Apa Dia Metafizik

Saya telah ditanya apa makna metafizik sebenarnya. Jika digali makna metafzik yang sebenar, jawapan saya akan menjadi terlalu akademik, mungkin membuat Anda keliru.

Saya lebih suka menerangkan sesuatu dalam dialek biasa, supaya Anda senang nak paham apekebenda yang saya sampaikan.

Metafizik adalah satu bidang yang mengkaji tentang aura, getaran tenaga (enerji) dan penggunaan kuasa minda dalam kehidupan.

Bidang metafizik memfokus kepada spiritual dan pembinaan tenaga dalam untuk merawat penyakit berkaitan emosi kita, misalnya stress, tekanan dan gangguan psikik. Anda boleh kata ahli metafizik adalah seorang pakar yang mengkaji potensi kuasa minda.

Ilmu metafizik boleh dipelajari oleh sesiapa saja. Ia digunakan untuk mengubah minda separa sedar dari tahap yang biasa menjadi luar biasa, menjana kuasa minda lalu memperalatkan minda untuk menarik kejayaan datang pada kita.

Semua orang ada petensi yang sama, cuma berbeza dalam kawalan minda masing-masing.

Berita baik untuk Anda. Dengan menyertai Seminar Evolusi Minda, Anda akan dipandu dan dibantu bagaimana nak mengawal minda akhirnya merasakan perubahan diri Anda melalui hasil yang Anda ‘cipta’ sendiri.  Tak perlu baca banyak buku yang tebal-tebal, sepertimana yang saya lalui beberapa taun lalu.

Knowledge is power. Orang yang banyak mengaplikasi ilmu, mempunyai kuasa untuk memacu diri mereka ke arah kejayaan. Mereka jarang berkongsi knowledge yang mereka ada kerana ia hanya dapat difahami oleh segelintir orang.

Inilah sebab utama mengapa orang yang berjaya, terus mencapai kejayaan, orang yang kaya, terus mencapai kekayaan, bahkan seolah-oleh mereka ni nampak bertuah benar. Kenapa ya?

Sebab mereka tahu metafizik, mereka bijak memperalatkan kuasa minda, mengawalnya lalu menggunakan minda untuk menemukan diri mereka dengan teknik yang menjadikan mereka berjaya, cemerlang, dalam kebanyakan kes, menjadi kaya. Saya masih mengkaji bagaimana mereka melakukannya!

Puan Arina Abbas, penceramah Evolusi Minda akan berkongsi dengan Anda bagaimana mengenali asas metafizik dan menggunakannya untuk membentuk kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia.

Saya masih giat mengkaji metafizik, kuasa minda dan Neuro Associative Conditioning (NAC), salah satu teknologi dalam sains pembangunan diri.

Saya juga masih mengkaji NAC dan aplikasinya dalam sukan. Yang bestnye, saya akan kongsikan apa yang akan saya temui.

Knowledge is to be shared..

Share This Post

6 Responses to “Apa Dia Metafizik”

  1. nanako Says:

    Salam Shueqry…

    Sabda Rasulullah S.A.W:
    “Sesungguhnya, para Malaikat menaungi
    dengan sayapnya orang yang mencari ilmu kerana
    redha dengan apa yang dicarinya”

    (Hadis Hasan riwayat Ahmad)

    semoga kita semua mendapat sesuatu daripada-Nya…
    Teruskan usahamu wahai kawan..

  2. ruza Says:

    askm,
    bagus entri kali ni. Tak sangka ramai pesakit d rwt dgn kaedah ni
    hari ni dan semalam.Rata-rata stress dan chronic case yg perlu moral,emotional and spiritaual support hehehe.terkebetulan!
    Thanks alot shueqry.
    Ada satu kata-kata hukama’:belajar itu satu kebaikan, mencari ilmu itu ibadah,mengingatinya sama dgn tasbih, menyelidiknya sama dgn jihad,mengajarnya sama dgn sedekah…..
    Ilmu menghiburkan d waktu sendirian,kawan dlm pengasingan,kwn dlm kesepian, penunjuk jln kesenangan,penolong dlm menghadapi kesusahan,keindahan d tengah2 kwn …
    semuga allah sj yg dpt membalas jasa2 kamu…

  3. Shueqry Says:

    Nanako,
    thank you ..Kata-kata itu menjadi penyuntik semangat buat saya, syukran jazilan ..

    Ruza,
    Stress berlaku di mana-mana, bila-bila masa .. sebab itu kita perlu bantu orang lain dan berkongsi dengan mereka cara menangani stress.

  4. suria Says:

    salam….
    bertambah semangat bila membaca setiap artikel anda, terima .terima kasih kawan, semoga anda sentiasa dirahmati allah

  5. fiza amran Says:

    semoga anda sentiasa dirahmati..semoga menjadi petunjuk kepada semua…bersangka baiklah pada allah..

  6. Shueqry Says:

    Fiza Amran,
    May Allah bless you and the family too..

    Suria,
    saya cukup gembira bila tahu awak jadi bersemangat!

Komen? Pendapat?