Artikel Ke 555 dan Subscribers iMotivasi Mencapai 1300 Orang

Sejak blog motivasi ini di mulakan, dah banyak yang saya pelajari dan banyak juga kegagalan yang saya tempuhi. Personally, semua mengajar saya supaya be strong, cekal dan punya matlamat diri.

Ada ramai blogger yang menjemput saya menjadi guest blogger di blog mereka. Saya meminta maaf sebab saya hanya fokus pada blog iMotivasi sahaja, selain dari tugas di mana saya menjadi penulis jemputan di blog MotivasiKejayaan.com milik DikMal.

Minta maaf banyak-banyak pada DikMal, saya dah lama tak hantar artikel motivasi ke blognya.

Post di blog saya dah sampai ke jumlah 555 artikel, masih kecil lagi berbanding blog-blog Melayu yang lebih faymes dan lebih ramai pengunjung. Kali ni jumlah rss feed subscribers juga dah mencapai 1300 orang, dalam list saya ada dua ribu lebih tapi yang lain email mereka belum di ‘verified’ lagi. Maknanya mereka belum masuk ke inbox email lalu klik link dari iMotivasi.

Bandingkan diri kita dengan orang luar biasa, kerana ia akan membentuk diri kita menjadi luar biasa seperti mereka. Tetapi, jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang biasa, kerana itu akan menurunkan tahap motivasi kita sendiri.

Cari orang-orang luar biasa, kagumi pencapaian mereka dan jadikan mereka idola.

Rugi menjadi orang biasa, sebab hidup akan jadi lebih bermakna, lebih bahagia bila kita mula berubah menjadi orang yang luar biasa!

Pilih jadi orang yang ada motivasi…

Share This Post

Komen? Pendapat?