Bagaimana Mengawal Mood Anda Dengan Bertanya Soalan

Tiap kali Anda jadi kurang bersemangat, kurang bertenaga, sedikit tertekan atau gusar, Anda boleh gunakan soalan-soalan yang Anda tanya pada diri untuk menjadikan Anda bersemangat.

Misalnya, Anda sedikit tertekan di waktu pagi saat mula masuk bekerja sebab bos Anda menegur silap Anda di depan kawan-kawan yang membuat Anda sedikit malu.

Kesan daripada itu, mood Anda bertukar menjadi sedikit tertekan dan jadi kurang gembira.

Bagaimana nak menukar mood tersebut, menjadi ceria dan kurang tertekan?

Caranya, tanya diri Anda dengan soalan-soalan yang bermula dengan "bagaimana " atau "dengan cara apa ".

Misalnya…

"Bagaimana aku boleh menukar mood ini menjadi lebih gembira?"

"Dengan cara apa aku boleh menceriakan diri?

"Bagaimana aku boleh keluar dari perasaan tertekan ni?"

"Apa yang boleh aku buat supaya jadi sedikit ceria?"

"Bagaimana aku boleh jadi hepi?"

"Apa yang boleh aku buat untuk jadi sentiasa hepi?"

Mungkin ada di kalangan pembaca yang punya cara sendiri untuk menghepikan diri sendiri di tempat kerja. Jika ada, kongsi-kongsikan di ruang komen, untuk menambah sedikit tips motivasi kali ini.

Share This Post

8 Responses to “Bagaimana Mengawal Mood Anda Dengan Bertanya Soalan”

  1. iedasa Says:

    salam,
    berbetulan plk ngn pe yg berlaku pd sy td
    something bad happen n sy tny pd dri pe sbbnye
    da knl pasti sbb pastu tny pe spatutnye sy lakukan bile berdepan ngn perkare tu lg
    then pastu bri kate2 positif pd dri
    now i feel better
    thanks 4 ur daily motivation
    smg dpt bri manfaat pd dri n smue
    smg bro trus diberi kekuatan tuk trus improv blog yg best ni!

  2. ruza Says:

    askm,
    salam ceria semua.
    Kalau kita di uji, menyebabkan kita tertekan, marah,sedih,hilang mood,tanya diri kita,mengapa aku jadi begini?Bukan-kah ikhlas
    itu,tandanya tidak terasa besar bila dipuji dan tak terasa hina bila dikeji.Bukankah Allah hanya dan hanya menerima amalan yg benar-benar ikhlas utkNya.Dia tidak menerima sebarang amalan yg ada niat selain utkNya.Aku beramal utk mendapatkan keredhoanNya.Jadi Aku mesti kuat.Ujian-ujian yg datang sebenarnya merupakan baja-baja yg menyuburkan EQ,SQ dan IQ kita.Terimalah,pelan-pelan dgn latihan ini jiwa kita kelak akan kuat.Kan kita semuanya dalam peringkat latihan memperbaiki diri (mujahadatul nafsi).sbb tu kita di imotivasi!
    Betul tak shueqry?
    Kata-kata hukama:
    sesiapa yg memperbaiki hatinya Allah akan memperbaiki zahirnya.
    Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita memperbaiki diri kita.Amin.

  3. iedasa Says:

    ruza,
    or others
    pe beze EQ n SQ
    mtk penjelasan…
    tq

  4. nurila Says:

    salam perkenalan buat kakak-kakak,adik n abang yg setia di imotivasi ini.Saya minta izin dari bro shueqry supaya membenarkan saya mencoret sedikit cadangan.Kita semua sayangkan imotivasi ini dan ingin agar ia terus dapat memberi kita semangat menghadapi hari-hari mendatang dgn lebih berjaya.Apa kata kalau saya cadangkan kita kumpulkan dana minimum rm10 seorang sebulan ke dalam akaun imotivasi supaya ia dpt terus berjalan lancar dan bro shueqry di harap sudi menerimanya sebagai tanda terimakasih kami yg tak seberapa berbanding ilmu dan motivasi yg kami perolehi.Sekian.Maaf jika
    tersilap cadangan
    p/s;akaun nos.plee…ase bro.shueqry.

  5. Shueqry Says:

    Nurila,

    terima kasih..

    Sebenarnya dah ramai yang beri cadangan serupa sejak tahun 2007 lagi.

    Dalam masa terdekat, saya akan buka satu page khas untuk awak dan pembaca-pembaca lain menghulurkan sumbangan, tunggu ya..

    Bersemangat saya baca cadangan awak. Meluap-luap semangat nak nulis lebih rajin lagi.

  6. Shueqry Says:

    Ruza,

    Betul. Cuma, perlu tukar sikit soalan tu. Jangan tanya mengapa, tapi tanya bagaimana kita nak menempuhnya.

    Tiap kali Allah menduga kita, tanya diri apa sebenarnya yang Allah nak latih kita dengan menurunkan ujian tu. Ingat,dalam firmannya, Allah berpesan, di dalam kesulitan ada kesenangan.

    Iedasa,

    EQ - kecerdasan emosi
    SQ - kecerdasan sosial
    IQ - kecerdasan intelek

  7. Asmayah binti amir Says:

    Saya adalah seorang wanita, ibu yang bekerja. Saya bekerja sebagai Sales Promoter. Saya sedang membilang hari saja untuk keluar dr Dept. Store itu, kerana Sales Figure kami terlalu terok sekali!

    1) Barangan yang saya jual bukanlah sesuatu barang yang customer rasa perlu sangat untuk dibeli.
    2) Co. tempat saya bekerja terlalu lokek utk membuat kan advertistment agar utk memperkenalkan product saya pd orang ramai. Dengan sendiri nya orang diluar sana tak kenal akan product kami.
    3)Lokasi booth saya pula ditingkat 3, right at the end, terceruk sekali.
    4) Sejak 1 thn yg lalu dept. tempat saya bekerja tu, penjualan figures yang paling merosot , jika dibandingkan dgn dept. lain.
    5) Produk saya mempunyai persaingan dgn produk dari jenama yang memang cukup terkenal di pasaran, biarpun harganya mahal sedikit dari brand saya. Rata2 customer akan sanggup keluar belanja lebih sedikit utk sesuatu yg ada nama, terkenal, more features and quality yg baik. Kesudahan nya jenama saya tak laku.
    ** Masaa’lah nya sekarang dept. yang tempat saya bekerja tu terlalu sepi , sunyi biarpun di ujung minggu.
    Baru2 ini member saya yang satu co. dgn saya secara indirect menyalahkan saya kerna kami terpaksa dikeluarkan dr dept., store itu.

    Saya katakan pada dia, kalau rasa saya tak bagus sememangnya dari dulu lagi saya nak tenderkan surat berhenti keje, tapi malangnya supervisor saya cakap, sabar lah dulu , belum masa nya lah, apa lah..
    Atas pujukan supervisor saya tulah saya bertahan sehingga hari ini, supervisor saya tau yang kami hanya tunggu masa nya utk keluar.

    Utk pengetahuan saya supervisor saya adalah 1 of d top salesp’son cum product analyse. Atas saranan saya setelah 6 x , dia buat di tempat saya semasa saya Off day. Keenam enam x tu juga dia tak boleh buat sales! Supervisor saya sgt terkilan bila Big Bos saya perli dia, “Hai kau adalah 1 of d top salesman pun ke Dept. Store tempat saya bekerja pun kecundang jugak, tak boleh buat?”

    Saya pujuk dia sambil mengatakan, “Bukan kau yang tak cukup hebat, tak bagus cuma buying power tak ade sama sekali utk jenama kita.” Saya yang hari2 datang saya taulah tempat tu terlalu sunyi , tak ada Crowd langsung! Saya katakan pada dia kau memang bagus!, tapi kau nak jual dgn siapa?

    Member saya tu , dia beruntunglah store yang tempat dia jual Buying Power bagus sekali boleh lah dia berlagak! Nasib saya aje kurang baik dpt Dept Store mcm taik!!

    Saya jwb pd dia kalau kau rasa dah cukup hebat kenapa tak cuba buat diStore saya , itu jam la baru dia rasa langit tinggi ke rendah! Saya ckp dgn dia apa kau ingat aku hadap sangat ke nak kejme kat co. ni… da lama rasa nya aku nak berhenti , tapi aku tak taulah knapa co. ,masih sudi nak simpan orang macam aku.

    Tolong bantu saya bagaimana utk menghilangkan perasaan marah yang meluap-luap terhadap member saya itu. Wajarkah saya begitu marah!?

    Tks

    Maya

    Singapura.

  8. Nordiana Sudin Says:

    Dear Kak Maya..

    Saya bukan lah pandai dan hebat,cuma ingin berkongsi pendapat.
    Kemarahan Kak Maya tidak akan mengubah apa-apa. Apa kata kalau Kakak tukar strategi pemasaran kakak. Maksud saya kakak boleh cuba membuat penjualan secara online. Perniagaan secara online boleh mengatasi masalah seperti lokasi tidak strategik dan tiada crown malah boleh mengurangkan tekanan. Ramai contoh usahawan yang telah berjaya dengan membuat perniagaan secara online. Jika akak berminat,saya syorkan akak ikut bengkel jutawan internet Irfan Khairi. Semoga maju jaya..

Komen? Pendapat?