Angkasawan Reaching For The Stars
Akhirnya saya berjaya membeli buku motivasi idaman, Reaching For The Stars yang menampilkan kisah kejayaan Dr Sheikh Muszaphar bergelar angkasawan dan kisah perjalanannya ke International Space Station.
Buku ni ada emosi nostalgik di dalamnya. Di saat kejayaan dalam genggaman, adik kesayangan pula dijemput ke rahmatullah.
Hanya semangat yang kuat saja mampu menempuh dugaan hebat sebegitu. Saya benar-benar kagum dengan ketabahan Dr Sheikh Muszaphar, adik beradiknya dan ibu bapa beliau.
Aura ketabahan Dr Sheikh Muszaphar meresap masuk ke sanubari saya, membuat saya baca buku ni lebih dari dua kali selepas sehari membelinya. Emosi bersemangat dan pilu silih berganti, lebih-lebih lagi tiap kali menatap gambar-gambar keluarga yang dipaparkan.
Selesai membaca buku ini memberi kesan mendalam, lebih dalam dari buku-buku motivasi Inggeris yang pernah saya baca.
Ia ada elemen ketabahan, kekuatan semangat, kasih sayang dan paling ketara, elemen kekeluargaan.
Cara penyampaian buku ini lebih kepada kekeluargaan dan kekitaan, justeru membuat pembaca dekat dengan penulis dan seluruh ahli keluarga kerana mereka semua menggunakan nama panggilan masing-masing, seperti Amus, Abang, Opik, Ajil, Ummi, Abah.
Pada mulanya saya ingat buku Reaching For The Stars berharga RM40 ke atas, rumanya cuma RM20 saja. Pada pendapat saya, ia satu strategi harga yang bijak agar semua rakyat Malaysia mampu membeli buku ni, lebih-lebih pelajar sekolah dan institu pengajian tinggi.
Buku-buku motivasi Dr Tuah Iskandar juga kebanyakannya dijual pada harga RM10, RM15 dan RM20. Dalam banyak-banyak buku motivasi, buku tulisan Dr Tuah yang paling laris. Selain motivasinya yang bersahaja, harga buku-bukunya juga murah.
Dr Sheikh Muszapahr tahu apa yang mahu dicapainya.
Dia bukti sebenar kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa saja, janji ada kekuatan mental, kesabaran dan kesungguhan.
Anda bagaimana? Apa yang Anda mahu capai?
What do you wanna achieve?
Bagi saya, i’m gonna reach for the stars!
November 7th, 2008 at 8:41 pm
Saya juga telah berpeluang berjumpa secara lebih dekat dengan Dr SMS ini. Bila membaca bukunya, hati kecil saya tersentuh dan tanpa saya sedari airmata saya jatuh menitis. Sebak rasanya.
November 8th, 2008 at 5:00 pm
Farah, saya menanti peluang seperrti yang kamu dapat. Impian saya, satu hari nanti nak sama-sama dengan Dr Sheikh di dalam satu rancangan tv.
Moga impian itu menjadi realiti!
November 20th, 2008 at 4:28 pm
semenjak saya membeli buku ini,semangat saya bertambah.Buku ini membantu saya menaikkan semangat semasa saya alami tekanan untuk belajar.