Bersukan Sebagai Ibadah
Saya ingin memberitahu Anda, saya dah membeli sebuah basikal. Niat saya hanya satu, untuk bersukan dan mengembalikan semula kecergasan yang lama hilang. Bertahun mengidam nak ada basikal sendiri ni sebenarnya, alhamdulillah, baru kali ni ada peluang.
Menyentuh tentang blog, saya tak ada laman blog peribadi. Kebanyakan kisah-kisah diri saya, kerjaya saya dan rahsia peribadi saya, banyak yang saya kongsikan di sini.
Walaupun ia blog motivasi, tapi saya tetap jadikannya sebagai medium komunikasi, berkongsi informasi dan segala apa yang saya tahu.
Bak kata Ahib, share everything! Siapa Ahib? Dia salah seorang dari ribuan pembaca setia blog iMotivasi. Thank You, Ahib..
Kerajinan Anda masuk ke lama blog ini juga banyak memberi semangat buat saya. Jujur dari hati, Terima Kasih.
Last year saya setup 23 blog yang kebanyakannya bertumpu untuk menjana wang dengan produk affiliate dan Adsense. Tapi, selepas berpindah rumah, saya fokus kepada dua blog, blog iMotivasi dan satu blog teknologi dalam bahasa Inggeris sebab saya kurang ada masa untuk mengurus kesemuanya. Sekarang saya bekerja di siber kafe, berblog separuh masa sahaja.
Walaupun saya masih tak berapa fasih menulis dalam English, blog tersebut saya gunakan sebagai tempat berlatih. Tulisan masih tunggang langgang, janji mesej yang nak disampaikan dapat difahami. Saya percaya pada frasa ‘practice makes perfect”.
Niat saya bersukan adalah sebagai salah satu cabang ibadah. Teringat dulu, walaupun pada mulanya agak malu turun berenang, tapi lama-kelamaan rasa malu tu hilang dek keseronokan merasa sejuknya air kolam dan nyamannya bunyi air yang mendesir di telinga ketika berenang.
Renang dah tinggal (sebab kolam renang jauh benor!) jadi saya gunakan basikal sebagai tempat ‘lepas geram’, hehe…
Saya bersukan bukan sekadar suka-suka tetapi untuk mencapai tahap kecergasan pada level tinggi. Jika orang lain minat bola, minat badminton, takraw, tennis, bowling mahupun ragbi, saya minat dengan sukan berbasikal.. memang janggal bagi pandangan mereka, tapi selagi ia menyeronokkan serta memberi kepuasan, saya tetap melakukannya.
Sebab? Berani untuk menjadi lain daripada yang lain!
May 1st, 2008 at 1:10 am
Bandan sihat, otak cergas.
May 1st, 2008 at 8:54 am
Satu lagi, senang nak nulis blog!
Banyak idea datang mencurah-curah ..
-Shueqry-
May 4th, 2008 at 6:16 pm
yeah Share Everything… Apa yang tahu sy insya Allah akan kongsi. mcm td baru ke posting sbb rasa nk kongsi tu kuat sgt. hehehe…
owh pasal bersukan ni sy ptg dh karang bersukan la bro. tp tiap2 ari sy akan berbasikal. tp takde la mcm bro smpai berbasikal tmpt lepas ‘geram’