Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan
Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :
“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”
Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.
Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.
Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.
Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.
Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!
May 6th, 2008 at 12:25 pm
Mind our own business.
Berbincang mengenai orang lain akan mengarahkan tenaga kita kepada orang itu.
Apabila kita fokuskan kepada diri kita sendiri, tenaga kita akan diarahkan untuk memajukan diri kita.
August 28th, 2008 at 4:33 pm
Saya bersetuju dengan penyataan tersebut. Sesungguhnya jika ada kemahuan sudah tentu ada jalan. Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu jikalau ia tidak mahu merubahnya. Al-Quran telah menyatakan. Maka untuk berubah kita perlu disiplin diri yang tinggi bagi menunaikan janji selaku Khalifah Allah demi kesejahteraan dan keredhaan kehidupan di dunai dan akhirat. Mulakan langkah pertama. Oleh kerana masa tidak akan menunggu kita. Masa yang lepas tidak dapat kita kembalikan semula. Lihatlah tali pita, setiap sela ukur adalah jangka usia kita. Syukur, saya menemui blog anda yang penuh dengan tarbiyah meningkatkan potensi diri kepada yang lebih baik daripada semalam.
Semoga tingkatkan perkongsian ilmu ini.
October 18th, 2008 at 12:33 pm
saya bersyukur kerana adanya laman motivasi sebegini
November 18th, 2008 at 10:01 pm
wahhh, sekiranya ‘remainds’ balik sye di dalam kategori sederhana, haha
Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya
November 20th, 2008 at 3:32 pm
saya nie macam orang yg gagal dan sederhana tu…memang sedap bila cerita tentang kesilapan dan kegagalan orang..tapi kesannya kena balik tang muka saya balik…padan muka…
November 20th, 2008 at 4:33 pm
tak tahulah apa nak kata?
November 20th, 2008 at 5:27 pm
menarik dan saya tertarik untuk lebih membaca walaupn saya x minat membaca…
November 21st, 2008 at 1:34 pm
saya nak artikal yang boleh menaikkakan semangat saya.not bad la artikal ni.selama ni saya takut nak bercakap dengan orang sebab diorang selalu cakap macam diorang tu yang bagus.