Anggap Orang Lain Sangat Penting
Satu perkara telah saya pelajari hari ini. Walaupun nampak remeh dan ringan, tapi ia memberi impak yang sangat besar.
Saya diberi tangugngjawab membaiki laptop sesorang dan orang ni memang di kira berpangkat besar. Tempat saya bekerja di dalam kem tentera.
Andai berurusan dengan orang tentera, tak boleh main-main. Kena serius dan professional.
Ceritanya begini. Laptopnya rosak dek serangan virus dan segala dokumen yang ada, tak dapat di recover langsung. Nak tak nak, saya terpaksa format abes kesemuanya. Kosong.
Selama dua tiga hari ni tak banyak komputer yang saya baiki, sebenarnya saya boleh melengahkan proses pembaikan laptop tersebut hingga esok.
Namun, terdetik di dalam hati saya, mungkin laptop ini penting baginya, so lebih baik saya baiki secepat yang mungkin. Idea tu datang tiba-tiba saja.
Walaupun banyak cabaran yang saya tempuhi, saya berjaya menyiapkannya kurang dari sehari. Dalam hati, saya tekad untuk memberikan yang terbaik, sebaik yang mungkin, sekualiti yang mungkin agar dia berpuas hati.
Setelah siap, saya menghantarnya ke pejabat beliau. Sungguh tak sangka, dia terkejut!
Sebab, dia ingat proses pembaikannya memakan masa tiga hingga empat hari seperti kedai komputer yang biasa. Saya cuma tersenyum!.
Dek mindset menganggap orang lain lebih penting, saya berjaya menyiapkan laptop tersebut dalam masa singkat. Lagipun, saya bagitau minda saya, yang laptop ni mesti siap dalam masa 3 jam.
Saya telah letak matlamat di situ, mesti siap dalam tempoh 3 jam…Akhirnya saya berjaya juga!
Oleh itu, saya mahu berkongsi inspirasi yang saya dapat dari hal ini.
Bila kita letak orang lain di tempat pertama dan berbuat kebaikan tanpa mengharap balasan, Anda akan mendapat kepuasan yang tak terhingga, lebih-lebih bila orang tersebut memuji kualiti kerja Anda.
Memang puas hati!
Dari situ, timbul motivasi untuk bekerja dengan lebih bersemangat lagi!
Moga tips motivasi kali ini memberi inspirasi buat Anda.
May 6th, 2008 at 3:16 pm
Syabas Shueqry,
You stand out from the crowd.
May 7th, 2008 at 12:13 am
Shueqry,
Suatu teori dan praktikal motivasi yang sangat baik untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja bagi mencapai matlamat dan kepuasan diri.
Salam Kekayaan.
THINKERICH
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Motivasi: Kekayaan, Kewangan & Peribadi
http://www.pemikirkaya.com
August 20th, 2008 at 3:57 pm
bagus….sngt bgus….sume org prlu mngamalkan nya….smoga tuan trus maju…..
August 21st, 2008 at 2:04 am
Jadikan orang lain lebih penting, supaya mereka juga menjadikan Anda orang yang penting dalam hidup mereka.
give and receive
August 28th, 2008 at 4:38 pm
Usaha itu tangga kejayaan. Sekiranya kita mempunya matlamat yang hendak dicapai, kemudian diiringinya dengan usaha yang gigih penuh kesungguhan. Tambah elok melakukannya dengan penuh ikhlas maka hasilnya memang tidak dapat digambarkan. Kepayahan dan cabaran itulah kenikmatan sebenar.
August 28th, 2008 at 9:15 pm
Nooraini,
selain ikhlas, lakukannya dengan penuh keseronokan!