Be Nice Di Tempat Kerja Wujudkan Motivasi
Saya dan Anda banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Bagi saya, setiap hari saya menghabiskan paling kurang 12 jam di siber kafe di bawah jagaan saya.
Lama kan? Tapi sebenarnya 12 jam masih tak cukup.
Semasa bekerja sendiri tahun lepas, saya menghabiskan 12-15 jam depan komputer, sehari suntuk. Walaupun kerja ni nampak ‘gila’ bagi kawan-kawan saya, tapi sebenarnya saya dok lama sebab rasa seronok bekerja.
Bila saja dah habis waktu kerja, buku, cawan nescafe, kertas, pen dan majalah bertaburan di sekeliling saya. Saya kongsikan gambar workstation lama dalam imej di bawah.. 12-15 jam duduk bersila ..
Ok, itu kisah saya yang bekerja sendiri. Bagaimana pula dengan Anda yang bekerja di pejabat, kilang, supermarket, gi sekolah atau berniaga?
Pastinya Anda bekerja bersama orang lain yang menjadi rakan sekerja Anda.
Untuk membangkitkan rasa seronok bekerja dan motivasi kerja, kita perlu ‘be nice’ di tempat kerja. Cemana nak be nice?
Caranya kita hepikan diri sendiri. Kalau kita leh layan rasa sedih, tertekan, marah dan stress, kenapa kita tak leh tukar perasaan tu kepada rasa gembira, teruja, energetik, fantastik dan bersemangat?
Be nice maksud saya adalah kita bertoleransi dengan rakan sekerja. Wujudkan rasa kekeluargaan walaupun dia bukan ahili keluarga atau suku sakat kita.
Nak memulakannya, kaji lebih banyak tentang rakan sekerja kita, cari apa minatnya, tarikh lahirnya, serba sedikit latar belakang keluarganya dan benda-benda yang dia suka.
Kita boleh memenangi hati orang lain bila kita masuk ke dalam jiwanya. Orang lain akan menerima kita bila kita menampakkan minat yang serupa dengannya atau punyai hobi yang sama dengannya.
Jika Anda tak minat apa yang dia minat, kurang bijak jika Anda mencebik bibir pada minatnya.
Tetapi, diamkan diri dan sokong saja!. Lontarkan kata-kata positif dan sokong minat dia.
Suasana seronok di tempat kerja wujud bila adanya toleransi, rasa kekeluargaan dan bertolak ansur.
Baru ada motivasi time buat kerja!

Yap..setuju sangat. Kekadang bukan beban kerja yang menekan kita tetapi faktor negative di persekitaran. Threat people like what we want they treat us and be supportive..
↓ Quote | Posted July 21, 2008, 5:22 pmehehehe…kagum²…
↓ Quote | Posted July 21, 2008, 9:16 pmdok dpn pc 12-15 hours…
btw, ngah down layan ur blog can make me think one more time about my life…ehehhe…
thanks ya…
May ALLAH bless u always..
Akira,
Owh, layan saja, biar sampai jadi bermotivasi !
↓ Quote | Posted July 22, 2008, 12:06 amkenalah ‘be nice’ kalau tak, lebih baik tukar kerja lain
↓ Quote | Posted July 22, 2008, 12:22 amBro Azwan, how are you?
yup, jika nak kekal bertahun lamanya, ke be nice!
↓ Quote | Posted July 22, 2008, 12:59 am