5 Petua Menghepikan Diri Sendiri

Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita.

Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja.

Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.

Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…

1. Niat di hati
Katakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.

2. Ubah pernafasan.

Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.

3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.
Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!

4. Menyanyi kecil
Menyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?

5. Banyakkan istighfar dan zikir

Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.

Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.

Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.

Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat!

Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!


Share This Post

9 Responses to “5 Petua Menghepikan Diri Sendiri”

  1. zana Says:

    memang boleh hepi, and i think other way is to smile always.ia dapat mengurangkan stress dan membuatkan kita hepi walaupun dalam kesedihan. sekurang kurangnya sedikit.

  2. fiza amran Says:

    salam,
    HAppy Always!!!ingin saya kongsi disini..anda boleh senyum to all 7 chakras in ur body ..imagine that u r smiling to them starting from your head until your toe..visualise that u r always happy in whatever u do..insyallah anda akan lebih bersemangat..thanks to imotivasi that always make my life brighter daily…

  3. ruza Says:

    assalamualaikum,
    POWER WORD ‘AKU NAK…’ tersebut sebenarnya bukan utk hepi sj
    tp sejak diperkenalkan bulan lepas alhamdulillah telah berjaya menjadikan sy istiqamah puasa rejab,tahjud dan mengaji setiap hari.Semuga allah membalas jasa2 kamu.Begitu juga anak2 sy dah lebih bersemangat utk belajar dan bangun pagi.Tak mcm kura2 lagi bila nak mandi hehehe. and also thank you for your “thank you list”

  4. nanako Says:

    kalau nak super duper hepi….
    sila la ke http://www.imotivasi.com
    hehe…
    betul tak tipu…

  5. muhammad adam Says:

    Terima kasih atas motivasi ini..
    harap2 saya dapat jalankan seperti di atas itu…
    doakan supaya saya jadi rajin dan berjaya..
    terima kasih sekali lagi..
    assalamuallaikum.

  6. BIDENY Says:

    YUP….AMIN…
    I HOPE MY LIFE ALSO CAN BE HAPPY TOO!!!
    ADA TIPS LAGI TAK???
    SO SY LEBIH HEPI N CONFIDENT TUK HIDUP DI BUMI ALLAH INI…

  7. Shueqry Says:

    Bideny,

    dont just hope.

    dare to change your life, change yourself to be a happy person, as happy as you can!

  8. iedasa Says:

    salam,
    bg sy stp org de care t’sendri tuk wat dri rase hepi.
    rase hepi kan wat kite rase bahagie.
    cube tanye dri sendri,pe yg wat kite rase bahagie.
    contoh,snyum kt smue org yg kite jumpe time pagi sblm stat keje merupekan sst yg menyenangkan.so,do it!
    seorg teman pernah berkate pade sy ‘kebahagiaan tu dari dlm drimu sendri’
    so wat la pe2 yg menyenagkan ati kite,yg wat kite bahagie strusnye rase hepi..
    smg kalian b’jaye m’cari damai di hati =)

  9. kukun Says:

    i’m sooo happy and proud dpat jumpa blog nie…
    Thanks to Allah…= )
    Hope my happiness n others will be continuously….
    keep da great work bro shueqry!
    amin~

Komen? Pendapat?