iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Motivasi kejayaan – kejayaan akan berkembang jika kita memilih untuk jadikannya berkembang

Selama mana kita ingat matlamat yang kita nak capai, selagi itu kita tetap akan bersemangat.

Kebanyakan orang give up dan berhenti berusaha sebab fokus mereka teralih kepada permasalahan, cabaran dan kesusahan yang dirasai ketika dalam proses nak mencapai matlamat.

Elakkan diri dari menjadi sebahagian daripada mereka.

Dreams are made to be achieved. Stars are made to be reached.

Impian akan terlaksana jika ada gabungan usaha, doa dan tawakkal. Masalahnya, walaupun jutaan orang dah tahu tu semua, tapi cuma sedikit yang mampu bertindak melaksanakannya.

Permasalahan dan kesusahan sifatnya sementara. Begitu juga kejayaan.

Kejayaan akan jadi kekal, berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya sedemikian. Kejayaan akan jadi sementara jika kita menjadikannya sementara – iaitu dengan berpuas hati dengan kejayaan sedia ada pastu tak nak mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya.

Permasalahan dan kesusahan akan jadi berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya berkembang. Permasalahan akan jadi berkembang apabila kita biarkan minda kita terfokus ke arah permasalahan.

Tiap kali Anda berdepan kesusahan, ingat balik matlamat-matlamat yang Anda capai supaya dengan itu fokus minda Anda tak lari kepada permasalahan. Minda kita jadi lebih efektif apabila:

1. Kita set berbagai matlamat dalam proses mencapai kejayaan hidup

2. Kita fokuskan fikiran ke arah usaha untuk matlamat-matlamat tu, bukan kepada masalah-masalah yang menghalang kita.

Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga  hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.

Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.

Motivasi diri – 3 langkah bagaimana untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.

Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?

Ikuti 3 langkah di bawah:

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

baik buruk sangkaan kita membawa kesan tersendiri

Bila kita berjumpa seseorang lalu dalam hati kita teringat balik perkara-perkara buruk tentang orang tu, hasilnya selepas itu  kita akan ditemukan dengan situasi yang buruk-buruk.

situasi yang buruk-buruk tu pulak terjadi tanpa disangka-sangka, misalnya kereta Anda pancit di tengah jalan yang sibuk, kunci Anda hilang, Anda dilanda masalah di tempat kerja, ada tiba-tiba jatuh tergelecet lalu mendapat luka, Anda terbuat silap yang besar punya kesilapan.

Bila Anda berterus-terusan bersangka buruk, Anda akan ditemukan dengan orang-orang yang berperangai buruk, benda-benda yang perkara-perkara buruk. Mesti kita tak nak semua ni berlaku kan sebab membebankan serta membuat kita kurang gembira. Lama-lama kita boleh jadi tertekan dibuatnya.

Bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, bersangka baiklah pada setiap orang yang Anda lihat, orang yang Anda jumpa dan orang yang Anda bercakap dengannya. Mengapa? Supaya kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik.

Sekarang, untuk kita keluar dari permasalahan, rasa rendah diri serta ketidakyakinan, mulakan perubahan dengan melatih diri untuk selalu bersangka baik walaupun seburuk manapun situasi, walau seburuk manapun perangai orang yang kita jumpa. Bersangka baik dapat merubah situasi yang berlaku disekeliling kita.

Syaratnya, kita kena terus menerus bersangka baik dan elak untuk bersangka buruk walaupun hanya sesaat, walaupun hanya seketika. Sangkaan buruk yang sedikit akan memadam terus sangkaan-sangkaan baik yang kita bina.

Gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Maulidur Rasul 2010

Alhamdulullah, dapat berjumpa juga kita di sini.

Saya minta maaf banyak-banyak sebab terlambat memasukkan artikel-artikel terbaru ke dalam ruang depan blog iMotivasi.

Ada 3 perkara yang saya nak cakapkan di sini, iaitu:

1. Jika Anda ada blog sendiri pastu blog Anda sedikit sebanyak ada bersangkut paut ngan motivasi atau pembangunan diri, saya secara peribadi mengajak Anda untuk bertukar-tukar link. Link ke blog anda akan diletak (secara kekal) di ruang “Geng Motivasi”. Walaupun Anda tak letak link ke blog ni dari blog Anda, apabila saya dapati kandungan blog Anda bagus, saya akan letak terus link ke blog Anda di ruang “Geng Motivasi”.. Semua ni saya lakukan sebab saya nak kumpul sebanyak mungkin link ke bahan-bahan bacaan tambahan untuk pembaca blog iMotivasi.

2. Saya ingin mengucap Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari ini, 26 Februari 2010. Hari ni, kita menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.Hari ni saya  tak bekerja. Masa yang ada saya luangkan untuk membaca novel, menaip dan membaca beberapa buah buku di rumah. Mungkin akan ‘jalan-jalan’ sekejap untuk meringankan kepala.

3. Saya ditemukan dengan 3 orang pembaca yang berlainan situasinya. Seorang baru saja putus cinta, seorang pengidap kanser dan sedang melalui sesi kemoterapi, seorang lagi hilang pendoman nak meneruskan hidup. Kami berjumpa di alam maya, menggunakan Yahoo Messenger sebagai perantara. Saya gembira kerana artikel-artikel yang saya kongsikan kat blog ni dapat mengubah ketiga-tiganya menjadi semakin baik dari sehari ke sehari. Alhamdulillah. Berita ini amat menggembirakan saya. Naik semangat untuk berblog dengan lebih rajin lagi.

You are my inspiration!