Belajar Untuk Belajar
Hidup lebih bermakna bila Anda rajin belajar. Kita belajar dengan melihat, mendegar dan meneliti. Belajar bukan sekadar di sekolah, tapi belajar sepanjang hidup.
Mengapa pula perlu belajar seumur hidup? Kerana itu adalah attitude orang-orang cemerlang.
Mereka sentiasa belajar dari banyak medium, antaranya buku, akhbar, majalah, makalah, lagu, video bahkan belajar dari iklan di tv! Mereka bijak melihat kehidupan dari sudut berbeza.
Mereka tak menunjuk yang mereka tahu semua perkara, tapi mrajin belajar semua perkara dalam diam. Jadi, andai anda berjumpa dengan orang yang kata dirinya tahu semua perkara, sebenarnya itu bukan orang cemerlang. Daripengalaman sendiri dan pengamatan, saya berani mengakui hal ini.
Belajar bukan sekadar untuk kecemerlangan hidup, tapi untuk survive. Kita belajar, buat dan sometime gagal.
Apa yang paling penting, kita belajar dari kegagalan tu dan mencuba lagi, lebih baik dari yang sebelumnya.
Latih diri Anda belajar untuk belajar. Kita tak dapat belajar mengusai semua perkara (walaupun itu perkara baru bagi kita) tapi boleh pelajari semua perkara satu persatu, step by step, langkah demi langkah. Take one thing at a time..
Teruskan belajar!