Petua Motivasi 30 Saat Sehari
Untuk memberi semangat pada diri sendiri, rahsianya, Anda perlu memberi semangat pada orang lain terlebih dahulu. Tak kira siapa jua dia, berikan kata-kata yang menyemarakkan inspirasi.
Untuk mula, berikan dia penghargaan, pujian dan perhatian khas untuk dirinya.
Dalam 30 saat pertama Anda bertemu dengannya, katakan apa saya yang membuat dia rasa di hargai, terharu dan bangga mendapat pujian Anda.
Kesannya, mereka akan jadi bersemangat dan tersenyum!. Dalam masa yang sama, Anda turut bersemangat sama seperti mereka.
Ikhlaskan hati dan pamerkan wajah yang ceria ketika Anda mempraktikkan teknik “30 saat sehari” ni. Niatkan supaya mereka jadi bersemangat dengan sapaan Anda.
Pada peringkat pertama, kebanyakan orang di sekeliling Anda akan naik heran dengan perubahan Anda. Tapi, percayalah, bila Anda konsisten memberi kata-kata yang membuat mereka semangat pada 30 saat pertama dalam sehari, Anda juga turut menjadi bersemangat, bukan dua tiga hari tetapi berpanjangan.
Bayangkan kalau Anda menyapa lebih daripada 30 orang sehari, dari pagi sampai ke petang? Tak ke naik semangat jadinya?
Lupakan dulu niat nak mencari cara cemana nak membuat Anda nampak bermotivasi lebih dari orang lain.
Tapi, fokus pada bagaimana nak membuat orang lain menjadi ceria, rasa dihargai oleh kata-kata Anda.
Love and friendship,
Shueqry
note : Ramai yang bertanya, tak penat ke saya sebab dah dua bulan tak bercuti kerja walaupun sehari? Lebih teruk, saya bekerja hingga 12 jam dalam sehari, macam takde henti.
Saya mengaku saya seronok dengan kerja sekarang ni, di sebuah cyber cafe. Lebih seronok lagi, saya dilantik untuk menguruskan cyber cafe tu, operasi dan hal kewangannya. Bermakna, saya juga bos, saya juga pekerja!.
Anda sudah tentu tahu seronoknya cemana bila kerjaya idaman ada di depan mata. Personally, bagi saya kerja ni saya jadikan hobi.
Thanks pada pembaca blog yang rajin hantar banyak sms. Saya tak cukup kredit nak balas semuanya, tapi sms tu sume tetap datang tanpa henti, tak minta di balas pun! Oh, Terima kasih..
March 20th, 2008 at 4:06 pm
salam,
hidup tanpa semangat nak panggil apa ye..
March 20th, 2008 at 4:16 pm
Setuju!!! “Law OF Giving” akan kembali semula kepada pemberinya berkali ganda. Wah! tahniah kerana sudah dilantik menjadi Bos!
March 21st, 2008 at 10:02 am
Salam…saya sangat setuju!!!..saya pernah baca tips mcm ni sebelum ni. Saya sedang belajar mempraktikkannya..Alhamdulillah setakat ni kesannya di luar jangkaan..(^_^)!!
March 21st, 2008 at 7:41 pm
Rezeki,
Allah memberi kita peluang untuk mengubah nasib kita sendiri. Untuk mengubah nasib, kita perlukan semangat motivasi untuk memacu usaha.
Tanpa semangat, takkan ada usaha.
Tanpa semangat juga, kita tiada inspirasi untuk meneruskan hidup.
Jadi, pilih untuk jadi orang yang kuat semangatnya, tinggi motivasinya supaya aura semangat tu meresap masuk ke orang lain.
-Shueqry-
March 21st, 2008 at 7:44 pm
Shukoi,
Saya teringat satu frasa, untuk menerima banyak, kita perlu memberi lebih banyak juga.
Berikan saja,tanpa terfikir sedikitpun akan mendapat ganjarannya satu masa nanti. Kerana, alam semesta tahu apa yang terbaik untuk kita.
Janji, kita teruskan saja memberi.
-Shueqry-
March 23rd, 2008 at 8:43 pm
tahniahlah shueq sebab kerja apa yang diminati… hm.. nak puji sapa ye..
p/s ;- mungkin ie saya tak update bila nak komen je susunan ulasan ni berterabur.. tu yang jarang komen tu
March 23rd, 2008 at 8:58 pm
Zool,
site saya nampak lebih jelas menggunakan Mozilla Firefox, sorry Zool.
Saya ada try juga guna IE, memang betabur sikit.
Thanks sbb Zool rajin tul masuk sini, tak beri komen ok juga, janji selalu masuk ke sini. Terima kasih Zool..
-Shueqry-
March 26th, 2008 at 12:02 am
Sebagai seorang cikgu, memuji anak murid bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi saya.
Kalau puji perempuan, fuh, lagi pandai.
(Alamak, kantoi)
August 27th, 2008 at 10:57 pm
salam..motivasi u banyak memberi i semangat.lebih2 lagi sebagai kaunselor pelajar di sekolah i sememangnya memerlukan bahan2 motivasi seumpama ini.ianya banyak membantu kerja i dalam memberi motivasi pada belajar..Saidina Umar pernah berkata:”tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali jika kamu tahu apa yg dicari…
thnks bro shueqry…jasamu tetap kukenang.astalavista
October 5th, 2008 at 3:50 pm
Hye….
leh bagi contoh cm na nk puji seseorang tak?actually,sy x tahu cm na wat orang 2 akan jd ceria ato pun jd bangga bla d puji?.hehe…sy nak test jugak petua neeeee….
biar sy berterima ka c awal2 kat bro shueqry…
October 6th, 2008 at 11:52 am
Hye S.Anne.V, apa khabar?
Saya bagi contohnya. Gini, ucapkan kata-kata yang buat kawan tu jadi bersemangat. Biar simple saja, jangan lebih-lebih pula sebab akan nampak macam mengampu.
Beritahu dia..
“wow, kamu nampak bersemangat hari ini.”
“macam ada yang berubah hari ni. Kamu nampak lebih bertenaga”.
sudah tentu dia akan tanya, “ye ke?”. Apa yang perlu kamu lakukan, hanya senyum dan jawab ya.
Kawan tadi tu akan ingat kata-kata semangat dari kamu sampai bila-bila.
October 13th, 2008 at 10:04 am
hemh…bagusnya jika saya dapat curi sedikit “semangat” yang Shueqry ada tu..hihi..
tapi mcm mane nak puji Shueqry yer (x pandai)..masuk Blog ni rasa ada suntikan semangat jer!
November 21st, 2008 at 2:23 pm
ally mmg bersmgt klu dtg bekerje.tp ble tgk muke2 org kt cni,hncur smgt..lg2 org yang suke amik tawu hal org lain.sedih jek rase.ally pnh nangis kt ofis smpai kepale jd pening.pastu terus amik half day.mcm mne abg shueqry?stp kali saya dtg ofis,saya akan baca ayat kursi 3x.tp tulah,nmpk jek muke diorang saya jd x bersmgt.