7 Artikel Sehari

Jika Anda perasan, kemarin adalah tarikh 17 Ramadhan. Bersempena dengan tarikh itu, saya telah mencabar diri sendiri untuk menulis 7 artikel dalam tempoh 24 jam. Dan ..

Saya berjaya mencapainya !

Ia bukan sesuatu yang mudah. Disamping mengupdate blog-blog lain dalam Bahasa Inggeris dan rutin kerja yang lain, dalam masa yang sama, saya juga mengupdate blog motivasi ini. Banyak gangguan sebenarnya, namun saya berjaya mengawal semua itu dan mencapai matlamat saya mahu menulis 7 artikel kelmarin, pada tarikh 29 September 2007.

Terasa macam ProBlogger motivasi pulak, hehe.. Senarai artikel yang saya tulis bermula dari tajuk Anda Hilang Tumpuan ditulis pada jam 12:19 pagi sehingga tajuk artikel Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja Bhg 3 yang ditulis pada jam 11:41 malam 29 September. Huh, walaupun penat, saya puas hati ! Maknanya saya boleh mencapai sesuatu yang lebih besar daripada ini pada masa akan datang.

Mengikut survey yang saya jalankan, lebih ramai pembaca blog ini yang meminati tips motivasi berbanding tips kuasa minda dan tips Law Of Attraction. Insya Allah, saya akan perbanyakkan artikel motivasi dan menjawap soalan-soalan berkenaan motivasi yang diajukan pada saya.

Pada Anda yang baru terjumpa blog ni, saya cadangkan supaya subscribe RSS Feed untuk menerima update terbaru terus ke email Anda atau RSS reader Anda tanpa perlu masuk ke blog ini setipa kali nak membaca artikel motivasi terbaru.

Saya turut mengalu-alukan Anda untuk join “Friends Of Shueqry” dengan add saya sebagai rakan Anda di mana-mana akaun Friendster atau MySpace. Saya baru buka akaun kedua-duanya, sebab tu masih tak ramai member lagi..

Paling mengejutkan, beberapa editor majalah (termasuk majalah yang saya minati) terjumpa blog motivasi pembangunan diri ni secara tak sengaja tatkala mahu mencari bahan penulisan berkaitan dengan komunikasi, minda, jati diri dan pembangunan diri.

Ini sungguh mengembirakan saya! Jalan menuju matlamat semakin nampak.

Terima kasih atas sokongan Anda selama saya berkhidmat menjadi blogger motivasi di sini.

Tanpa Anda, takkan ada saya.. Sokongan Anda sinar semangat buat saya. I write with love and honesty, for You.

Akhir kata, Terima Kasih !

- Shueqry -
all for one, one for all.

Recomeded!
Sara eBooks
blog perniagaan Internet - jana wang dengan ebook

Magnet Rezeki
cara bagaimana menjemput kemurahan rezeki datang pada Anda

Share This Post

2 Responses to “7 Artikel Sehari”

  1. Raymond Says:

    Pencapaian yang hebat.

    Rekod saya cuma 5 artikel sahaja. :)

  2. TINTARONA Publications Sdn Bhd Says:

    Salam perkenalan. Teruja dengan laman blog yg penuh informatif ini. Mungkin ada sesuatu yg boleh kita bekerjasama. harap sudi lawat ke laman blog saya di http://www.tintarona.blogspot.com

    Bidang saya mengkhusus dalam penulisan /penerbitan buku. harap maklum…

    terima kasih

Komen? Pendapat?