6 Soalan Yang Cukup Power

Saya kongsikan 5+1 soalan yang jika Anda tanya pada diri, bertindak sebagai empowering question.

5 soalan ini boleh merubah diri Anda ke arah kejayaan dan kegembiraan dalam hidup.

Saya kongsikan dengan Anda sebab saya mahu Anda juga mendapat kesan positif daripadanya, sepertimana yang ia lakukan pada saya.

Bila menjawapnya, Anda perlu jujur dengan diri sendiri. Anda mesti spesifik!

5 soalan itu adalah :

Orang cemana yang aku mau jadi?
(what kind of person i want to be )

sebab apa aku mahu jadi orang tu?
( why i want to be that kind of person)

bagaimana aku boleh menjadi orang sebegitu?
( how can i become that kind of person )

apa yang aku mahu lakukan?
( what do i wanna do )

kenapa aku mahu lakukannya?
( why do i want to do it )

bagaimana aku boleh melakukannya?
( how can i do it? )

Tanya 6 soalan ini dikala Anda tak tahu apa matlamat Anda, atau masih kabur apa yang Anda mahu capai sekarang ini, tak kira Anda seorang pelajar, pekerja atau usahawan muda.

Tanya 6 soalan ini, di kala Anda keliru apa nak dilakukan dengan hidup Anda sekarang, saat Anda rasa tiada siapa endahkan Anda.

Soalan-soalan ini akan merubah Anda menjadi orang luar biasa. Berubahlah menjadi orang luar biasa, sebab hidup kita lebih bermakna, lebih bahagia bila pencapaian kita lebih dari sekadar pencapaian biasa!

Share This Post

7 Responses to “6 Soalan Yang Cukup Power”

  1. mohd azwan bin alui Says:

    saya sekarang hanya berada di tengah2…semangat dan cita2 ada tetapi masalah kewangan yang menjadi sebab untuk saya tidak bermula..harap bantulah

  2. Shueqry Says:

    Bermula dulu, walapun dengan modal yang kecil, sesuai dengan kapasiti kewangan yang ada…

  3. nurashikin1969 Says:

    Istilah orang luar biasa itu adalah relatif, bergantung kepada persepsi kita masing-masing. Wallahua’lam.

  4. Shueqry Says:

    Kak Shikin,

    Hanya diri kita tahu jadi luar biasa tu cemana tahapnya :D

  5. nurashikin1969 Says:

    Benar tu Shueqry :)

  6. ana Says:

    JANGAN JADIKAN MASALAH KEWANGAN MENJADI MASALAH DALAM HIDUP ANDA…DENGAN MATLAMAT ,OBJEKTIF DAN VISI ANDA MAMPU MENCAPAI MATLAMAT ANDA…YANG PENTING MINAT YANG MENDALAM AKAN MENGATASI SEGALA2NYA…

  7. Shueqry Says:

    Ana,

    Allah maha pengasih dan maha penyayang.

    Setiap masalah, ada peluang tersembunyi di sebaliknya.

Komen? Pendapat?