Baca Blog Bijak Belajar Untuk Motivasi Belajar

Sebenarnya saya baru jumpa blog motivasi ni.

Perkenalkan blog Bijak Belajar, laman info motivasi belajar dikelolakan oleh Fitri Shukri, salah seorang daripada Fasilitator Seminar Bijak Belajar.

Blog Bijak Belajar

Seminar Bijak Belajar dikelolakan sepenuhnya oleh Amalan Belajar Sdn Berhad, diasaskan oleh Dr Shukri Abdullah.

Dr Shukri merupakan pakar motivasi yang bergiat cergas memberi ceramah-ceramah motivasi sejak 15 tahun lalu dan selalu muncul di berbagai media seperti TV3, TV1, Astro Ria dan Radio Malaysia. Kat channel YouTube saya, Anda ada klip video ceramah Motivasi Pagi TV3 dari Dr Shukri. Klik di sini untuk menonoton.

Dr Shukri adalah pakar motivasi fevret saya time di skola dulu, sebab nama kami serupa!

Cikgu dan ramai kawan-kawan panggil saya dengan jolokan “Dr Shukri” walaupun ketika tu saya cuma budak sekolah saja. Fuyoo, siapa yang tak naik semangat bila dipanggil gitu!

Dalam blog Bijak Belajar, Anda boleh kenali dengan lebih dekat Fasilitator mereka selain Fitri Shukri. Dr Shukri merupakan Prinsipal yang bertanggungjawab menyusun modul Seminar Bijak Belajar dan dia juga yang mengatur kajian dan inovasi seminar.

Fasilitator Bijak Belajar

Bagi pembaca iMotivasi yang berminat nak menjemput Fasilitator Seminar Bijak Belajar untuk menjalankan program seminar di sekolah masing-masing, Anda boleh hubungi bro Fitri di sini, email terus kepada fitrishukri@gmail.com atau call tel bimbit beliau di 012-9753615.

Meh jelajah blog Bijak Belajar. Anda boleh ikuti updates tentang program Seminar Bijak Belajar atau membaca blog bro Fitri. Saya cukup teruja membaca post beliau ketika berada di Brunei.

Blog Fitri Shukri

Lawati blog bro Fitri hari ni juga, gambar-gambar di blognya sungguh menarik!

Share This Post

7 Komen Pembaca


  1. Thanks saudara shueqry dengan perkongsian ini. Saya dah lihat. Memang menarik. Kat sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Shueqry yang selalu melawat blog saya kebelakangan ini. Lagi satu, blog awak semakin menarik dengan penggunaan Themes yang berwarna Orange. Saya yakin anda akan berjaya suatu hari nanti.

    Sekadar bertanya, tidak minatkah menjadi motivator?=)

    Quote | Posted July 23, 2008, 8:28 am

  2. DR Inspirasi,

    Menjadi motivator? Memang minat !!

    Tapi, biarlah naman saya dikenali di Internet dulu.

    Quote | Posted July 23, 2008, 11:15 am

  3. Owh macam tu ke.. hehe..saya tak sabar menantikan buku motivasi anda keluar.salam motivasi..:-)

    Quote | Posted July 23, 2008, 11:19 am

  4. As’kum Shueqry,

    Terima kasih banyak2 kerana mempromosi blog pribadi saya dan blog Bijak Belajar.

    Sebenarnya lama juga tak update kedua2 blog ini… masih kurang berdisiplin dlm meng’update’ blog sendiri.

    InsyaAllah saya akan update perkembangan seminar dan lawatan saya ke Johor, Melaka, Perak, Pahang, Sarawak, Brunei dan Pulau Pinang (tahun ini belum ada rezeki untuk ke Sabah).

    Kad CF dlm kedua2 kamera saya masih penuh menanti untuk diedit dan dipos ke internet.

    Once again, thank you again for extending your friendship. Have a great day ahead.

    Quote | Posted July 23, 2008, 2:55 pm

  5. Sama-sama bro Fitti.

    Saya sentiasa berdoa kita dapat berjumpa satu hari nanti.

    Mana tau, saya jadi blogger rasmi Seminar Bijak Belajar! :D

    Quote | Posted July 23, 2008, 7:38 pm

  6. Wahh.. Dasyat2 kenalan Shueqry ni. Bila nak wujudkan ruangan forum atau komuniti agar pembaca imotivasi bole saling berhubung dan bertukar pendapat ? Masa tu nanti xde la Shueqry menerima lambakan message d YM sehingga pembaca marah2.. (Just Suggestion)..

    Quote | Posted July 24, 2008, 8:17 am

  7. Nordiana, good idea juga tu.

    Cuma sekarang ni kurang ada masa nak install forum PhpBB atau yang seaktu degannya .. bila dah ada forum komuniti, senang sikit.

    Quote | Posted July 24, 2008, 3:37 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini