Amin Idris
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Kali ini saya berkata tentang seorang rakan dalam industri motivasi Malaysia.
Saya cukup kagum dengan dirinya. Selain menjadi seorang penulis buku panduan motivasi dan kepimpinan muda, beliau juga aktif memberi ceramah-ceramah motivasi di beberapa buah sekolah.
Perkenalkan Amin Idris. Saya selalu masuk ke blognya di alamat http://www.aminidris.com
untuk membaca info terkini dan perkembangan aktivitinya. Setiap kali saya ke sana, berbagai inspirasi timbul dan bermacam-macam idea penulisan yang muncul.
Amin Idris merupakan sekerja kepada Fadzli Yusof, seorang lagi pakar motivasi yang amat saya kagumi, sekagum saya kepada Dr Fadzilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, Dr Fazley Yaakob, Dr Irfan Khairi dan Dr Shukri Abdullah. Beberapa buku-buku tulisan Amin Idris dan Fadzli Yusof dah saya baca.
Boleh dikatakan, padat dengan motivasi! Memang tak rugi punya. Info motivasi di blog Amin Idris ditulis dengan ringkas dan straight to the point, santai serta diselitkan dengan kata-kata peransang semangat yang ‘membakar’.
Saya sarankan Anda untuk berkunjung ke blog Amin Idris. Amin, tak tahu cemana jadinya saya bila dapat peluang berjumpa dengan awak ! Bagi Anda yang belum mengenali Amin Idris, di sini saya selitkan videonya ketika memberi ceramah motivasi di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu:
Bagi Anda yang masih belajar, sedang belajar mahupun tekad mahu belajar seumur hidup, blog Amin Idris dan Fadzli Yusof amat membantu Anda. Pengkhususan mereka lebih kepada motivasi pelajar, teknik belajar, bimbingan menghadapi peperiksan juga pembangunan diri pelajar.
Jom sama-sama melawat blog Amin Idris !. Klik di sini.
- Shueqry -
all for one, one for all.
Tips Motivasi Yang Berkaitan
eMajalah Minda Sukses Ogos 2007
Tips Untuk Jadi Yakin Berkomunikasi
Tips Melahirkan Perasaan Dalam Komunikasi
Lance Armstrong - The Inspiration
Recomended Blog !
SKOR Career.com
sumber informasi peluang pekerjaan, kerjaya dan tips mencari kerja
http://skorcareer.com.my/blog/
Komen Anda?
August 31st, 2007 at 10:46 pm
Tip yang bagus ni. Teknik memotivasikan pelajar-pelajar amat saya perlukan.
Maklumlah, saya ni cikgu
September 1st, 2007 at 12:41 am
Ah ha, Raymond kan cikgu tusyen, ngam sangat tu!
Rayomond ajar subjek apa?
September 1st, 2007 at 6:00 pm
Memang ngam,
Saya ajar subjek BM, BI, Math, Science.
Tetapi saya lebih suka ajar Math dan Sains lah.
September 1st, 2007 at 9:22 pm
Ktom pun mengenali beliau dari blog DikMal. Ktom baru je jumpa blog Fadzli Yusof tu. Hehehe…byk perkara yg ktom dpt dari blognya tu….yang bestnya dia tu orang sekampung dgn Ktom…jgn jeles…hehehe
Ohooo…Raymond seorang guru rupanya…..
September 2nd, 2007 at 2:04 am
Heheheh satu kapal dengan Amin daa tapi jalan lain-lain. Sebut Amin Idris teringat jumpa beliau pertama kali mei 2001. Amin, dah tahun ya. Hahahha
September 3rd, 2007 at 1:31 pm
Zam… ayat sdr. bunyinya macam kita dah tua… Hehehe… Takper… yang penting jiwa dan semangat muda!
Thank you everyone.