AntiVirus Yang Best

Kali ni, artikel tips motivasi berehat sebentar.

Saya menjawap pertanyaan pembaca blog iMotivasi yang menyentuh tentang antivirus.

Dia keliru mana satu antivirus yang nak install ke komputernya. Saya sekadar membantu mana yang saya tahu di artikel ini. Saya mengikut permintaannya supaya tidak menyiarkan namanya di sini.

Actually, nak tentukan jenis antivrus yang nak digunakan, tengok dulu jumlah RAM komputer dan apa gunanya komputer tu pada Anda, sama ada untuk menaip skali ngan surf internet ka, main games saja ka atau untuk buat design ngan internet sekali. Ada orang gunakan komputer semata-mata untuk bermain online games dan chatting sahaja.

Kebanyakan software antivirus sekarang ni memerlukan update terus dari internet. Andai kata komputer Anda tidak ada sambungan ke internet, memang agak payah sebab kekuatan antivirus ditentukan oleh kekerapa update. Lebih kerap update, lebih power dia nak lawan virus.

Tetapi, jangan risau sebab kebanyakan anti virus menyediakan update yang boleh di download dari siber kafe lalu di simpan ke dalam external drive (thumb drive, pen drive mahupun external hard disc). Kemudian, Anda boleh update database antivirus Anda dari pendrive tu bila dicucuk ke dalam USB drive komputer Anda.

Ada 3 antivirus yang popular. Pertama, Norton antivirus. Kedua, Kaspersky 7.0 dan ketiga, AVG 8.0.

Kecuali Norton, Kaspersky dan AVG boleh di install ke dalam komputer yang rendah RAM. Kedua-duanya ada berbagai versi, tapi yang paling utama adalah program “antivirus” dan “Internet security”.

Bila Anda selalu connect ke internet, setiap hari mahupun setiap jam, better pakai yang internet security sebab bermacam-macam kod virus akan masuk melalui internet tanpa Anda sendiri sedari. Bagi yang menggunakan komputer office, biasanya virus cepat merebak melalui LAN dan pen drive.

Untuk komputer yang RAM 256MB ke bawah, better gunakan Kaspersky atau AVG. Melalui pengalaman berdepan dengan banyak hal teknikal komputer, saya lebih rekemenkan AVG, sebab lebih ‘ringan’ dan booting process juga agak cepat.

Andai ada fail yang terkena jangkitan virus, kebanyakan anti virus terus delete atau kuarantin. Kesannya, fail tersebut tak boleh digunakan lagi.

Berbanding AVG, ia hanya ‘heal’ jangkitan virus tetapi tidak membuang fail tersebut. So Anda boleh gunakannya semula. Ini satu kelebihan anti virus AVG yang tidak ada pada program lain.

Norton, McAfee dan BitDefender tidak sesuai digunakan pada komputer dengan RAM berkapasiti rendah. Kalau letak juga kat dalam tu, komputer Anda lambat time start dan selalu jem.

Norton paling best bila digunakan pada komputer dengan RAM 256 ke atas, paling ngammmm kalau RAM mencapai 1GB. Begitu juga dengan Mc Affe serta BitDefender.

Jangan terkeliru, sebab Norton banyak produk untuk melawan virus. Antaranya Norton Security Suite dan Norton 360.

Semuanya bergantung dengan jumlah RAM dan cara pemakaian komputer. Jika komputer Anda mempunyai RAM256 ke atas, gunakan Norton antivirus untuk perlindungan yang lebih hebat.

Kesimpulannya, nak install antivirus, lihat dulu stail Anda menggunakan komputer. RAM yang tinggi memang canggih, laju dan lancar.

Tapi andai kata Anda cuma menggunakan komputer untuk menaip dan connect ke internet, RAM dalam 256MB ke bawah dengan antivirus Kaspersky 7.0 sudah memadai.

Cuma, Kaspersky memerlukan talian Internet untuk fungsi autimatic updaternya. Anda Anda tiada talian Internet, gunakan AVG Pro yang boleh diupdate sekali saja.

Bagi anda yang agak techie, selunya akan mengguna antivirus yang dah di crack, torrent atau patch (sebab free!). Tapi, berhati-hati kerana antivirus yang di ‘crack’ atau di download dari torrent selalunya mengandungi virus trojan dan worm tersembunyi yang selalu merosakkan data, menyebabkan komputer Anda jem tiba-tiba dan Anda susah nak buat kerja.

Sebelum Anda membeli CD perisian antivirus, tanya dulu sama ada itu crack atau versi beserta lesen penuh. Pastikan ia ada lesen penuh, bukan yang crack!.

Moga tips kali ini membantu Anda.

Share This Post

5 Responses to “AntiVirus Yang Best”

  1. Raymond Chua Says:

    Kegemaran saya tetap pada Kapersky. :)

    Walaupun dikenakan bayaran tahunan, tetapi sistemnya hebat (bagi saya)

    Data saya pun jauh lebih bernilai daripada bayaran tahunan tersebut. Anggaplah sebagai insurans kepada data saya. :)

  2. zool Says:

    Hm.. tunggu dapat pendapatan dari internet baru pakai Kaspersky kot..
    Sekarang pakai AVG free…

  3. zool Says:

    Hm.. tunggu dapat pendapatan dari internet baru pakai Kaspersky kot..
    Sekarang pakai AVG free…

  4. Shueqry Says:

    betul Raymond,

    Kaspersky hebat, sebab ia datang sekali dengan registry control dan spayware remover.

    Zool, AVG free edition juga sangat hebat, janji awak update virus definition setiap hari.

    Saya menggunakan Kaspersky Internet Security 7.0 dan AVG free edition di komputer saya.

    Masing-masing ada kekuatan tersendiri, sebab itu saya gunakan keduanya sekali..

    -Shueqry-

  5. Bent Says:

    Saya menggunakan avast home edition..ringan dan juga powerful.Tapi lagi bagus kalau ada sambungan internet sebab ianya akan update dengan sendirinya.

Komen? Pendapat?