Bagaimana Nak Ubah Negatif Menjadi Positif.

Kebanyakan kita susah mengubah fikiran menjadi lebih positif sebab kita terlalu banyak mendekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, lalu bersarang di memori kita.

Akibatnya, kita susah nak lupa lalu susah untuk merubah diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Dari mana perkataan negatif tu muncul? Kebanyakannya dari berita, terutama politik, permusuhan, jenayah, ketidakpuashatian dan isu-isu hangat.

Seringkali bila memperkatakan tentang sesuatu isu yang muncul di berita, kita jadi sakit hati, geram, kurang puas hati dan tidak setuju. Itu semua adalah emosi-emosi negatif.

Dalam tak sedar, kita dah melatih minda supaya fokus pada yang negatif saja.

Kesannya, apa saja yang kita lihat, fikir, dengar, lihat dan rasa adalah yang negatif. Sebab, minda kita dan terlatih untuk memandang aspek-aspek negatif saja dari pembacaan, pendengaran, perbincangan dan pemerhatian kita. Bayangkan jika Anda melakukan hal ini bertahun-tahun lamanya sepanjang Anda bekerja.

Sometime, kita lagi suka berbincang hal-hal negatif bersama kawan-kawan tanpa menyedari kesannya. Bila fikiran negatif dah bersarang, perangai kita juga lebih cenderung menjadi negatif.

Kita jadi pemarah, pendengus, pengomplen, kuat melawan dan tak mahu mendengar kata.

Bagaimana kita nak mengubah ni semua? Jauhkan diri dari perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, terutama yang muncul di berita seperti saya katakan tadi.

Selepas itu, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan positif yang Anda boleh dapati melalui artikel-artikel pembangunan diri, motivasi, CD ceramah dan video-video pakar motivasi yang banyak terdapat di pasaran. Hampirkan diri sehampir yang mungkin supaya Anda menjadi orang berfikiran positif, sepositif yang mungkin.

Hidup menjadi lebih cemerlang bila kita berubah menjadi orang berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif.

Ia juga membentuk kita menjadi lebih kuat berdepan apa jua cabaran.

Share This Post

8 Komen Pembaca


  1. alhamdulillah….
    terima kasih…
    lecturer mai seorang yang sangat sarcastic…
    dah banyak kali nangis sebab dia berkata2 sinis kat mai wpun tau dia kata untuk kebaikan … tapi kadang2 agak terasa dengan ayat2 dia 2… sampai nangis.. terima kasih byk kepada en.shueqry sebab lepas bca laman motivasi ni byk nasihat yg sgt berguna u mai…

    yg mai ingt n selalu buat tip u bertenaga pada waktu pagi

    n kalo rasa negatif cepat2 istighfar

    n wat donno kalo org condemn kita…

    thanks en.shueqry

    salam hari jumaat penuh motivsai…

    moga Allah beri inspirasi lagi banyak untuk terus memotivasi…

    thanks a lot…

    Quote | Posted July 18, 2008, 1:53 pm

  2. Mai,

    Saya gembira bila awak berubah jadi bermotivasi.

    Keep it up!

    Quote | Posted July 18, 2008, 4:06 pm

  3. terima kasih dan tahniah kepada en shueqry atas penulisan artikel motivasi yg hebat. dahulu saya mempunyai pemikiran yg negatif oleh itu saya mudah tertekan dan cepat putus asa.saya kini baru sahaj bergelar graduan namun disebabkan CCGPA rendah saya hilang semngat untuk berkerja kerana merasakan diri tidak layak ditambah pula penguasaan bahasa inggeris yg lemah.mujurlah ada blog en shueqry sedikit sebnayak membantu memuilhkan semangat saya.kini sudah menjadi rutin saya membaca blog ini setiap pagi…..

    Quote | Posted July 18, 2008, 4:20 pm

  4. Syabab,

    Tak bagus cemanapun kita, kita masih diberi peluang untuk bengkit semula, belajar dari kesilapan lalu berubah menjadi lebih baik. Awak masih muda, ada masa yang banyak untuk memperbaiki pencapaian diri sendiri.

    Yang dulu tu dulu. Fokus pada masa sekarang dan masa depan.

    Usah pandang ke belakang lagi.

    Boleh ya?

    Saya percaya awak ada potensi untuk mencapai kejayaan. Cuma, perlu berubah, kuatkan semangat dan gandakan usaha.

    Hidup mesti mau kuat semangat.

    LiveStrong!

    Quote | Posted July 19, 2008, 12:12 am

  5. [...] Bagaimana Nak Ubah Negatif Menjadi Positif. [...]

    Quote | Posted July 19, 2008, 12:47 am

  6. insya allah…moga moga allah beri hidayah pada kita….

    Quote | Posted July 19, 2008, 10:19 pm

  7. Syabab..

    Jom baca buku Rich Dad,Poor Dad by Robert Kiyosaki. Best buku tu,banyak motivasi untuk menjadi orang berjaya. Kejayaan bukan hanya diukur pada sekeping kertas.

    Quote | Posted July 21, 2008, 8:18 am

  8. thanks
    hr ni lec 2 mood dia sgt baik…mai pn heran…heh

    Quote | Posted July 21, 2008, 5:06 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini