Afirmasi - Fungsinya Dalam Mencapai Kejayaan
Kita teruskan lagi perbincangan dari artikel kuasa minda yang lalu. Kali ni, saya kongsikan tips untuk menukar afirmasi negatif Anda kepada yang positif. Kuasa minda kita sangat hebat dan oleh kerana ramai tak sedar yang mereka sebenarnya berfikiran negatif dalam diam, ramai yang terhimpit dalam masalah, kekesalan dan kekecewaan.
Bila Anda perasan yang Anda suka mengkritik diri sendiri dan merasa diri sendiri tak bagus, ubah kata-kata tu kepada ayat yang lain kerana ia menyebabkan Anda sering berfikiran negatif dan Anda memberi saranan kepada minda separa sedar supaya menjadikan Anda tak hebat, tak bagus serta tak maju. Tukarkan kata-kata tu kepada salah satu ayat dibawah:
“Kalau dia boleh berjaya dalam pelajaran, maknanya saya pun boleh juga!”.
“Saya hebat dalam menyelesaikan masalah kewangan diri saya”
“Masalah keluarga saya sekarang ni hanya sementara, saya boleh selesaikannya langkah demi langkah”
“Aku cepat belajar, bijak, genius dan kreatif”.
“Wow, saya nampak hebat hari ini.”
Perasan tak, selepas membaca ayat ni, Anda rasa bersemangat, yakin dan timbul azam membara? Tu baru baca sekali, kalau lebih 55 kali sehari, bagaimana? Tak ke bagus tu? (..pinjam ayat Dr Tuah Iskandar!)
Afirmasi positif membetulkan kompas perjalanan Anda menuju destinasi kejayaan. Ia sama dengan perbuatan memberi kata-kata peransang motivasi pada diri sendiri bahkan lebih berkesan lagi. Lebih baik jika Anda melafazkan afirmasi dalam suasana yang santai, emosi yang tenang dan tanpa gangguan sekurang-kurangnya 5 atau 10 minit, 3 kali sehari.
Sebelum Anda tidur, maafkan dulu semua orang yang Anda jumpa hari ini (untuk mencuci jiwa dari unsur negatif) dan selepas itu, Anda boleh lafazkan ayat afirmasi dalam nada berbisik, beserta bayangan imaginasi atau visualisasi. Jangan dalam keadaan terdesak, biar relaks..
Kejayaan milik orang yang rajin berusaha, sama ada dari luar (kerja keras) atau dari dalam (zikir, kuasa minda dan kemantapan jiwa). Jadi, jangan berhenti berusaha.
Tips Kuasa Minda Berkaitan
- Penangan Kuasa Minda? Alamak..
- Mind And Money - Or Mind Over Money?
- Mengenai Kundalini Reiki
- Perkara Yang Menurunkan Tahap Motivasi
- Kawalan Emosi
Disyorkan Personally Oleh Shueqry
Kunci Penyelesaian Kepada Masalah Kewangan
- ketahui punca masalah dan petua membina kuasa minda penarik rezeki!
Rahsia Dibongkar Habis! Klik Di Sini Untuk Info Lanjut.
November 29th, 2007 at 4:38 pm
salam shueqry..isi tajuk ni sya byk kali dgar..tapi perkataan afimasi first time sya dengar..
bleh shueqry berkongsi makna istila afirmasi ni?
tq shueqry
nailofa
November 29th, 2007 at 9:42 pm
Hai Nailofa,
Sebelum Shueqry berkongsikan ilmunya, izinkan pakar penyibuk ni untuk ucap sepatah dua kata dulu.
Affirmasi bermaksud mempercayai apa yang difikirkan sebagai suatu kebenaran. Yakinkan diri sendiri dengan fikiran tersebut dan rasakan kewujudannya.
Jika anda nak kaya-raya, percaya bahawa anda telahpun kaya dan yakinkan diri anda bahawa kekayaan memang dah berada dalam tangan anda.
Jangan sesekali sabotaj kebenaran tersebut. Ia akan mengganggu proses Law of Attraction.
Ok. Itu yang dapat saya kongsikan.
Apakata kita dengar dahulu pendapat penaja. Sorry, pemilik baru betul.
(Shueqry! your turn!)
December 1st, 2007 at 10:22 am
Hi Shuery, Miss Ras here, saperti Nailofa saya pun waktu pertama kali dengar affirmasi ia agak unik. Selalu bertanya diri kenapa mesti affirmasi apa syaratnya, apa akibatnya, bagaimana cara yg betul, apa kesan nya pd anatomi, bagaimana kesan nya pd pandangan Islam ini semua saya teringin berkongsi ilmu disini. Tapi teringin benar hendak tahu pendapat Shueqry supaya sy tak ulang jawapan yg sama. Kalau tak ada jawapan tak apa mungkin Shueqry sibuk buat masa kini. Ketemu lagi kalau masa mengizinkan. Salam Ceria semua.