7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
May 22nd, 2008 at 1:59 pm
Assalamualaikum.
Kebelakangan ni kerana tekanan, memang saya tak bersemangat di pagi hari, terima kasih kerana memberikan artikel ni. Pasal warna tu memang betul, saya sokong, saya sukakan hijau..kalau stress je, tengok kaler hijau..tenang sket..ehe
ok, have a good day!!!
July 16th, 2008 at 8:13 am
Salam..terima kasih kerana memberi bebepara tip2 motivasi yang berguna kepada saya..sedikit sebanyak dengan apa yang diberikan telah membina kembali motivasi saya yang telah lama hilang disebabkan kegagalan yang lalu..harapan saya semoga blog ini dpat memberi tip2 yang lbh bnyk lagi untuk saya mencapai apa yang saya ingin n impikan dalan hidup saya untuk berjaya..thanks
July 16th, 2008 at 1:38 pm
Yana,
Moga tips motivasi yang ada membuat awak terus bersemangat!
July 16th, 2008 at 8:29 pm
thanks 4 this article…. mai akan berusaha u amalkannya… betul… emosi negatif buatkan saya jadi sangat lemah, pemarah dan tak bertenaga… kawan2 sy yg jd mangsa kemarahan saya… kesian sgt dieorg… bila dah marah, baru rasa menyesal… thanks
July 17th, 2008 at 2:13 pm
Mai, bagus awak dah sedar.
Sebab bila sikap tu berterusan, kawan-kawan akan menjauh dan tak siapa akan suka bekawan ngan orang yang pemarah.
July 27th, 2008 at 1:16 am
Salam waktu pagi saya selalu muram..x tau antara sy ada penyakit atau x..dada sy sebak waktu pagi..bila bgun tdo..hati tiba2 skit n ini menjejaskan mood pd waktu pg..bila mandi bru ok..smpi bila sy nk berlarutan seperti ini
August 18th, 2008 at 2:03 pm
Salam waktu pagi saya selalu muram..x tau antara sy ada penyakit atau x..dada sy sebak waktu pagi..bila bgun tdo..hati tiba2 skit n ini menjejaskan mood pd waktu pg..bila mandi bru ok..smpi bila sy nk berlarutan seperti ini
saye pun slalu rase camni ….camne nk ubati?
October 4th, 2008 at 8:21 pm
Hye….
tiap pagi mesti sedih punya..pas tue selalu rasa tak setaraf ngan kawan2.mcm diri nie kerdil sangat.cam na nie?selalu fikir bukan2 lagi.
October 12th, 2008 at 4:19 am
kadang2 semangat sangat,kadang2 macam x daya je….bosan plak datang…camne nak buat ni
October 13th, 2008 at 5:17 am
Daniel, awak kurang keseronokan. Dalam erti kata lain, awak kurang ada aktiviti yang menyeronokkan awak.
Sesetangah orang, suka menyanyi kecil sebab ia menyeronokkan bagi dirinya. Sesetengah orang, ada hobi tersendiri sebab ia menyeronokkan bagi dirinya.
Sesetengah orang pula, suka berjalan-jalan sebab itu membuat dia rasa seronok, selain membuat dia bersemangat bekerja.
Punca lain mengapa kadang-kadang bersemangat pastu kadang-kadang turun semangat, sebab di dalam hati kita ada kemarahan, rasa tidak puas hati, geram, risau terlampau, gusar atau tertekan. Semua emosi negatif ni membunuh motivasi.
October 20th, 2008 at 8:05 pm
saya rasa ada benarnya kata shueqry, sekarang ni saya rasa tidak bersemangat,lemah badan dan macam2 lagi.kisahnya begini..saya menjalankan perniagaan di tingkat1 sebuah bangunan.tiba2 semenjak dua menjak ni, kawan saya (kini bukan lagi kawan) telah cuba menutup periuk nasi saya dengan menjalankan perniagaan yang sama dengan saya betul2 di bawah premis saya.dengan kata lain, dia memang berniat untuk memusnahkan perniagaan saya.akibatnya, ramai pelanggan saya lari dan perniagaan saya amat terjejas.saya masih menjalankan perniagaan yang sama dan hari2 saya akan terserempak dengan pesaing saya tu.ini membuatkan saya hilang semangat dan mood.dalam situasi saya, apa yg perlu saya lakukan?
October 22nd, 2008 at 11:54 am
to abu bakar who has being attack from back from your friend..actually,that is not his fault..let him be what he want to..so now there is no time to be sad or furious..now it is a challenge from you to build back your bussiness..rezeki is from ALLAH,so don’t get worry abu bakar..you now must increased the quality of your bussiness and try to attract back your customers okay ! as a muslims it’s not nice to argue to each other..what important now,THINK POSITIVE and TAWAKKAL okay..
November 6th, 2008 at 9:50 am
saya setuju dengan pendapat atiqah..bt pe kite nak pening2 fikir tentang orang yang cube nak jatuhkan kite.lebih baikla kite fikirkan semula strategi bagaimana nak pulihkan keadaan seperti sebelum ini.kuatkan semangat dan fikir rezki itu datang dariNYA.
November 6th, 2008 at 3:29 pm
terimakasih artikelnya luar biasa bagus,…
good post,………
November 19th, 2008 at 11:38 am
saya harap dapat input yang berguna dalam laman motivasi ini
December 3rd, 2008 at 3:37 pm
assalamualaikum w.b.t
TQ diatas cebisan tulisan yg begitu indah utk tatapan setiap insan.Apabila membaca tulisan ini, terbit keinsafan dlm diri sy utk merubah diri ke arah yg lbh baik..time kasih semua…………