5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda? Hari ini sungguh ceria bagi saya.

Ok, kali ini saya akan berkata tentang 3 lagi sikap orang-orang yang berfikiran positif. Tips pembangunan diri kali ini mendapat sambutan ramai, kerana kebanyakan dari kita tak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemikiran positif.

Pemikiran melahirkan sikap. Fikiran positif dan yang bersangka baik akan melahirkan sikap yang positif juga.

3 lagi sikap orang-orang positif yang seterusnya akan saya senaraikan di bawah ni, kita bermula dengan …

6. Keyakinan (Confidence)
Orang yang ada sikap ni sungguh pasti dengan kebolehan dirinya sendiri dalam melakukan sesuatu. Ini juga termasuk begitu pasti pasti dengan potentsi yang ada di dalam dirinya,lalu melahirkan keyakinan. Orang kk panggil ‘konpiden’.

7. Keazaman (Determination)
Mempunyai matlamat yang jitu, jelas dan tidak berubah-ubah mengikut mood atau seleranya. Orang yang mempunyai keazaman tekad sepenuhnya mencapai matlamat, azam, cita-cita dan apa saja kemahuannya, walau dengan apa jua cara yang halal.

8. Kesabaran (Patience)
Orang yang berfikiran positif sentiasa ada kesabaran dalam dirinya, tak kira dalam apa jua situasi. Sabar di sini bermaksud kesanggupan untuk menunggu satu-satu peluang muncul.

Dalam pada itu, sabar ni juga bermaksud tabah dengan segala apa yang menimpa, yakin disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi.

2 lagi sikap orang-orang yang berfikiran positif akan saya kongsikan di artikel seterusnya. Saya cuba merubah artikel-artikel di blog motivasi ini supaya jadi pendek, informatif dan direct to the point.

Jadi, ia memudahkan Anda, menjimatkan masa dan menceriakan hari Anda !

Jumpa di artikel akan datang.

Tips Lain Yang Berkaitan
5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Sistem Kepercayaan
Lawak 3B
Total Happiness Is A State Of Mind

Recomended !
SKOR Career.com
Sumber Informasi Kerjaya, Peluang-peluang Pekerjaan Dan tips Mencari Kerja
http://skorcareer.com.my/blog/

Komen Anda ..

Share This Post

4 Responses to “5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 2”

  1. norashady Says:

    Salam..Saudara Shueq,bleh saya tau kat mana saudara beli CD The Secret ?? Kalau tak menyusahkan bleh tak sms pada saya 0199651789

  2. Raymond Says:

    Eh, kenape tertinggal 2 lagi.

    Baiklah. saya akan tunggu artikel yang akan datang.

  3. Anonymous Says:

    Their seo services are top notch. We have been using them for about 5 years now but they just showed us their new viral marketing packages that are state of the art mass marketing techniques becuase it’s not just about seo
    anymore.
    Website Promotion from Atomic Seo was definitly a wise investment so yeah I would recommend their services.

  4. Jenz Iggo Says:

    Nice post!
    Saya berpendapat no8 (paling susah setakat ni!)

Komen? Pendapat?