Bahaya Fikiran Negatif

Di artikel yang lalu saya telah berkongsi dengan Anda kisah kawan saya yang asyik
bermasalah, berpunca dari pemikirannya sendiri. Jika dia membaca artikel lalu, saya
menulisnya kerana mahu dia berubah serta merta.

Saya hanya boleh menjadi pencetus perubahan tapi yang perlu berubah adalah dirinya sendiri. Saya amat bersyukur jika dia membaca tulisan tersebut, kerana saya tak sanguup nak meluahkan di depannya, cara ini adalah yang terbaik.

Dalam kehidupan seharian, kita kadangkala menghadkan keupayaan diri kita sendiri, kekadang kita juga menghadkan keupayaan orang lain dengan memandang rendah apa yang dibuat olehnya dan hasil tangannya dan idea-ideanya.

Fikiran kita adalah interpretasi kepada apa yang berlaku di sekeliling. Respon kita pada situasi, perkara, orang perseorangan dan benda menentukan gelombang yang terbit dari minda kita sama ada negatif atau positif.

Untuk merealisasikan apa saja matlamat Anda, Anda perlu 100% positif. Nak letak 200% atau 300% positif itu tak realistik, kena capai 100% dulu baru set ke matlamat seterusnya iaitu 200% positif. Bila kita sudah selalu berfikiran positif, terlalu banyak ‘cobaan’ yang datang, sama ada dalam bentuk perasaan dan peristiwa-pertistiwa lalu yang bermain di fikiran kita.

Ramai yang bersetuju lebih senang untuk melayan fikiran negatif seperti rasa sakit hati,
tertekan, malas, cemburu, tak puas hati dan geram, tapi dalam kita melayan rasa geram tu sebenarnya kita telah membuka pintu kepada fikiran negatif untuk meracuni hati kita dan perasaan kita, seterusnya minda kita.

Justeru, bila hati dan perasaan sudah menjadi negatif, apa saja yang keluar dari minda dan percakapan kita adalah yang negatif belaka. Kita tak mampu lagi melihat nilai positif dalam segenap aspek, setiap ruang, setiap orang, setiap benda dan setiap usaha yang kita lakukan.

Kesan daripada itu, minda (melalui Law Of Attraction) menarik semua yang negatif datang pada kita. Misalnya, kita nak promosikan blog, tapi timbul keraguan seperti ..

“Eh, boleh jalan ke teknik promosi ni?” atau .. “Kalau aku promosikan pun, ada ke orang yang nak klik ke blog aku?” .. contoh lain..

“Huh, dia tu.. asyik rajin nulis kat blog. takde lain, blog, blog, blog! Hek elleh, pe gunanya? Setakat pakai blogspot free tu, pigi daaa!” atau ini ..

“Aku nak jual ebook, tapi, boleh laku ke aa?”, “Nak jadi usahawan Internet full time, tapi boleh dapat duit ke?”

Site Partner Hari Ini
Dilema Pelajar Melayu,
Mengapa Kurang Daya Saing?

Bila minda sudah dipenuhi oleh gelombang negatif dan hati ditutupi oleh peraasaan negatif (takut gagal dan sangsi) maka lebih banyak situasi-situasi negatif akan datang kepada kita.

Minda kita ibarat magnet, apa yang selalu kita fikirkan, baik atau buruk itulah yang akan jadi pada kita, step by step dan bertahap mengikut peredaran masa mengikut sekerap mana kita membayangkannya di dalam ‘mental picture’.

Hentikan cakapan-cakapan buruk pada orang lain yang ada dalam diri Anda, kerana bila Anda
berbuat begitu apa yang Anda cakapkan dalam hati akan ‘ditangkap’ oleh minda dan ia menganggap itulah apa yang Anda mahukan terjadi, lalu minda bertindak menarik situasi serupa, menemukan ia dengan Anda secara kebetulan.

Bila Anda nampak seorang gadis memandu kereta Lotus Elise berwarna perak, jangan pula kata yang dia dapat kereta tu dengan menipu ke, jadi ’sugar babe’ ke, menyalahgunakan duit orang lain ke atau apa saja cakapan-cakapan buruk, kerana jika Anda berkata begitu, Anda sudah memasukkan sangkaan buruk ke dalam hati Anda. Lalu, turut masuk ke minda Anda.

Lotus Elise

Bila sudah masuk ke minda, Law Of Attraction bertindak serta merta menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.

Berhati-hati bila Anda selalu bercakap sendiri, berfikir dan melihat-lihat orang lain di sekeliling Anda. Kawal kata-kata hati Anda.

Adalah lebih baik untuk memilih menjadi orang yang bersangka baik, takkan ada ruginya.

Lihat dan tumpukan pada nilai-nilai positif yang ada di setiap orang, setiap benda, setiap perkara dan setiap situasi.

Misalnya, contoh tadi tu, bila Anda nampak seorang gadis memandu kereta Lotus Elise berwarna perak, katakan misalnya:

“Wow! Cantiknya kereta dia, mesti dia ni seorang eksekutif atau pegawai besar.”

“Fullamak! Cantiknya kereta tu! Hmm.. awek tu pun cantik jugak.. kagum aku ngan dia, cemana dia boleh dapat lereta camtu? Aku nak mahu bekerja lebih rajin supaya aku juga dapat bergaya dengan kereta gitu!”

Itulah contoh kata-kata dalaman yang positif. Pendek kata, pujilah setiap orang seikhlas yang mungkin dan kagumilah setiap orang sekagum yang mungkin, kerana dengan berbuat begitu Anda sebenarnya memberi peransang semangat untuk diri sendiri tanpa Anda sendiri sedari.

Berani mencuba? Cubalah!

Bila dah cuba, Anda akan rasa kesannya. Iaitu, takde lagi cakapan-cakapan diri seperti rasa takut, sangsi, was-was, tak yakin, tak dapat buat, bingung dan segala cakapan/fikiran negatif yang lain. Buat banyak kali, Anda akan dapat mengurangkan (bahkan mengecilkan) peluang diri Anda untuk berfikiran negatif.

Lama kelamaan Anda mampu bebas dari bahaya fikiran negatif.

Jumpa di artikel akan datang! Moga tip ini membantu Anda.

Wasslaam.

- Shueqry -
i do it all for one, i share it one for all.

Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Perangkap Mental
Membina Kuasa Minda
“Menarik” Apa Yang Anda Mahukan
Emosi dan Minda.
Memprogram Minda
Minda Bawah Sedar - Definasi

Komen Anda?

Share This Post

3 Responses to “Bahaya Fikiran Negatif”

  1. Raymond Says:

    Amboi, cantiknya kereta tu.

    Hehe… aku pun ada. Tapi bukan sekaranglah. Sekurang-kurangnya aku mampu membeli cermin sisinya.

    Che wah….

    Lain kali beli pula rodanya. Lepas tu, beli rangkanya, then skru dan natnya, kemudian enjinnya ….dll

    Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi Gunung Everest.
    (Dipetik dan diubah dari DBP) :)

  2. zaki blogjer Says:

    Benda-benda negatif ni mmg tak elok, Klu dibiarkan melarat kat dalam minda kita lagi teruk

  3. firadila Says:

    Shueqry,
    pada pendapat firadila….

    “Mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa berfikiran negatif dahulu kemudian mencari jalan pernyelesaian di atas setiap soalan negatif kepada jawapan yang positif”

    Dari situ baru azam dan semangat akan timbul untuk berjaya…

    senyum selalu…

Komen? Pendapat?