Apa Makna Evolusi Yang Ada Motivasi
Dari apa yang saya tahu, evolusi maksudnya berubah, kata serapan dari perkataan Inggeris “evolution”. Evolusi melambangkan perubahan kepada sesuatu yang baru.
Evolusi berlaku dari dalam menghala ke luar. Bila dah berlaku evolusi, orang di sekeliling akan perasan perubahannya kerana kesan dari evolusi itu cukup menonjol.
Evolusi berlainan dengan inovasi, di mana inovasi bermaksud merubah sedikit sesuatu yang baru, menjadi lebih baru dengan beberapa ciri-ciri tambahan.
Anjakan paradigma, perubahan attitude dan mentaliti sering dikaitan dengan evolusi. Bila berubah, dah menjadi sesuatu yang baru, berlainan dengan yang lama, bahkan menjadi lebih hebat!
Jika apa saja boleh diubah, maka minda kita juga boleh diubah dan dievolusikan!
Apa pula pengertian Anda tentang evolusi minda? Rasanya mungkin ada definisi tersendiri tentang makna evolusi, kongsikannya di ruang komen.
Untuk mengevolusikan minda, tidak cukup dengan hanya membaca berkoyan-koyan buku, masih tak cukup.
Anda perlu cari seorang guru. Download ilmunya, pengalamannya install tips berguna darinya, gunakan untuk diri Anda sendiri.
Blog iMotivasi kini menjalin kerjasama dengan seminar Evolusi Minda dan bertindak sebagai rakan seperjuangan, bukan saja sekadar meng’up’ promosi tetapi berrsedia menyediakan support.
Nak tahu tentang Seminar Evolusi Minda? Klik banner di bawah…
Kita perlu berubah sekarang, jika tidak berubah, takkan ada kemajuan, kita jadi semakin ketinggalan!.
Apa perubahan yang Anda benar-benar mahukan? Perubahan sikap? emosi? kepintaran? atau kerajinan? Kongsikan di ruang komen…
