5 Sebab Saya Mahu Jadi Blogger Professional

Bagi Anda yang baru masuk ke sini, selamat datang ke laman blog iMotivasi.

Erm, saya ditanya sebab apa saya memasang impian mahu menjadi blogger professional dan menjana pendapatan sepenuhnya melalui kerjaya sebagai blogger. Semua blogger ada jawapan tersendiri.

Saya kongsikan jawapan peribadi saya dibawah ni, dimulakan dengan…

1. Sebab Minat Menulis
Saya suka menulis, menulis dan terus menulis terutama tentang pembangunan diri, motivasi, teknologi dan spiritual. Menulis blog mendatangkan kepuasan yang keseronokan yang tak terhingga. Sukar untuk saya ungkapkan cemana rasanya.

Lebih seronok lagi bila saya dapat kongsikan banyak perkara dan makin bersemangat bila dapat tahu apa yang saya tulis memberi kesan dalam diri pembaca artikel saya. Keseronokan ini yang mendorong saya menulis setiap hari.

2. Ada Kebebasan Masa
Menjadi blogger akan membolehkan sesiapa jua bekerja dari mana-mana saja, selagi ada talian internet. Saya nak meluangkan banyak masa untuk perkara yang saya minati, antaranya membaca, menulis, berbasikal, berenang, untuk keluarga dan paling penting, beribadah.

3. Kawalan Penuh
Blogger bekerja seorang diri. Dengan itu, saya boleh kawal sepenuhnya operasi kerja.

Bermula dari proses pencarian bahan, penulisan, maintenance blog seterusnya cara promosi online. Saya memilih sistem kerja yang simple, supaya saya boleh fokus semua usaha pada satu perkara. Bagi saya, less is more!

4. Residual Income
Saya mahu mencipta sumber pendapatan yang berterusan dan datang dari bidang yang saya minati. Sebelum berjumpa dengan blog, pada mulanya saya mahu menulis banyak buku-buku pembangunan diri dan menjana income berterusan dari hasil penjualan buku-buku saya.

Namun ia memakan masa yang panjang, lagipun saya terpaksa bersaing dengan nama-nama besar dalam industri motivasi seperti Dr Tuah Iskandar, Dr Asmadi dan Dr Fadzilah Kamsah.

Melalui blog dan Internet, saya boleh kembangkan minat pada penulisan motivasi ke ruang yang lebih besar kerana Internet boleh diakses tanpa batasan dari mana-mana saja di seluruh dunia.

Dalam minda, saya percaya apa saja boleh dicapai, janji ada mindset, target, usaha dan ilmu.

5. Buat Kelainan
Ramai dari ahli keluarga saya bekerja sebagai guru, tetapi saya tak nak bekerja sebagai guru kerana saya minat kerjaya yang berlainan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat.

Hmm, inilah sikap yang paling susah nak diubah dalam diri saya. Dalam apa jua yang saya buat, saya mahu kelainan! Pada pandangan orang lain, keputusan saya ini dianggap ‘bodoh’.

Tapi, hanya kita sendiri yang tahu what is the best untuk diri kita sendiri. Walaupun orang kata Anda bebal, degil, keras kepala dan tak nak ikut cakap, Anda kena banyak sabar. Janji, Anda tahu apa yang Anda mahu capai.

Hanya ini lima sebab dominan mengapa saya memilih bidang yang lari dari kelulusan dan latar belakang keluarga. Saya hanya mengikut kata hati dan mahu melakukan apa yang saya rasa serasi dengan saya.

Sehingga ke saat Anda membaca artikel ini, saya sedang bekerja keras mencapai impian saya!

Share This Post

3 Responses to “5 Sebab Saya Mahu Jadi Blogger Professional”

  1. ladymariah Says:

    Teruskan usaha dah kerja keras. Happy giler kenal Shuekry!

  2. Shueqry Says:

    owh, thanks Lady Mariah, berkenalan dengan kamu membuat saya makin teruja menulis blog .. thank you!

  3. ZYDISINI Says:

    Semoga anda berjaya…

Komen? Pendapat?