Berbasikal Tengah Malam
Bertemu kita di ruang artikel realiti. Saya berkongsi aktiviti saya di ruang ini.
Malam tadi saya join bos saya dan teamnya dalam sebuah meeting multi level marketing. Start dari jam 8.30 malam sehingga jam 11 malam di Radius International Hotel, Kota Kinabalu.
Kami di sana sehingga jam 11:21 malam. Selepas itu, saya kelam kabut balik ke rumah lalu menukar pakaian ke cycling attire, seluar berbasikal dan kasut berbasikal. Sempat tapau mee goreng ayam, nak makan bila sampai di kem nanti.
Bayangkan saya berbasikal dari Kota Kinabalu balik ke Lok Kawi tengah-tengah malam!
Start dari jam 11:41:23 malam, saya push speed basikal sampai ke gear paling tinggi. Selepas pekan Petagas, jalan rata dan kurang berlopak, mula dari situ saya melajukan kayuhan. Alhamdullilah, cuaca baik malam ni, normal seperti biasa.
Kereta sikit saja. Lori? Takde! Sepanjang perjalanan, semua traffic light lampu hijau! Sungguh bertuah rasanya. Naik ‘keras’ otot paha saya..
Sebab kali ni saya pecah rekod. Saya sampai di kem Lok Kawi jam 12:09:45 tengah malam.
Jadi heran MP (Military Police) kat pagar besar kem tu bila saya cakap yang saya berbasikal dari Kota Kinabalu (atlit yang lain dari Tuaran sampai ke Papar!) . Maybe sebab tak pernah orang lain buat, itu sebab diorang jadi hairan. Tengah malam pulak tu..
Mungkin dalam hati mereka, “bodoh ke budak ni?”. Saya tak kisah tu semua, janji saya seronok berbasikal.
Yang bestnya, kali ni pecahkan ‘time limit’ saya. Bermakna berlatih dengan bebanan berat pada minggu lalu memberi kesan. Saya telah mencapai satu lagi kejayaan! Wow!
Semua catatan masa saya rekod dalam satu kad dan saya nilai catatan tu dari semasa ke semasa. Data-data di dalamnya penting untuk mengkaji performance saya dan keberkesanan setiap sesi latihan.
Ini kali pertama saya berbasikal di tengah malam. Risikonya memang bahaya.
Pada waktu tengah malam, macam-macam boleh terjadi. Saya tak nak fikir tu semua, takut nanti attract masalah pula. Saya cuma mahu sampai di kem dan mencapai catatan masa yang lebih pendek dari biasa.
Saya sendiri yang nak cuba berbasikal tengah malam ni. Bertahun saya tunggu peluang gini, sekarang baru ada chance nak ‘lepas geram.’ Best woo…
I choose to live my life in a different way. Saya memilih untuk jadi ‘lain’ dari cara berfikir, bertindak dan meletak matlamat.
Saya ada target yang mahu dicapai. Anda bagaimana?
May 18th, 2008 at 10:24 pm
sy berada di japan.berbasikal perkara biasa.tp,mungkin di malaysia masih x diamalkan,setiap hari berbsikal ke skolah.lebih kurang 20 minit pergi balik.dan waktu kerja part time dlu,saya balik rumah dr tempat kerja pukul 5 pagi berbasikal dari stesen keretapi ke rmah.
tag:sharing experience with others
May 19th, 2008 at 12:31 am
Setiap kejayaan patut dibanggakan.
Ia memberi kita rangsangan untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
May 19th, 2008 at 1:25 am
tapi susah kan kalo kita ni different dengan orang lain…kena ada semangat dan motivasi yang kental….
i did my own way…ada satu lagu nih,tak ingat sape ntah nyanyi..
May 19th, 2008 at 3:11 pm
teringin jugak nak berbasikal..tp klu gurl cam saya ..susah sket.bahaya.maklumla xslamat jgak even duk kt mlysia nih.
*shueq…nak tompang naik beskal awk la..heheh. Congrats ya!!! Nanti bolehla jd armstrong sabah…=P