Belajar Dan Buat
Tips motivasi kali ni, kita bercerita tentang belajar dan buat.
Salah satu sikap orang berjaya adalah, mereka tekad tak berhenti belajar. Belajar bukan hanya setakat di bangku sekolah, tapi sehingga mereka menutup mata meninggalkan dunia ini.
Dalam seminggu, membaca sebuah buku adalah satu perkara WAJIB yang mesti dilakukan oleh mereka. Jika seminggu mereka membaca satu buku, dalam setahun, mereka dah membaca 52 buah buku!
Dari kajian saya, 85% daripada orang-orang yang berjaya ni membaca 3 buah buku dalam seminggu, 10% dua buku seminggu dan selebihnya membaca 1 buku seminggu. Mereka tahu speed reading, bahkan dah jadi terbiasa membaca cepat dalam masa singkat. Mereka membaca di mana-mana saja!
Kebanyakan mereka bukan sekadar membaca, tetapi mereka memahirkan diri dari pembacaan, selepas tu mempraktikkan apa yang mereka baca. Mereka sentiasa belajar dan buat.
Kebanyakan dari orang yang berjaya ni suka membaca, sebab rajin membaca membuat mereka tahu lebih banyak daripada pesaing mereka.
Kesannya, mereka mencapai satu pencapaian yang lebih maju kebanyakan orang. Ini bukan perkara baru, tapi dah berlaku beribu bertahun lamanya.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya diseru rajin membaca, supaya boleh maju dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan bahkan dalam kewangan .
Lebihkan dari sekadar membaca hanya untuk keseronokan, tapi, amalkan apa yang Anda baca, serap menjadi sikap peribadi dalam kehidupan sebab ia akan membentuk kita menjadi orang cemerlang.
Jika kejayaan menjadi matlamat Anda, rajinkan diri belajar dan buat, sepanjang hidup.
Kejayaan bermula di minda, dan membaca dapat memperkasakan minda.
