5 Perangai Ganjil Saya

Kali ni agak personal sedikit, saya mahu kongsikan dengan Anda 5 perkara yang saya amalkan tiap hari. Bermula dengan :

1. Waktu Malam, Sebelum Melelapkan Mata.
Saya memastikan buku nota kecil saya ada di sebelah, kerana saya akan membaca kata-kata peransang semangat yang saya tulis di dalamnya. Saya niat mahu kelihatan cergas pada hari esok dan saya maafkan kesemua orang yang menyakitkan hati saya. Untuk menenangkan jiwa, saya berzikir hingga tertidur.

2. Selepas Bangun.
Saya bertekad mahu menjadikan hari ini lebih baik dari yang kemarin, mahu capai rekod yang lebih baik dari yang sebelumnya dan berkata ada diri, new day has come! Saya memilih untuk bangun dengan penuh semangat, mindset energetik dan bergerak aktif.

Bila mandi, saya peluk diri sendiri selama 7 saat dan beri kata-kata pujian buat minda saya di dalam hati. Anggap minda kita sebagai sahabat rapat, puji dia dan katakan pada diri Anda ada minda yang sangat hebat! Saranan begini mudah meresap masuk ke minda separa sedar di waktu pagi. Lepas mandi, rasa bersemangat!

3. Ketika Memulakan Kerja
Mulakan denga Bismillah, niat untuk mencari rezeki halal. Ketika nak menulis blog motivasi, saya set diri jadi seorang blogger motivasi. Bila blog motivasi dah siap, baru saya fokus kepada blog-blog lain, produk-produk affiliate dan strategi promosi Internet. Sekarang saya fokuskan Google Adsense sebagai salah satu punca pendapatan.

4. Ketika Berenang.
Saya fokus pada keseronokan berenang dan menghabiskan masa “main air”. Saya akan fikir perkara lain selepas selesai berenang, biasanya saya dah tulis dalam buku nota “to do list”.

5. Ketika Membaca.
Saya baca satu buku dalam seminggu, peruntukkan 2-4 jam sehari, seronok tau membaca ni! Tenang, damai dan santai. Biasanya mesti ada pen dan kertas ketika sedang membaca, sebab banyak idea-idea yang timbul ketika itu.

Untuk tips motivasi kali ni, serap mana satu tabiat peribadi saya yang Anda rasa boleh ikut. Semua ni saya buat untuk memberi peransang motivasi pada diri saya dan membuat saya ada semangat nak fokus pada target yang nak dicapai.

Memang berkesan. Tak percaya? Buat dulu, berkesan ke tak, nanti cerita.

Kata-kata Dr Sheikh Muszaphar sentiasa bermain di ingatan saya, “always, always, always believe in what you can do!”.

Tips Berkaitan

Disyorkan Oleh Shueqry

Bagi Anda Yang Serius Mahu Memulakan Bisnes Internet Sendiri, Saya Rekemenkan:

Ditulis oleh usahawan Internet muda, semuanya lengkap dalam 1 Pekej.

Share This Post

5 Responses to “5 Perangai Ganjil Saya”

  1. nailofa Says:

    salam shueqry..

    emm..tip yg sangata menarik utk di praktikkan..mungkin satu dua ada jga yg telah sya sendiri amalkan..kesannya positif..

    yg paling menarik adalah tip memeluk diri sendiri tu..sya belum pernah dgar lg,pas ni bleh la sya cuba..:)

    thanks shueqry..

    nailofa

  2. Anonymous Says:

    Assalamualaikum shueqry, apa khabar hari ni?
    Saya pun memang belum pernah dengar tip memeluk diri sendiri ni. Saya akan cuba mulai hari ini…

  3. M Fitri M Shukri Says:

    Shueqry,

    Tolong bagi motivasi berenang! Saya lagi terrer tenggelam dari berenang :-) hahaha

    BTW, di KK berenang di mana selalu? Takkan asyik terjun laut aje kot.

    Bila saya ke KK nanti boleh bawa saya berenang sama. Tapi jangan ketawalah kalau saya bawa pelampung sama…hahaha

  4. Shueqry Says:

    Salam bro Fitri,

    Saya swim kat Kompleks Sukan Likas, kekadang kalau naik geram nak mandi laut, saya balik kampung!

    Kalau kat kampung saya berenag di tepi laut dekat sekolah lama saya..

    Nak berenang sama? Boleh bah!!

    Hehe :)

    Shueqry

  5. Lis Says:

    Saya juga suka berenang.

    Syukur ada peluang berenang dengan Shueqry..

    dia seorang yang suka berkongsi ilmu.

    Thank You :)

Komen? Pendapat?