Bersungguh-sunguh Walaupun Payah

Salam buat pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.

Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah.

Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah. Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan.

Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan dan bercuti sesuka hati selama mana yang Anda mahu.

Tidak perlu hairan mengapa orang-orang cemerlang yang dahagakan kejayaan sanggup bersungguh-sungguh walaupun payah, rajin gila!.

Mereka sudah tahu dari awal, kerja keras hari akan membuat mereka senang di hari esok, bukannya senang hari ini, bersuka ria hari ini tapi susah di hari esok. Anda dalam golongan yang mana satu?

Jangan mengeluh andai Anda bertembung dengan dugaan hebat. Jangan mengeluh apabila apa yang Anda usahakan menemui kegagalan.

Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.

Masalah ramai orang adalah, mereka terus berhenti apabila menempuh kegagalan. Sebab itu, orang yang cemerlang cuma sedikit di antara kita, tak kira yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dalam kerjaya mahupun perniagaan.

Pasang niat di dalam hati, Anda mahu bersungguh-sungguh, walau sepayah manapun usaha yang perlu dicurahkan. Set dalam fikiran, Anda mahu mencapai matlamat dengan cara apa sekalipun, janji halal.

Tekad mahu berjaya mula dari hari ini juga… Bila kejayaan dalam genggaman, ia merupakan kenangan yang amat manis!

Share This Post

9 Responses to “Bersungguh-sunguh Walaupun Payah”

  1. Thinkerich Says:

    Shueqry,

    Tahniah..

    Saya dapati ini adalah artikel yang pasti dinanti-nantikan oleh semua agar dapat membuka minda dan fikiran mereka seluas-luasnya…

    Artikel yang amat disyorkan oleh PemikirKaya.com

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    Motivasi kekayaan, Kewangan & Peribadi
    http://www.PemikirKaya.com

  2. Raymond Chua Says:

    Memang betuk kata Shueqry.

    Kita sedang dalam perjalanan ke arah kejayaan. :)

    Mari kita mempercepatkan langkah

  3. kardini Says:

    bg sy sume org ingn bjaya cume kekadang rase rndh dri 2 sntiase ade….kalu x keberatan..tuan bg tips tuk jadi bijak,genius n tips utk mnghakis prasaan rndh dri….

  4. sedih Says:

    salam.encik,sy skrg ni dh di saat peperikasaan akhir.tuk exam.sjak belakangan ni,sy jd kurg smngt tatkala kwn2 suma makin garang pamerkan belang diaorg.sy jd rndh dr,kurg konfident sgt..peperikasaan sy hy tggal 1 mggu dr skrg.mampukh tuk sy bt sesuatu kjutan encik tuk saat bgini yg mna emosi kacau-bilau yg dtg ni xkira waktu.. sy rasa takut sgt skrgni..ap tndkn yg efektif yg blh sy bt?

  5. din Says:

    satu lagi kata2 semangat untk buat saya berjaya ….dalam kerunsingan ni.datang ayat ini memberi smgat kpd saya,, time kasih daun keladi

  6. suGarplum Says:

    bersungguh2 walaupon payah–>artikel yg membakar smgt utk teros bekerje keras dan rajin walaucamane susah sekalipon,kerna setiap kesusahan itu x berpanjangan,dan kesenangan yg dtg sesudah kesusahan adalah satu nikmat yg x terhingga nilainya..thanx shueqry

  7. mas Says:

    “Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.”

    reminds me of thomas edison qoutes
    “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work. “

  8. mas Says:

    “Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.”

    reminds me of thomas edison qoutes
    “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work. ”

    sbb kalau die x berusaha smpi ke 10,001 hari ni kite tentu x d mentol!

  9. sudin Says:

    kejayaan sebenar ialah kejayaan bangkit dari kegagalan walaupun jumlah kegagalan itu beratus kali, bangun dan berusaha selepas gagal itu adalah satu tindakan yang patut ada pada setiap insan yang inginkan kejayaan yang cemerlang

Komen? Pendapat?