5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 3

Kali ini kita sudah sampai di bahagian terakhir artikel mengenai 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif.

Saya mulakan dengan ..

9. Ketenangan (Calmness)
Mereka yang berfikiran positif sentiasa ada ketenangan dalam diri, maksudnya tak mudah panik atau diserang sakit jantung bila perkara yang tak diduga tiba-tiba berlaku.

Setiap masa mereka cuba meluangkan masa untuk berdoa dan bertafakur, sebab dalam menghadapi cabaran memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan rohani (jiwa).

Orang-orang yang positif sentiasa nampak tenang dan emosi mereka juga terkawal, tak menggelabah atau terlalu risau. Sebab, mereka tahu sikap sebegitu tidak akan mendatangkan hasil.

10. Fokus
Orang-orang yang positif mempunyai fokus dalam apa jua yang diusahakan mereka. Sesuatu dilakukan mesti ada tujuannya dan bukan hanya setakat untuk suka-suka saja atau sekadar main-main saja.

Mereka set matlamat untuk diri sendiri dan buat mana satu yang lebih penting dalam senarai prioriti mereka.

Jadi, tamat sudah penerangan 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif. Moga tips kali ini membantu Anda.

Kongsikannya dengan orang lain, agar mereka juga mendapat manfaat darinya. Kalau boleh, print artikel ini!

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : saya melakukan perubahan pada blog ini, terutama pada tajuk tema dan designnya supaya lebih marketable dan sesuai dengan mesej motivasi yang disampaikan agar dapat meransang perubahan dalam diri para pembacanya. Tajuk “Shueqry Berkata” telah ditukar kepada “Motivasi Pembangunan Diri”.

Pada rakan-rakan bloggers yang mahu menyewa ruang iklan untuk mempromosikan blog Anda, boleh email pada saya seberapa pantas yang mungkin sebab masih lagi ada 12 ruang kosong. Ruang iklan ada 3 tempat, di dalam RSS Feed, di ruang blog post (dengan headline “Recomended By Shueqry”) dan di Site Partner Links di sudut atas sebelah kanan.

Blog ini mendapat lebih 500 Page Load sehari dan menerima lebih 200 Unique Visitor sehari beserta dengan lebih 45 Returning Visitor, juga dalam sehari.

Tips Lain Yang Berkaitan

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1
5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 2
Maksud Fikiran Positif
Lance Armstrong - The Inspiration
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan

Recomended by Shueqry

Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Tips Jana Wang Dengan eBook
http://www.saraebooks.com/blog

Komen Dan Pendapat …

Share This Post

Komen? Pendapat?