Bagaimana Melatih Diri Menanya Soalan Yang Memberi Power
Pada artikel yang lepas bertajuk "Soalan Yang Memberi Power" , saya telah berkongsi apa dia soalan-soalan yang memberi power (empowering questions) dan sebab apa Anda perlu gunakannya untuk memberi motivasi pada diri sendiri.
Kali ini saya berkongsi cara bagaimana Anda melatih diri menanya soalan supaya Anda berubah menjadi lebih power dari yang sekarang ini.
Kita boleh gunakan soalan-soalan seperti apa, cemana, bagaimana dan bila. Walaupun simple, tapi kesannya berpanjangan.
Saya ambil contoh bila Anda kurang berduit. Pada suatu petang bila Anda membuka wallet, cuma ada RM10 di dalamnya dan Anda sudah mula susah hati.
Sudah tentu pada saat ini, Anda jadi kurang bersemangat dan gusar. Fokus Anda mula bertumpu kepada rasa susah hati sebab kurang ada duit.
Ini tak bagus, sebab akan menjadikan Anda makin kurang bersemangat.
Cemana kita nak mengubahnya? Bagaimana kita nak ubah mood yang susah hati tu menjadi mood yang bersemangat?
Gunakan soalan-soalan tadi, tanya diri dengan soalan dimulai dengan apa, seterusnya dengan sebab apa, bagaimana dan bila.
Misalnya…
"Sekarang duit aku dah kurang. Apa yang boleh aku buat untuk menjana wang?"
"Apa yang aku boleh lakukan untuk mendapat untung sampingan?"
"Bagaimana aku nak dapat untung? Apa yang aku boleh jualkan dan apa yang aku boleh berikan sebagai perkhidmatan?"
"Bila aku nak bermula?"
"Sebab apa aku memilih cara ini?"
Soalan-soalan di atas hanya sebagai panduan saja. Anda boleh tanya diri sendiri soalan-soalan bergantung pada situasi dan cabaran yang Anda lalui.
Asasnya tetap sama, fokus untuk mencari aspek-aspek positif saja supaya Anda mendapat hasil yang
positif juga.
Melatih diri selalu bertanya soalan membantu mengubah mood Anda dari kurang bertenaga menjadi lebih bertenaga, lalu Anda terasa bagai ada sedikit harapan untuk keluar dari cabaran yang ada, misalnya kekurangan wang seperti contoh di atas.