami dengan beberapa isteri), kejujuran adalah kunci utama untuk ia kekal lama.
Punca lain seperti adanya orang ketiga, masalah kewangan, keperitan hidup atau masalah-masalah yang tak terungkap, boleh diharungi jika kejujuran [...]
- Orang Depan Orang Belakang| 10 Comments
Orang depan , maksudnya adalah orang yang memulakan sesuatu. Dia mengambil inisiatif sendiri, punya idea dan keberanian membuat apa orang lain tak buat, tak terfikir nak buat atau melakukan perkara yang orang takut-takut nak buat.
Orang-orang yang ada sikap sebegitu biasanya adalah ketua atau usahawan. Pendek kata, mereka adalah leader (si pemimpin).
Orang belakang adalah orang yang [...]
- Tips Pembentangan Memikat| 9 Comments
Biasanya, sebut saja pablik speaking (public speaking), mesti takut, gemuruh, naik berpeluh satu badan. Kenapa ya? Sebab kita tidak biasa berucap di depan ramai orang walaupn keluarga juga rakan-rakan.
Sebab? Kita jarang berdepan ratusan orang! Kita lebih selesa mengelak, memerhati dari jauh. Macam-macam perasaan ada jika dijemput berucap. Jangankan berucap di depan ratusan orang, membuat pembentangan [...]
- Hati Emas| 5 Comments
Untuk nak cemerlang, kita perlu ada hati emas. Emas, warnanya berkilau dan disukai ramai orang.
Hati emas, maksudnya, biar hati kita terang berkilau dengan sinar ilmu, ketenangan, kemurahan, kecemerlangan. Biasanya, orang cemerlang adalah mereka yang cinta ilmu, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan mereka murah memberi apa yang mereka ada, bahkan tak pernah risau ia [...]
- eBook Percuma Dr Tuah Iskandar| 1 Comment
Bagi pembaca yang sukakan artikel motivasi Dr Tuah Iskandar , kali ni iMotivasi memberikan Anda eBook percuma daripada beliau. eBook ni dah dibaca berkali-kali dan salah satu daripada ratusan koleksi eBook yang ada dalam simpanan saya.
Tajuk eBook tu, "Setiap Usaha Pasti Untung". Anda boleh cetak eBook ini dan berikan secara PERCUMA pada sesiapa saja walau [...]
- Suara| 9 Comments
Untuk membina keyakinan diri, biar Anda bercakap dengan tone suara sedikit tinggi. Lontarkan suara dengan kuat, janji boleh didengar jelas, asalkan bukan memekik.
Masalah kita yang kurang yakin diri, biasanya bercakap dengan nada suara rendah, takut-takut dan kekadang tersekat-sekat. Gagap pun ada, menambah lagi rasa kurang yakin diri yang sememangnya tebal di dada.
Nak mengatasi masalah tu, [...]
- Respon| 9 Comments
iMotivasi memerlukan respon atau komen peribadi Anda. Setiap artikel memang ada komen, baik dan buruk. Terima kasih buat Anda.
Namun, proses penambahbaikan perlu terus menerus dijalankan. Untuk itu, iMotivasi memerlukan respon Anda sebagai pembaca.
Katakan apa saja yang Anda rasa patut diperibaiki, sama ada dari aspek design blog, warna latar belakang, saiz tulisan, link yang tak [...]
- Kata-kata Motivasi 30| 5 Comments
Dr Tuah berkata, “Ada 2 orang yang paling gagal dalam hidup. Orang yang tak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.”
Gagal adalah satu situasi berkait dengan sikap kita. Kita akan menjadi lebih gagal jika kita tidak merubah diri supaya menjadi berani bangkit, kemudian cemerlang lalu berjaya.
Orang yang hanya membuat [...]
- Kata-kata Motivasi 29| 1 Comment
“Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha”. - Jack Canfield.
Kata-kata itu bukan kata-kata motivasi kosong, tetapi dibuktikan sendiri oleh Jack Canfield. Tahukah Anda, sebeleum menjadi terkenal, Jack pernah menulis sebuah buku pembangunan diri dengan tajuk “Success Principles”. Namun, buku tulisannya itu masih kurang mendapat sambutan.
Oleh kerana [...]
- Ahmad Naim Jaafar| 9 Comments
Nama Ahmad Naim Jaafar sering dikaitkan dengan kepimpinan dan komunikasi sosial. Dia bukan asing lagi, kerana telah menulis 8 buah buku dalam bidang komunikasi, pergaulan, kepimpinan dan motivasi. Antara buku tulisan beliau adalah…
Membina Karisma
Kuasa Karisma
Anda Gentleman Apabila…
Anda Berkarisma Apabila…
Anda Berkredibiliti Apabila…
Tip Menjadi Individu Menarik
Anggun Di Luar, Serlah Pesona Dari DalamAda di antara tajuk buku di [...]
- Bagaimana Sabar Boleh Mengawal Emosi| 4 Comments
Betulkah sabar boleh membuat kita mampu mengawal emosi?
Jawapannya YA, terutama saat berdepan marah, tekanan dan kegusaran. Bagaimana sabar dapat mengawal emosi, misalnya rasa nak marah? Saya akan explain dari aspek teknikalnya.
Marah adalah sikap yang cuba dikawal oleh ramai orang, tapi masih gagal. Dengan sentiasa penyabar, Anda boleh menahan marah dari meluap keluar. Anda akan bersabar [...]
- Mental Kaya Mental Berjaya| 4 Comments
Dari pemerhatian teliti, orang berjaya menjadikan sikap suka menambah ilmu satu kemestian pada diri mereka. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, mereka menambah ilmu dengan penuh konsisten sebab merasai kesan daripada sikap itu.
Mereka percaya kejayaan dan kekayaan bermula dari dalam minda. Untuk itu, minda perlu dipenuhkan dengan maklumat sebanyak mungkin.
Mental kaya dengan maklumat berpontensi besar untuk berjaya [...]
- Khabar Motivasi Kita| Leave a Comment
Apa khabar motivasi kita? Baik? Atau kurang baik?
Sepatutnya kita menilai, mengontrol tahap motivasi kita dari semasa ke semasa. Walaupun kekadang stress, tertekan kemudian berdepan situasi mencabar, kita perlu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.
Kita perlu selalu check tangki motivasi kita supaya sentiasa ada isinya. Kita kurang bersemangat sebab kurang momentum. Momentum pula akan [...]