3 Tanda Kekotoran Hati.
Bagi Anda yang baru sampai ke sini, selamat datang ke iMotivasi.
Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.
August 3rd, 2008 at 12:27 pm
gud motivasi…aq suka
August 12th, 2008 at 3:17 pm
Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
sy suke sentence ni..
sejenak sy tersentak
dimana aku skrg
trime kasih wat pringatan tu..
October 5th, 2008 at 12:04 pm
Memang betul….Orang yang kotor hatinya , banyak kat luar sana..Dah penat dah berhadapan ngan orang camni.. Bila saya pergi ke tempat baru, awal-awal cuba praktikkan LOA yang saya akan bertemu dengan orang baik dan ikhlas, tapi nampaknya tak menjadi jugak..
October 12th, 2008 at 9:38 am
terima kasih diatas tips tips yang di paparkan di blog anda ini.semuga allah akan memberkati usaha anda ini.
October 13th, 2008 at 5:00 am
Badrul, sama-sama. Kongsikan tips yang ada dengan orang lain, moga ia merubah diri mereka juga.
LiveStrong!
October 13th, 2008 at 5:08 am
Mas, pratik LOA time camtu, bagaikan dalam keadaan terdesak. Ia tak akan menjadi, sebab dalam keadaan terdesak, kita bagai nak mengelak dari sesuatu, pastu mahukan kesannya dengan cepat. Bila tak mejadi, ia membuat kita tertekan. Lama-kelamaan, kita akan jadi makin tertekan! Simply sebab LOA kita makin tak menjadi.
Untuk nak attract orang yang bersih hatinya, simply mulakan dari diri awak sendiri sebab diri kita akan menarik apa saja yang ada di dalam diri kita. Bila hati kita bersih, diri kita akan menarik orang-orang yang bersih hatinya. Sesuatu akan menarik sesuatu yang sama sifat dengannya.
Jangan cuba mengelak dari orang yang hatinya kotor atau berfikir sedikitpun tentang mereka, sebab apa saja yang ada di minda, itulah yang akan ditarik datang pada kita.
Jadi, penuhkan hati kita dengan nilai-nilai murni seperti rasa persahabatan, suka berkongsi dan semangat setiakawan sebab ia akan masuk ke minda lalu menarik orang-orang yan punyai sikap yang sama.
Sikap sebegitu secara automatik akan menarik orang-orang yang bersih hatinya berjumpa dengan kita.
Jangan fikir sedikitpun tentang orang yang kita tak suka, tapi penuhkan fikiran dengan ciri-ciri orang yang kita suka! Minda akan megikut apa yang kita selalu fikirkan.
October 15th, 2008 at 10:08 pm
Apa akan jadi kalau diri kita adalah mangsa kepada orang yang memiliki ketiga-tiga sifat di atas?
Apa nak buat kalau org kyg otor hatinya selalu dengkikan kita?
October 20th, 2008 at 11:19 pm
ilmu yang sangat bagus dan mesti selalu baca supaya kita tidak terlupa.
October 23rd, 2008 at 10:45 pm
bagus ayat-ayat tu…..terasa jgak la seperti ada yang kena dgan diri saya..saya akan cuba untk mengubahnya…..amin…
October 31st, 2008 at 11:12 am
terimakasih atas tips tadi…saya selalu dapat merasakan sesetengah dari kita hatinya kotor dan secara jujurnya saya sendiri kadangkala juga mempunyai hati yg kotor…
November 5th, 2008 at 2:33 am
alhamdulillah setakat nie saya suba sedaya upaya nak jauhkan sefat2 terkutuk tu, tp masalahnya org x kan berhenti menentang kita, tp we hv 2 be pasion n alwyz positif…. semuoga kita semua dijauhi dari sifat sifat di atas …………….amin………….
November 7th, 2008 at 9:22 am
jarang org mengakui hatinya kotor..
tp banyak yang kata hati orang yang kotor…
jadi…hati siapa yg sebenar2nya kotor ni ek?..
hihihi…
November 8th, 2008 at 9:04 pm
nak buat baik mmg byk dugaan..at least dpt pahala…dpd buat jht,dugaan ttp ada plus dosa lagi!
November 18th, 2008 at 9:42 pm
ya allah, gerun hati apabila membaca nya
[inna illa hi wainairrajiun],,
trimass 4 giving this info
November 24th, 2008 at 11:55 pm
panduan yg baik utk smua….