Bagaimana Nak Berhadapan Dengan Orang Berfikiran Negatif
Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif, berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka?
Anda hanya perlu ..
1. Biarkan Mereka Bercakap.
Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.
Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.
2. Bina Benteng Minda.
Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk ‘meracuni’ minda Anda. Nak maintan fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.
Sepeti komputer, sediakan ‘firewall’ dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.
Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.
Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.
Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.
So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.
Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.
Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga.
Ingat lagi tak hukum sebab dan akibat?
February 29th, 2008 at 2:58 am
i have seen your web page its interesting and informative.
I really like the content you provide in the web page.
But you can do more with your web page spice up your page, don’t stop providing the simple page you can provide more features like forums, polls, CMS,contact forms and many more features.
Convert your blog “yourname.blogspot.com” to http://www.yourname.com completely free.
free Blog services provide only simple blogs but we can provide free website for you where you can provide multiple services or features rather than only simple blog.
Become proud owner of the own site and have your presence in the cyber space.
we provide you free website+ free web hosting + list of your choice of scripts like(blog scripts,CMS scripts, forums scripts and may scripts) all the above services are absolutely free.
The list of services we provide are
1. Complete free services no hidden cost
2. Free websites like http://www.YourName.com
3. Multiple free websites also provided
4. Free webspace of1000 Mb / 1 Gb
5. Unlimited email ids for your website like (info@yoursite.com, contact@yoursite.com)
6. PHP 4.x
7. MYSQL (Unlimited databases)
8. Unlimited Bandwidth
9. Hundreds of Free scripts to install in your website (like Blog scripts, Forum scripts and many CMS scripts)
10. We install extra scripts on request
11. Hundreds of free templates to select
12. Technical support by email
Please visit our website for more details
Get free website for your blog
February 29th, 2008 at 4:01 pm
Tepat sekali kata2 anda. Biasanya apabila kita berada dalam keadaan negatif atmosfera (cewah..tingginya bahasa) di sekeliling kita juga akan bertukar menjadi negatif!
Dan situasi itu bakal mengundang lebih banyak masalah yang betul2 tidak kita jangka.
March 1st, 2008 at 8:34 pm
er.. tanpa nama tu kata apa ek? ha pasal tajuk kali ni memang saya akan amik langkah diam dan biar org tu berkata jek
sorry bro baru start lawat balik blog bro ni. busy dgn test 1 la. lgpun dhn 3rd year la ni. so mcm2 la nk kena wat
anyway, keep writing!
April 10th, 2008 at 10:56 am
benar kata saudara bile kite berhadapan dgn org yg berfikiran negatif gelombang pemikirannya akan menghasut emosi kita sedikit sebanyak.sy selalu berhadapan dgn perkara ini kerana sy mempunyai seorg teman yg sentiasa berfikiran negatif.
bile sy diam, sy merasa sy perlu berusara.tp bile sy membidas blik kata-katanya die mengatakan sy emosional…
oh..tidak..
bagaiman kite nak kawal org sebegini?
October 5th, 2008 at 3:23 pm
Hye….
mantap sekali..selama ne jika sy berhadapan ngan situasi 2 pasti sy pun lawan cakapnya.sekarang sy dah tahu cam na nk berhadapan ngan situasi spt ne..buang air liur ja selama ne,sekarang dgn adanya tip ne,x yah la sy susah2 buang tenaga lawan org tue.thanks1001…..
October 6th, 2008 at 11:54 am
S.Anne.V, sama-sama.
Lawan api ngan api, tak akan ada sudahnya. Tapi, bila api tu dibiarkan, dia pandai padam sendiri punya!
November 16th, 2008 at 2:38 am
Sekarang saya terpaksa berhadapan dgn org2 sebegini at least once a month..mmg kusut kepala jadinye! tq Shueqry for the tips.
November 25th, 2008 at 8:59 pm
hye…
saya berdepan dengan mulut yang tak reti nak hormat orang.kenape manusia bergitu biadap dan kurang rasa hormat dengan orang yang lebih berusia.saya tau diri saya dah berumur 34, ada yang panggil saya orang tua y not panggil nama ke apa salahnya.
November 27th, 2008 at 10:06 pm
saya ada seorang kawan yg suke berfikiran negativ dan byk menjatuhkan semangat saya..mungkin die x suke tgok saya berusaha utk majukan diri saya..dan die tros memberi kate2 yg akan membantotkan smgt saya..susah nye berdepan dgn org begini tiap2 hari..byk mengajar saya erti kesabaran…