Berikan Apa Saja Komen Tentang iMotivasi
Saya mahu Anda jujur ketika memberi komen ringkas, bila saya bertanya…
“Apa yang Anda suka tentang iMotivasi?”
“Sebab Anda selalu berkunjung ke blog motivasi ini?”
Sebagai hadiah kejayaan iMotivasi mencapai jumlah 1333 orang subscribers, saya mahu buat sesuatu yang membuat sesiapapun tahu, apa yang menyebabkan iMotivasi mencapai tahap sebegitu.
Biar kejayaan kecil yang saya capai ni memberi suntikan inspirasi.
Mungkinkah dari artikel-artikelnya? Mungkinkah dari penulisan bloggernya?
Sebab apa iMotivasi menjadi semakin popular?
Beritahu komen Anda, apa yang anda suka tentang blog iMotivasi. Katakan apa saja!
Saya dan pembaca-pembaca lain tunggu di ruang komen.
Bagi pemberi komen senyap, kali ni munculkan diri Anda, saya minta hanya untuk seketika. Cuma kali ni saja, pleaseee!!!
Masuk ke blog iMotivasi di laman web http://www.imotivasi.com, cari artikel ni dan letakkan pendapat Anda di ruang komen.
Ataupun, taip perkataan iMotivasi di Yahoo, MSN Live Search atau Google, klik butang Search (atau tekan Enter pada keyboard) lalu Anda akan ditemukan dengan laman blog iMotivasi.
Jika Anda malu-malu, gunakan nama samaran saja. Alamat email yang Anda letakkan di ruang komen tu, hanya saya seorang yang boleh nampak.
Tak perlu TAKUT atau risau email Anda akan di gunakan untuk tujuan lain. Privasi Anda saya jamin.
Kebanyakan dari pembaca blog iMotivasi adalah wanita dan hampir kesemua mereka bukan dari kalangan blogger, cuma pengguna Internet biasa. Saya faham, sebab dari kesemua nama-nama email yang masuk ke database saya, sebutannya memang nama perempuan.
Means, golongan wanita lebih ramai meminati bahan-bahan bacaan motivasi di Internet berbanding lelaki.
Saya mahu artikel kali ni mendapat banyak komen, jadi berikan komen Anda, pendapat Anda, luahan hati Anda tentang iMotivasi, tentang saya sebagai penulisnya dan beberapa sebab mengapa Anda suka berkunjung ke sini.
Kongsikan, tulis saja.
Kita dah membina satu komuniti motivasi yang besar, jadi sudah tiba masanya untuk kita berkomunikasi.
Ingat lagi tak slogan saya, Love And Friendship?
Saya gelarkan rakan-rakan pembaca iMotivasi dengan nama “Friends Of Shueqry” atau singakatannya “F.O.S”. Bukan Factory Outlet Store ya, hehe…
Sampai ke satu tahap nanti, saya akan jadikannya sebuah offical fan club, menjadikan iMotivasi sepopular selebriti.
Inilah impian saya. Sertai saya, supaya impian ini menjadi realiti!
Berikan komen ringkas Anda tentang iMotivasi dalam ruang komen di bawah …
July 19th, 2008 at 4:54 pm
Salam Shueqry,
Tahniah kerana jumlah pembaca semakin ramai.Saya percaya semakin ramai yang hari-harinya akan menjadi tidak kena jika tiada entry mitivasi baru dari Shueqry atau tidak sempat mambaca entry Shueqry.
Bagi saya,saya suka Imotivasi mungkin kerana memang saya perlukan suasana positif dan bersemangat untuk saya meneruskan kehidupan yang mencabar ini.Saya rasa tulisan Shueqry sangat jujur dari hati yang tulus ikhlas.Jadi ia berbekas di hati setiap pembaca.Shueqry tidak terikut-ikut atau meniru gaya motivator lain dan bersedia berkongsi pengetahuan dan cerita kepada pembaca walaupun mungkin ilmu Shueqry belumlah setinggi mana.
Saya sangat-sangat menghargai kehadiran imotivasi dan rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan blog yang semakin ummph ini.
Saya doakan agar Shueqry sentiasa sihat dan dirahmati Allah untuk meneruskan agenda menjadi blogger motivasi yang di segani.Sayayakin impian Shueqry akan di izinkan Allah.Insyaallah.
Teruskanlah memberi!
July 19th, 2008 at 5:32 pm
Salam Shueqry.
Saya benar-benar bangga dengan kamu. Selama ni saya hanya menjadi pemerhati dalam diam kemajuan diri kamu.
Ya, benar, ilmu kamu masih belum setinggi pakar-pakar motivasi di luar sana. Tapi jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain, kamu ada keunikan.
I trust in you because you give with your heart. You write with passion and love.
Saya juga bersyukur sebab ada blog motivasi ini. Kamu rajin menulis dan setiap apa yang kamu tulis, entah bagaimana, sentiasa membuat kami bersemangat.
You’re a magician Shueqry, a wizard that truly touches our heart. Sebab ini mengapa ramai orang rajin masuk membaca tulisan kamu.
Thank you, sebab memberikan kami semangat, inspirasi serta harapan untuk maju ke hadapan.
Dah jadi rutin harian saya menjenguk blog kamu. Saya percaya ramai orang juga berbuat begitu.
Shueqry, teruskan menulis.
Make us proud!
July 19th, 2008 at 5:50 pm
Salam.
Dah lama saya ingin mengutarakan pendapat dalam blog kesukaan saya ni.Apabila terasa “down”, terutama sekali yang melibatkan hal2 kerja, saya akan singgah ke blog imotivasi nie. Wajib.
Antara sebab saya sukakan blog ini ialah mungkin kerana keikhlasan saudara shueqry dlm penyampaian artikel. Maksudnya… tidak diciplak dari sapa2 atau mana2 artikel lain. Lagi satu setiap kali membaca artikel terbaru seperti “tau2″ inilah ayat yang saya mahu dengar untuk membangkitkan semula semangat kerja yang dah terganggu.
Antara lain mengapa saya sukakan artikel anda ialah disebabkan frasa2nya. Antara frasa2 yang saya sangaaaaaaaaaaat suka (sekadar mengambil beberapa artikel) Ialah :
“work hard in smart way” dan “fokus tepat”. Ia seperti membuka mata hati saya sehingga berkata di dalam hati… ‘ya, inilah yang aku harus buat’.
Percayalah, saudara telah pun sedikit sebanyak berjaya merubah sahabat2 kita yang lain diluar sana tanpa saudara sedari. Dan saya pasti kerana keikhlasan saudara bekerja, saudara akan berjaya seperti yang diimpikan.Insya Allah.
July 19th, 2008 at 6:14 pm
salam shueqry,
Saya suka baca imotivasi ni kerana dapat menjadikan saya seorang yang bermotivasi..
Saya perlu membacanya secara berterusan supaya saya kekal bermotivasi..
Dengan adanya artikel2 ini, menyebabkan hidup saya sedikit sebanyak berubah.
Saya mahu blog imotivasi ini kekal sehingga sepanjang hayat.
Semoga blog ini akan menjadi popular dan diminati ramai pada masa akan datang.
July 19th, 2008 at 11:40 pm
Shueqry,
Tulisan motivasi saudara hidup, bersemangat dan jujur seolah-olah saudara berkomunikasi terus dengan pelawat blog iMotivasi…
Tahniah, teruskan penulisan motivasi saudara, semoga impian saudara suatu hari nanti menjadi realiti..
Salam kekayaan,
THINKERICH
July 19th, 2008 at 11:50 pm
salam my friend..=)
First thing saya ingin beritahu kepada shueqry..imotivasi telah banyak mengubah saya dan mengubah persepsi saya terhadap kehidupan harian saya ke arah lebih positif.
Perkara yang paling saya suka tentang imotivasi ialah blog ini selalu diupdate..dalam satu hari ade lebih dari satu artikel..sbb tu saya selalu ke imotivasi..kalau down masa tu terus bersemangat balik..hu
Wajah baru imotivasi nampak lebih profesional dan lebih cute..=).Saya doakan imotivasi akan lebih popular pada masa akan datang dan shueqry akan berjaya mencapai impiannya..insyaAllah..
July 20th, 2008 at 12:33 am
salam…
sya ska sgt bca imotvasi ny sbb bg sya smngat klo ssmngat sya hlang..
bla smngt sya trun sya kan cpt2 bkak imotivasi ny coz nak nek kan blik smgt tuh..
gud luck 4 u
July 20th, 2008 at 1:01 am
Salam..saudara
Pada pendapat saya ruangan imotivasi ni bagus kerana tip-tipnya bagus,padat dan mudah difahami.
Harap anda teruskan usaha untuk terus bermotivasi..
moga matlamat anda tercapai dlm masa yang ditetapkan..
Salam..
July 20th, 2008 at 7:58 am
Salam bahagia saudara,
Ohh ye ke….lebih ramai pembaca wanita…boleh dapat kawan baru nie. Saudara ikhlas menulis dari hati maka pembaca jujur menilai dari tulisan saudara.
Saya suka tentang iMotivasi ni kerana membacanya seolah bersembang dengan teman rapat. Mengembirakan, menenangkan sekaligus mendapat tips dan semangat positif.
Penulisan dan artikel saudara menggambarkan diri saudara.
Saya selalu berkunjung kerana nak tahu kemana saudara mengayuh basikal hari ini. Memang unik lah saudara ni…
Saya suka kesini dan blog LinnComel (saingan positif tuu..) bagi mendapat motivasi positif dan merasa segar dalam menjalankan kerja-kerja seharian.
Teruskan usaha ikhlas saudara ,
Moga mencapai kejayaan besar di masa depan.
July 20th, 2008 at 11:11 am
Hye Shueqry ..
selama ni saya hanya pembaca dalam diam saja, ni kali pertama saya letakkan komen di blog kesayangan saya ni.
Saya suka masuk blog awak sebab tiap kali habis baca artikel awak, saya jadi bersemangat dan saya suka feel tu.
Persekitaran saya kurang memotivasikan saya, suasana kerja yang sentiasa sibuk dan rakan sekerja yang lebih banyak membuli dari memberi semangat. Saya selalu tertekan, gi kerja macam gi masuk penjara rasanya…
Moga Allah murahkan rezeki awak, Shueqry.
Awak dan membantu merubah kehidupan ramai orang. Saya yang dulu kurang bermotivasi, kini dah tahu apa yang saya mahu capai dalam hidup saya, kerjaya saya dan kewangan saya.
Setiap kali saya mahukan motivasi, saya cari blog ni.
Tulisan kamu dah setanding dengan pakar-pakar motivasi sebab apa saja yang kamu tulis, pasti merubah diri siapa yang membacanya.
Kamu banyak memberi pertolongan, saya percaya satu hari nanti impian kamu menjadi blogger motivasi di kenali ramai pasti terlaksana.
Saya sentiasa mendoakan kamu dari jauh.
teruskan menulis, sebab tulisan-tulisan kamu adalah sinar semangat buat kami semua.
LiveStrong!
July 20th, 2008 at 1:08 pm
salam shueqry…
secara jujur..pada saya,kamu dah byk membuat org berfikir dari -ve pada +ve..contohnya saya diri saya sndri..dulu dalam apa saja yang saya lakukan saya tak pernah yakin dengan diri saya sendiri..bangun pagi selalu tiada semangat..bleh kata saya juga seorang yg takut pada kegagalan…saya jumpa imotivasi secara kebetulan semasa saya sedang cari maklumat utk asgmt saya..bila saya baca hasil2 tulisan kamu,saya kemudian terus jadi ceria, dan menjadi tak sabar2 nak baca apa yg akan dihidangkan oleh kamu pada esoknya..
mungkin juga sebab jarak umur yg tak banyak sangat beza dan cara penulisan kamu dari hati ke hati membuat saya serta rakan pembaca lain terpikat..
kamu ada cara yang tersendiri dalam penulisan kamu…teruskan usaha…saya dan semua pembaca disini sentiasa menyokong apa yang kamu buat..
lecturer saya pernah cakap.”kalau la otak saya dengan otak kamu boleh bluetooth..dah lama saya buat supaya saya dapat bagi semua ilmu saya kepada kamu..tapi malangnya tak boleh…”
maksudnya kita kene bekerja keras utk dapat kan sesuatu…tiada jalan mudah tanpa usaha yang gigih..
semoga kami semua mendapat tempias semangat kamu itu dalam mengejar matlamat kami semua..
Amin…
July 20th, 2008 at 6:09 pm
Salam Shueqry, lama saya ndak masuk blog kamu.
Lama jugak saya ndak jumpa kamu, hehe. Cemana suda rupa kamu aa? still cute?
I love your smile.
Wow, change blog already? So fast!
Anyway, congrats sebab blog yang baru ni cepat siap, ndak sangka suda pinda abis gi host sendiri di domain sendiri. Look like you’re getting serious.
Dari first saya jumpa kamu, dari pandangan mata saya tau kamu seorang lelaki yang ada wawasan. Bertuah mana-mana gadis yang dapat memikat hati kamu..
Mulanya sia lebih suka diam, lebih suka baca dari bagi komen. Tapi, ada beberapa things yang menarik minat sia terutama Law Of Attraction.
Dalam bahasa Melayu, kamu menerangkan dengan lengkap semua info berkaitan Law Of Attraction. Saya puas hati, sebab dari tulisan kamu saya jadi lebih faham.
Well, blog ni banyak bagi sia semangat. Time down, memang blog ni jugak la yang saya cari.
Slogan LiveStrong tu i think memang ngam, sebab kamu ada semangat kuat. Saya kagum dengan kamu…
One thing form me, dont stop blogging for all of us!
Seperti diorang juga, tulisan-tulisan kamu banyak mengubah diri saya. So untuk itu, a big Thanks for you, Shueqry.
Kalau ko pigi KK, dont forget to contact me aa.
I have something for you, its really personal. I’m waiting!
-Lis-
July 20th, 2008 at 10:33 pm
assalamualaikaum shueqry,
uups. abg shueqry.
senanye saya ni bdk s’kolah lg plus baru dlm m’baca imotivasi. penemuan blog ni juga m’rupakn 1 kebetulan tika saya sdg mencari motivasi dr. tuah iskandar.
mulanye m’baca blog ni saya berasa sgt teruja dan t’tarik dgn tulisan abg shueqry yg cukup memahami persekitaran walaupun pahit. Dlm pd itu saya tlh mengimbas kesemua motivasi dr bln JAN 08 lg. menurut saya abg shueqry lebih suka memberi dari hati yg ikhlas dan murah dlm berkongsi ilmu.sbb tulah ramai pengunjung sng membaca dan menerima seterusnya dpt menangkp apa yg nk d sampaikn x kira tua atau muda.
aslnye saya susah dlm pelajaran sbb byk gangguan plus mindset yg -ve . tp kini tlh beransur +ve dan bersemangat.
saya juga mempunyai matlamat untuk menjd seorang penulis dgn harapan generasi akan dtg x lupa pd pelajaran terutamanya umat islam di negara ini.
utk itu, mulai skrg saya mestilah berusaha lebih gigih dan belajar secara bijak untuk SPM tahun dpn.
So, saya harap sama-samalah kita berdoa untuk masa depan saya, abg n’ semua yg berkunjung di blog ni.Amin. moga2 abg shueqry x bosan memberi juga okey.
x lupa juga nk jumpa arab girl nk wat ape? buat isteri eh~
anyway saya rasa abg dh jumpa kot. cuma blum bersemuka lg.
kan minda bawah sedar tgh cari jln.betul x.
LIVE STRONG!
1 for all, all for 1
July 20th, 2008 at 11:22 pm
Saudara Shuery yang dihormati.
Saya adalah pembaca tetap iMotivasi sejak ia dahulu lagi, motivasi anda amat MEMBANGKITKAN dan saya sentiasa ternanti2 post terkini anda.
Yang menariknya, ada motivasi juga anda yang dihubungkan dgn Al-Quran dan Hadis.Ia merupakan lain dan yang lain.
Saudara jujur dalam setiap permasalahan dan terus berkongsi dgn kami. Jatuh bangun saudara merupakan MOTIVASI jarak jauh yang tidak pernah orang lain buat.
Apa2 pun teruskan dan saya tetap menyokong usaha anda.
Saya
BroHamzah Jr
July 21st, 2008 at 8:09 am
Dear Shyeqry..
Komen saya sama sahaja seperti komen pembaca yang lain. Membaca blog kamu sama seperti bercakap bersama teman rapat. Ada connection antara tulisan kamu dan pembaca. Keep it up dear..
Thanks Much kerana sudi bersusah payah ,berkongsi ilmu dan motivasi bersama kami.
July 21st, 2008 at 10:14 am
Assalamualaikum,
Sebenarnya saya jarang terus ke blog imotivsi ni kerana subscribe post saudara terus ka mailbox. Keseluruhan tulisan saudara adalah motivasi dan saya lebih cenderung kepada ulasan berkaitan Law Of Attraction. Apa pun syabas diatas kegigihan saudara sepanjang berblogging.
ps:harap kecederaan anda alamai cepat sembuh.
July 21st, 2008 at 2:10 pm
Assalamualaikum Saudara Shueqry,
Tahniah atas usaha gigih anda mewujudkan blog motivasi ini.
Pada mulanya, saya terjumpa blog ini secara tidak sengaja sekitar Mei 2008. Sejak itu, setiap hari kerja (5 hari seminggu), saya pasti singgah di blog ini.
Apa yang membuatkan saya tertarik adalah gaya penulisan saudara yang begitu tulus, atau boleh saya katakan words from your heart.
Ini semua memberikan saya motivasi dalam meneruskan perjuangan hidup. Saya jadi lebih bersemangat dan seronok apabila membaca tulisan saudara.
Saudara juga rajin menulis dan update blog dengan isu motivasi dan realiti. Ini bermakna, setiap hari saya singgah di sini, pasti ada artikel baru yang ditulis.
Semoga Saudara Shueqry terus komited dalam menjayakan blog motivasi ini dan juga berjaya dalam kerjaya, serta cita-cita besar saudara.
Selamat maju jaya!
July 21st, 2008 at 5:07 pm
Ayat yg digunakan di sini simple, mudah untuk faham apa yg dimaksudkan, bagus usaha S Shuqry
Saya mendoakan smoga sihat selalu. Pada kali pertama jumpa blog ni terus berminat dan terus mengikuti perkembangan
Terima kasih kerana bersusah payah, apa yg telah Shuqrye buat selama ni dpat serba sedikit merubah kehidupan saya ni.
iklas - utubez-
July 21st, 2008 at 5:08 pm
assalamualaikum,en.shueqry
saya baca imotivasi tiap2 hari….
seronok sangat sebab semua tips n motivasi 2 praktikal
jadi panduan hari2…
lagipun….
en.shueqry menulis tulus dari hati n with passion….
dan membuat hidup semua org lebih bermakna…
terima kasih byk sgt
July 21st, 2008 at 5:13 pm
Assalamualaikum Wr. Wb.
Rasa tak bersemangat bila sehari tak membaca blogmu. Blogmu penuh semangat dan tulisanmu keluar dari hati yang terdalam, tulus.
Kamu juga menceritakan yang real, tidak ada kesan dibuat-buat dan yang jelas blog ini tidak sekedar teori tapi aplikasi dari pengalaman hidupmu.
Kamu jujur menceritakan siapa kamu, sehingga saya merasakan kedekatan dan keakrabannya.
Dan saya berterima kasih, setiap message yang saya kirim kamu balas. Dan ini membuat saya semakin bersemangat dengan kehidupan ini.
Semoga kamu terus berjaya, amin
Wassalam
July 21st, 2008 at 5:27 pm
salam,shueqry,
saye terjumpe blog awak secara kebetulan..mase tuh saye di ambang kesedihan dan kekesalan..sume bende negative sedang bersarang di kepala saya kerana result exam yg kurang memuaskan…saya rase down,kesal,rendah diri,sedey,kecewa,xde smgt…tp dgn membace artikel awak,telah memberi sinar baru dlm idop saya..saya hampir2 putus asa selepas mendapat result exam tersebut..alhamdulillah Allah pertemukan saya dgn artikel2 awak yg telah menjadi booster kepada saya utk bangkit dari kegagalan dan teros maju kehadapan..imotivasi telah byk merubah saye menjadi seorg yg lebih positiv dan bersemangat utk menggapai kejayaan..bile saya rase down,cepat2 saya cari jalan bagaimana utk menjadi bersemangat dan positiv…sumernye saya blaja dari blog imotivasi…=) hasilnya,saye berjaya mendapat A dlm exam seterosnya yg saya jugak sukar utk percaya…setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye..dan kejayan xkan datang bergolek tanpa usaha yg gigih dan semangat yg membara…terima kaseh,shueqry..saya doakan awak berjaya mencapai ape jua matlamat yg ingin awak capai…dan saya yakin awak mampu melakukan nya…insya Allah…
July 21st, 2008 at 5:33 pm
wah x sangka ada ramai yg meminati blog ini…Saya berharap saudara Shueqry akan terus menjayakan lagi blog ini kerana blog ini banyak memberi impak kepada ramai lagi org di luar sana yg memerlukan motivasi yg dapat membantu mereka…..Keep Up The Good work!!!!
July 23rd, 2008 at 1:37 am
salam Shueqry…saya bangga dengan kamu,pada saya kamu seorang yang hebat,mampu memotivasikan ramai orang…dan buat ramai tersenyum dengan bahan penulisan kamu dan juga artikel yang kamu paparkan….semoga kamu sentiasa di lindungiNYA dimana sahaja kamu berada..salam sejahtera khas buat kamu…
July 25th, 2008 at 7:22 pm
salam..tahniah pada kamu shueqry di atas pncapaian yg kamu kecapi hari ini.tidak sia-sia usaha kamu kerana penulisan ini telah banyak membantu saya dan org lain menjadi bermotivasi dan sentiasa brfikir secara positif.teruskan usaha murni ini ya..LIVE STRONG!hehe..
July 29th, 2008 at 3:27 pm
salam abg shueqry…imotivasi bnyk memotivasikan sy y baru hendak mengenali diri n dunia luar….cabaran dunia membuatkan sy sllu down n kekdng putus asa menjadi pegangan…tp lepas je baca penulisan abg ia menaikan kembali motivasi saya…saya sekarng cuba belajar tuk berfikiran positif,terasa bnyk faedah apabila berfikiran positif,saya sudah merasai sikit demi sedikit…tq bnyk moga abg berjaya d dunia n akhirat
August 8th, 2008 at 11:52 pm
1. Tajuk logo iMotivasi bercampur aduk dengan motto berbahasa inggeris. Gunakanlah kedua-dua bahasa Melayu. Permudahkan pandangan mata.
2. Laman ini masih banyak kekosongan. Saya masih belum nampak siapa anda. Gunakanlah imej yang menunjukkan itu adalah anda.
3. Menu di bahagian atas boleh ditambah seperti soalan lazim, hubungi saya, galeri foto dan sebagainya.
4. Warna oren dan kekuningan adalah kekuatan laman web anda.
August 13th, 2008 at 4:13 pm
this is my first time menjengah ur laman web itupun secara tak sengaja.kerana boring dengan rutin keja harian yang terlalu senang aku buat selama ni,tiba-tiba timbul rasa nak mencari motivasi sekadar nak buat jiwa ini terisi.maybe jugak aku ketegori yang sukakan cabaran membuatkan aku mudah terasa kosong kerana terpaksa jugak menerima rutin harian yang selesa.dengan ikhlas dan jujur,aku masih tak nampak kekuatan penulis ni kerana apa yang ada merupakan hasil yang dihimpun daripada orang-orang yang bermotivasi lalu dikongsikan pada kami semua.penulis seorang yang rajin mencari motivasi lalu dikongsikan pada orang lain pula,thanks kerana hal ini.terus terang aku komen,himpunan yang dapat anda buat ini mampu memberi motivasi.aku sendiri merasai kesanya..teruskan usaha anda.apa yang pasti,aku akan menjadi penjengah setia laman web ni di masa-masa akan datang kerana aku merasai input positifnya.penulis juga mempunyai latar belakang peribadi yang ada jugak persamaan dengan aku seperti aku warga semporna,x student kat uitm kk dan jenis malas balik kampung..tulisan anda mampu buat aku tersentuh tentang “kampung”.betul jugak kata anda,hidup ni akan lebih berkat kalau tak lupa asal usul n famly..
October 13th, 2008 at 5:53 am
syukur dari hati, terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Saya dan iMotivasi tekad memberi yang terbaik, supaya Anda boleh berubah menjadi baik, semakin cemerlang dan semakin berjaya.
Saya bahagia melihat orang lain bahagia dan cukup gembira!
Shueqry
imotivasi@gmail.com