Beza Mesti Dan Mahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Ramadhan buat pembaca Motivasi Pembangunan Diri. Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang mesti dan mahu.
Ada beza yang sangat besar di antara dua perkataan, MESTI dan MAHU. Dalam skop kita untuk mengejar kecemerlangan peribadi, kejayaan dan kemajuan diri, kita perlu membuat keputusan sama ada mahu berjaya atau mesti berjaya.
Ramai orang mahu berjaya, tapi tak ramai orang yang sanggup melakukan seperti apa yang orang-orang berjaya sanggup lakukan iaitu bekerja keras, sekeras yang mungkin, serajin yang mungkin. Formula paling simpel dalam mengejar kejayaan ialah meniru sikap, mindset dan tindakan orang-orang berjaya.
Selain sanggup melakukan apa saja, Anda perlu ada daya tahan mental dan fizikal. Dari pengamatan saya, orang-orang yang berjaya mempunyai tersendiri daya tahan kerana motivasi yang menjadi “booster” ketahanan mereka lahir dari keseronokan bekerja.
Mesti dan mahu memang banyak bezanya. Perkataan “mahu” bila Anda lafazkannya, bagaikan Anda mempunyai pilihan-pilihan lain. Bak kata Dr Tuah Iskandar, nak ke tak nak?.
Tapi, bila menyebut MESTI, Anda sudah tidak ada pilihan. Seperi kata Dr Tuah Iskandar lagi, biar betul-betul dan buat sampai jadi. Sebab, dah jadi mesti.
Apa getaran yang Anda rasa bila saya kata Anda mahu berjaya dan Anda MESTI berjaya? Perkataan MESTI merupakan sesuatu yang serius dan memberikan getaran tahap tinggi pada gelombang minda Anda. Betul tak?
Dalam mengejar kejayaan, katakan Anda MESTI berjaya. Beritahu pada orang-orang di sekeliling Anda yang Anda mesti berjaya, put yourself on the line !
Tak kisah sama ada seorang pelajar, pekerja atau usahawan Internet, beritahu kawan-kawan Anda dan kawan kepada kawan-kawan Anda yang Anda mahu berjaya. Cabar diri sendiri untuk mesti berjaya dengan cuba membuktikannya pada mereka.
Dengan ini, Anda sudah tidak ada pilihan lagi kerana reputasi Anda berada di depan mata mereka dan mahu tidak mahu, Anda mesti bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dengan itu, minda Anda mengambil serius keputusan Anda mahu mencapai kejayaan lalu dalam masa yang sama, menarik situasi-situasi, orang perseorangan dan apa jua benda yang membuat Anda boleh berjaya.
Kalau Anda mahu belajar bahasa Inggeris, ia ibarat matlamat suam-suam kuku yang sekejap lagi akan sejuk jadinya. Tapi, andai kata Anda katakan pada diri sendiri yang Anda mesti menguasai bahasa Inggeris, Anda sudah tidak ada pilihan melainkan belajar menguasai bahasa Inggeris untuk berjaya make money di Internet.
Katakan mesti, bukan mahu. Boleh katakan mahu, tapi mesti adalah pilihan yang lebih baik.
Ia akan push diri Anda untuk bertindak.
- shueqry -
all for one, one for all.
Tips Motivasi Berkaitan
- Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja video 3
- Motivasi Seperti Mandi
- Motivasi Kejayaan dan Ramadhan
Blog Disyorkan Oleh Shueqry
AzwanHadzree.com
tips in making money with your writing skills
October 9th, 2007 at 8:56 am
Pandangan saya?
http://attractingyourgoals.com/if-you-want-to-take-the-island-burn-the-boat/
itulah bezanya mahu dan mesti mahu.
October 10th, 2007 at 4:26 pm
yup, thats correct!
saya juga dah baca artikel dari Raymond tu .. inspiring post ..
thanks !
- Shueqry -