iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Motivasi diri – berbakti membuat kita sentiasa bermotivasi

Pasanglah niat untuk menggembirakan orang lain. Kenapa? Sebab, bila Anda berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan orang lain, Anda akan gembira sama.

Anda ceriakan orang lain, Anda akan jadi ceria sama. Anda beri semangat pada orang lain di sekeliling Anda, Anda akan bersemangat dibuatnya.

Perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri. Kemudian kesan perbuatan tu akan datang semula kepada kita.

Hari ini, untuk membuat Anda bermotivasi pasanglah niat di hati untuk berbakti pada insan lain walau siapapun dia, walau apa jua status dirinya. Jangan ambil kisah pasal diri Anda. Jangan pentingkan diri Anda.

Banykkan ambil kisah pasal orang lain. Bukan untuk kita busy body, tapi kita mahu buat dia berubah, bersemangat, berinspirasi.

Setiap orang ada impian tersendiri. Dia akan lupa impian tu tiap kali dia mendepani permasalahan  – besar atau kecil.

Latih diri Anda dari peringkat asas bermula dari rumah. Ceriakan orang rumah Anda, ibu Anda, bapa Anda, adik beradik Anda, kawan-kawan di tempat kerja Anda. Mulakan dari rumah, dari yang asas supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari.

Jadilah seorang kawan yang amat prihatin, bukannya seseorang yang kuat mengomplen. Lebih banyak kita mengomplen sikap orang dan mengkritik sikap orang untuk menunjukkan yang kita betul, lebih banyak kekurangan kita akan timbul.

Itu membuat orang sekeliling tak respek langsung dengan kita. Kesannya mereka berlakon baik di depan kita, tapi di belakang kita, kita tak tahu umpatan apa yang diorang kata.

Anda boleh menabur bakti dengan berbagai cara dari sekecil-kecil cara hinggalah ke sebesar-besar cara. Cara yang paling mudah adalah dengan meringankan beban kerja seseorang yang biasa bergaul dengan kita.

Jika Anda berada di rumah, bantu ibu Anda menyelesaikan kerja-kerja di dapur. Jika Anda ada bersama-sama dengan ayah Anda, bantulah dia setakat mana-mana yang Anda tahu. Jika langsung tak tahu, minta dia terangkan mana yang perlu Anda bantu.

Paling tidakpun jika kita berjauhan dengan mereka, bantulah mereka dengan cara kita tersendiri. Kita boleh membantu orang lain melalui kecemerlangan kita.

Misalnya, kita memasang niat mahu cemerlang di tempat kerja sebba kita mahu meringankan beban kewangan isteri kita atau kekasih kita.

Kita mahu cemerlang dalam pelajaran sebab kita mahu meringankan beban emosi ibu bapa kita yang penat membanting tulang mencari untuk sesuap nasi untuk mengenyangkan perut kita. Kita mahu cemerlang dalam berniaga sebab kita mahu berbakti pada ahli masyarakat kita, supaya dengan itu mereka berpuas hati dengan sumbangan kita melalui produk-produk keluaran bisnes kita.

Apa yang kita sumbangkan akan kita dapat balik dalam jumlah dua kali ganda. Anda ikhlas bantu orang, kebaikan Anda akan datang  balik pada Anda dalam jumlah dua kali ganda.

Kesannnya pelbagai. Kehidupan Anda baik, hubungan keluarga Anda baik, aliran kewangan Anda jadi lancar saja, baik-baik saja.

Sekali Anda buat tak baik, dua kali kesannya muncul dalam hidup Anda. Kehidupan Anda menjadi kurang baik, hubungan Anda dengan keluarga jadi kurang baik, aliran kewangan Anda juga jadi kurang baik.

Semacam ada ‘lubang’ yang membocorkan kelancaran aliran tunai wang Anda. Jika situasi ini berlaku dalam hidup Anda sekarang, kaji balik apa yan Anda buat pada orang lain satu ketika dulu. Mungkin ada yang Anda buat tak baik pada seseorang hingga menyusahkan orang tu.

Sebaik-baik insan adalah insan yang berbuat baik pada insan-insan lain disekelilingnya, mendahulukan diri orang lain lebih dari dirinya sendiri. Ikhlasnya jauh meresap ke dalam hati.

Moga kita diberi petunjuk untuk membentuk diri kita jadi orang sebegitu. Tanyalah diri kita ni, aku ni cemana? Sikap ku ni cemana? Kita akan terfikir untuk memperbaiki diri kita sendiri tanpa di suruh-suruh.

Motivasi diri – jujur salah satu dari puluhan elemen kejayaan

Memotivasi di internet memerlukan hati yang betul-betul ikhlas. Di Internet, kejujuran Anda terserlah habis.

Pembaca yang membaca blog motivasi kendalian Anda akan cepat menghidu kejujuran hati Anda. Mereka dapat membezakan kejujuran yang dilakonkan.

Ramai orang jujur. Tapi jujur tu tak kekal lama.

Sebab, jujur yang mereka ada pada diri mereka hanyalah jujur yang diperlakonkan semata-mata untuk mendapat sesuatu, untuk memperoleh sesuatu atau untuk menikmati sesuatu. Jujur yang jujur punya jujur adalah jujur yang berpanjangan, bukan sehari dua atau setahun dua saja.

Kejujuran adalah salah satu dari puluhan bahan-bahan dalam resepi utama kejayaan - tak kiralah Anda seorang pelajar, pekerja ataupun usahawan. Kejujuran adalah sebab utama orang suka ngan kita, kemestian untuk kita membina pengaruh kita.

Kita berjaya disebabkan orang lain. Orang lain dan sesiapapun tak akan suka dekat dengan kita apabila kita tidak jujur bahkan mempamerkan sikap tidak jujur di mata mereka.

100 tahun kita jujur tapi bila 1 setahun saja kita jahat, orang akan lebih ingat kejahatan kita yang cuma setahun tu. Jujur yang 99 tahun sebagai bakinya dah tak ada guna. Tak ada makna.

Jujurlah sejujur-jujurnya, tapi biarlah jujur yang bijak punya jujur. Jujur pada zaman moden ni disama ertikan dengan lurus bendul.

Mencari lelaki yang benar-benar jujur ibarat menjadi satu mitos atas alasan lelaki cepat berubah.

iMotivasi berjaya mencapai ke tahap yang Anda kenali hari ini simply disebabkan kejujuran seorang lelaki. Walaupun dia kekadang tersilap namun dengan jujur dia mengakui kesilapannya.

Sikap sebegitu patut kita kagumi sebab ramai lelaki tak mahu mengaku dia bersalah sebab dia tak mahu meletak dirinya dalam situasi ‘kalah’.

Kekadang kita patut belajar mengawal ego sebab gara-gara ego, kita sendiri tak berjaya tanpa kita sendiri menyedarinya.

Moga kita dihindarkan dari sikap sebegitu.

Muda lagi tapi minta diceraikan

Selama 6 hari iMotivasi direhatkan seketika, selama 6 hari itu jugalah saya sibuk mencari rekat bentuk yang sesuai dengan iMotivasi. Mencarinya amat sukar, sebab saya mahu memuaskan hati 3 ribu orang pembaca tetap iMotivasi.

Ini baru 3 ribu, bukan 30 ribu.

Jika saya seorang selebriti, saya bertanya pada diri sendiri mampukah saya berikan perhatian penuh  pada setiap seorang daripada mereka? Saya tidak mahu mereka kecewa lalu mengatakan layanan saya tidak seberapa.

Kesibukan bekerja di mahkamah bukan penghalang untuk saya terus menghasilkan karya (bahasa pun dah bertukar sedikit menjadi bahasa sastera!). Bagi Anda yang baru kenal siapa saya, sayalah orang disebaik blog in. Saya bekerja tetap di sebuah mahkamah syariah.

Bekerja ni mahkamah ni menemukan saya dengan ratusan orang bermasalah. Paling saya terkejut, anak-anak muda yang kawin muda memilih untuk bercerai di usia muda. Perempuan terutamanya.

Ada rupa, ada kerja bergaji, ada pakej, ada daya tarikan. Tapi, minta diceraikan!.

Padahal umur masih muda, anak masih belum ada. Sebabnya mudah. Dari kes yang saya baca, kebanyakan isteri-isteri di usia muda ni meminta cerai sebab:

1. Suami ada hubungan dengan perempuan lain.
2. Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin lebih dari 4 bulan lamanya.
4. Suami tidak menjalankan tanggungjawab, tinggal serumah, tapi rumah macam ‘neraka’.
5. Suami melafazkan cerai ketika marah, kemudian tidak mengaku dia ada melafazkan cerai.

Umur bukan jadi faktor kebahagiaan rumah tangga.

Ada orang kawin muda, tapi tak berjaya mempertahankan perkahwinan. Ada juga orang kawin di usia muda tapi berjaya mengekalkan rumahtangga. Menyentuh soal kawin muda, saya kongsikan sedikit kisah bapa saya yang berkahwin muda pada umurnya masih belasan tahun.

Saya lahir ketika bapa saya masih menuntut di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah, Kota Kinabalu. Sekolah itu masih ada hingga ke hari ini. Setiap kali berjalan kaki menuju ke tempat kerja di bangunan Mahkamah Syariah, saya melintasi sekolah tu.

Sepatutnya bapa saya sambung belajar ke Mesir tapi dia memilih untuk menjadi guru sekolah semata-mata untuk membesarkan saya dan adik-adik saya. Bapa saya mengajar subjek Pendidikan Islam. Ya, bapa saya seorang Ustaz. Hari ini, dia juga seorang Imam dan seorang Jurunikah bertauliah.

Jika Anda membaca sedikit profil saya di bahagian “Kisah di sebalik iMotivasi“, mak saya menjadi tenaga pengajar di kelas KAFA. Dia seorang Ustazah.

Adik saya Azmahani, juga seorang ustazah. Mak saya kahwin dengan bapa saya ketika usia kedua-duanya masih belasan tahun, masih remaja. Setiap kali saya balik ke kampung, cinta bapa kepada mak masih seperti cinta orang muda.

Ketika masuk ke UiTM, orang pernah tanya saya dengan soalan ini:

“Kamu ni baru masuk Islam ke? Kenapa nama kamu dibinkan dengan Abdullah?”

“kamu ni anak luar nikah ke? Kenapa dalam IC kamu, nama bapa kamu Abdullah?”

Hakikatnya, nama bapa saya memang Abdullah. Kerana nama bapa saya Abdullah, saya berbangga sebab gara-gara nama itu saya berkongsi nama dengan Dr Shukri Abdullah.

Dalam kebanyakan kes yang saya baca dari fail-fail sebutan kes Mahkamah Syariah, saya dapati rupa, tahap pendidikan, pendapatan dan pangkat seseorang tak menjanjikan kebahagiaan menjalani hidup berumahtangga. Semua tu hanyalah booster yang boleh membahagiakan, menggembirakan tapi tak semestinya menjamin kekalnya kebahagiaan suami isteri.

Masalah rumah tangga banyak berpunca dari emosi. Suami rapuh pertimbangan, isteri kurang pedoman.

Jika ilmu menjadi kurang, emosi juga turut menjadi kurang. Oleh kerana kawalan emosi kurang, tindakan menjadi silap dan tak ketentuan.

Maka, berlakulah sebuah perceraian. Bagi Anda yang dah berumah tangga, syukurlah dan jagalah hati pasangan Anda dengan menjaga emosi Anda.

Bagi Anda yang masih mencari pasangan (seperti saya!) yakinlah jodoh kita tetap ada cuma kita disyorkan untuk berusaha mencarinya. Dia dah ada, cuma menunggu untuk dijumpai oleh kita.

Saat ini adalah saat paling baik untuk kita yang bujang melatih diri mengawal emosi supaya bila kita bernikah nanti dan hidup bersama pasangan untuk puluhan tahun akan datang, kita sudah mahir mengawal emosi lalu dapat mengelakkan pertelingkahan besar dalam rumah tangga.

Doa saya, moga Anda berbahagia hendaknya.

Impianmu, kebahagiaanmu, inspirasi buatku…

Impianmu, inspirasiku…

Tema asal iMotivasi berbunyi “ubah diri, bina peribadi” dah saya tukar menjadi “impianmu, inspirasiku”. Sebab, saya mahu menyemarakkan impian Anda sebagai pembaca blog kendalian saya.

Anda menjadi penyebab utama saya rajin berblog di sini. Anda penyebab utama blog iMotivasi wujud, hidup lalu aktif hingga ke saat Anda membaca catatan ini. Anda inspirasi utama saya walaupun saya tahu Anda pasti tak pernah jumpa saya di mana-mana.

Allah swt mentakdirkan hidup saya untuk berbakti. Diri saya dan minda saya ditakdirkan untuk memberi – mencari ilmu dan memberi ilmu. Selama ni, saya banyak melalui berbagai rintangan yang amat memeritkan.

Rupa-rupanya itu semua diturunkan pada saya untuk membentuk saya menjadi insan yang Anda kenali hari ini – tabah dan bersemangat tinggi. Saya dibesarkan dalam suasana perguruan.

Walaupun saya tak menjadi seorang cikgu, jiwa saya masih kecikguan, keguruan. Minat untuk memberi dan berkongsi timbul sendiri.

Saya amat gembira mengetahui kejayaan Anda, kebahagiaan Anda, kegembiraan Anda hasil ‘kerja tangan’ saya. Saya cukup berpuas hati memotivasi Anda, saya jadi gembira melihat Anda bersemangat sentiasa.

Apa impian Anda? Walau apapun ia, saya menawarkan diri menjadi rakan Anda, sahabat dan mentor Anda dalam perjalan menggapai impian Anda. Dreams can be true. Dreams are made to be TRUE!

Bersama-samalah kita berusaha menggapai impian.

Ingat, impianmu, inspirasiku…

Biru muka depan blogku

Cemana ngan rupa design yang baru ni? Reka bentuk sebegini agak simple, cuma ada 3 kaler – biru, kelabu ngan putih. Less is more!

Apa pendapat Anda tentang design ni? Lebih menyelesakan mata atau lebih menyesakkan mata?

Yang pasti, proses loadingnya jadi lebih cepat berbanding design yang dulu. Ramai pembaca imotivasi sukakan warna putih sebagai warna latar belakang – senang nak baca, macam kita baca buku.

Kaler biru saya pilih sebab ia lambang ketenangan. Ketenangan membuat kita cemerlang.

Biru adalah warna kegemaran saya sebelum saya serasi dengan warna kuning. Dalam hidup saya, saya banyak dikelilingi oleh warna biru, terutama warna Navy Blue. Saya minat kuning sebab itu warna fevret Dr Tuah, selain warna wajib bagi sesiapa yang aktif di dalam Lance Armstrong Foundation.

Tak semestinya warna keminatan saya menjadi penyebab Anda kena ikut rentak saya. Kan? jadi, saya meminta Anda untuk memberi pendapat tentang tema blog iMotivasi ni. Tema ni masih fresh lagi, saya masih belum ubah apa-apa kod CSS yang terkandung di dalam folder hostingnya.

Dalam kesempatan ni, saya mengucap ribuan terima kasih pada rakan di SempoiHosting.com kerana telah membelanja ruang tambahan sebanyak 1GB pada bandwidth blog iMotivasi. Kemarin, apabila muka depan iMotivasi di buka, Anda akan nampak laman ‘blank’ saja tanpa apa-apa isi. Bandwidth pada sebuah blog samalah seperti sebuah jalan raya.

Jika bandwidth sampai ke tahap maksima, itu samalah dengan jalan raya yang jem sebab sesak dengan kereta yang tak ketentuan arahnya. Tiap kali Anda nak lalu kat jalan tu, tak ada ruang sebab jalan jem, nak meyisip-nyisip pun tak boleh sebab sempit. Akibatnya, Anda tak sampai ke destinasi yang mahu dituju.

Begitulah dengan bandwidth mana-mana blog yang ada di internet. Hosting adalah ‘tapak tanah’ untuk blog wujud di internet manakala bandwidth adalah jalan untuk sesiapa saja datang berkunjung ke blog. Lebih besar jumlah bandwidth, lebih luas ‘jalan raya’ masuk ke blog tu.

Moga Anda faham dengan penerangan ini.

Cemana ngan design ni? Adakah Anda setuju kita pilih design ni sebagai design utama? Jika Anda kurang berkenan, saya akan tukar ke design lain dulu, pastu minta pendapat Anda.