Be Strong Dan Ada Motivasi Bermula Dari Diet Harian

Untuk tips motivasi hari ini, kita mulakan dengan soal sarapan. Lebih kepada sains ya..

Ramai di antara kita mengambil sarapan yang agak ‘heavy’ di waktu pagi. Misalnya, nasi lemak, mee goreng berlauk telur goreng atau nasi goreng dengan secawan Nescafe, teh tarik atau Ali Cafe.

Tapi, Anda tahu tak apa kesannya?

Masuk jam 9 atau 10 pagi, Anda mula rasa mengantuk. Sejam selepas mengambil sarapan pagi yang heavy’ fokus Anda lebih kepada rasa nak tidur dan mood Anda berubah menjadi kurang bertenaga, lemah saja.

Mengapa ini terjadi? Sebab bila mengambil karbohidrat (dalam mee dan nasi) dengan amaun yang banyak, boleh menyebabkan Anda mengantuk. Karbohidrat sepatutnya memberi tenaga.

Tetapi apabila tenaga yang dibakar dari makanan dalam perut tu tak diguna, ia akan disimpan di bawah kulit, berkumpul menjadi gumpalan lemak. Lebih banyak yang akan berkumpul bila kita kurang bergerak, terutama bagi Anda yang duduk bekerja di pejabat, dalam udara ber’ekon’.

Kesannya, perjalanan darah menjadi kurang lancar. Lalu, Anda jadi mengantuk dan kurang bermaya, sebab kemasukan oksigen kurang dalam saluran darah Anda yang mengalir perlahan.

Untuk melawan rasa mengantuk, Anda minum secawan kopi, bahkan ada diantara kita yang minum lebih dari secawan dalam masa 15 minit semata-mata nak lawan mengantuk.

Tahukah Anda mengambil lebih dari 3 cawan kopi sehari berisiko mengakibatkan ulser perut dan gastrik? Kesan jangka masa panjang, Anda jadi kurang bertenaga dan kurang produktiviti kerja.

Sebaiknya, ambil sarapan yang ‘ringan’ di waktu pagi. Minuman panas sambil makan sandwich atau kuih-kuih Melayu paling ngam, sebab ia mengandungi kurang karbohidrat, kurang menyebabkan mengantuk. Tapi, jangan makan sandwich terlalu banyak pula!

Share This Post

7 Responses to “Be Strong Dan Ada Motivasi Bermula Dari Diet Harian”

  1. fiza amran Says:

    salam,
    sarapan pagi amat penting untuk mengelakkan rasa lapar yang melampau waktu tengahari yg menyebabkan kita makan lebih daripada biasa..saya selalu amalkan makan sebiji epal bersama dua keping roti wholemeal +susu or nescafe..boleh tahan kenyang smpi pukul 1pm..”an apple a day keeps u away from a doctor”

  2. nanako Says:

    elak minum susu terlalu banyak pd waktu pagi juga supaya tak ngantuk….

    pesanan pada shueqry…
    wat keje tu jangan sampai lupe makan tau…

  3. Fasiha Says:

    sarapan, sarapan, sarapan…
    macam mana saya tak nak sarapan berat ek? Semacam takde kepuasan bersarapan kalau tak makan nasi.. sarapan saya yg berselera nasi le.. saya sanggup makan nasi lauk ubi kayu goreng saja atau bilis atau sekadar sambal belacan saja..
    Nampak mcm pelik tapi saya balance kan dgn supplement, multi vitamin, multi mineral.. dgn harapan dpt maintain dlm persekitaran kerja dgn bdn yg kecik comei ni..
    Setakat al-hamdulillah…
    waktu makan tengah hari yg kena jaga, takut lebih mkn nnti otak akan lebih bekerja di perut..
    *nak leave psnn sama mcm nanako:Shueq pun jgn lupa makan..

  4. Shueqry Says:

    Wah!

    Nampaknya masing-masing ada stail bersarapan sendiri.

    Saya pula selepas subuh, minum dua gelas jus oren. Selepas berbasikal, saya makan buah-buahan, then baru masuk kopi.

    Time sarapan saya tak makan, cuma lebih banyak mengambil minuman, terutama Nescafe panas jam 9 pagi.

    Nanako, thanks. Saya mesti ingat makan punya, TQ :D

  5. ZOOL Says:

    Lama sungguh tak singgah blog shueqry,.. wah ada peningkatan..

  6. Thinkerich Says:

    Shueqry,

    Tahniah satu perkongsian ilmiah yang hebat…bagus!

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH

  7. anna farisha Says:

    Shueq,

    seronok pula baca, bila tukar topik dari yang biasa nie..

Komen? Pendapat?