Bila Dah Berjaya, Jangan Lupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang kejayaan. Bila Anda dah berjaya, tak kira kejayaan besar atau kecil, jangan lupa orang yang dibawah pencapaian Anda.

Bila kejayaan dah menjadi milik Anda, motivasikan orang lain dan bantu mereka bina diri mereka menjadi seperti Anda, supaya mereka boleh berjaya sama level dengan Anda. Kejayaan adalah untuk dikongsi, bukan untuk dibangga-banggakan kerana ia boleh ditarik bila-bila masa dengan kehendak Allah s.w.t.

Takrif kejayaan terpulang pada Anda kerana ia sesuatu yang sangat subjektif, berubah-ubah dan tidak tetap. Kejayaan pada diri Anda, misalnya mungkin bila Anda berjaya memikat hati seorang gadis, berusaha memotivasikan orang yang putus cinta mahupun berjaya menjana wang dari Internet hasil usaha keras Anda.

Jika Anda tetapkan matlamat mahu berjaya, kenal pasti bidang mana satu yang Anda mahu berjaya tu, kerana jika Anda mahu berjaya tapi tak tahu di bidang mana Anda mahu melakar kejayaan, ia sama seperti memandu kereta tanpa tahu ke mana mahu di tuju.

Bila Anda dah berjaya, jangan sesekali meninggi diri dan merasa pencapaian Anda lebih hebat daripada orang lain. Be humble, kerana sikap sebegitu disenangi ramai orang. Kalau boleh, kongsikan kejayaan Anda dengan orang lain.

Sehebat-hebat pencapaian Anda, ada lagi orang yang lebih hebat. Ingat tak kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir?

Itu saja tips motivasi kali ini. Kebetulan tadi saya terjumpa seseorang dan dia langsung tak memandang saya, walaupun dah bertentang mata.

Namun, saya hanya ambil yang positif, di dalam hati saya bertekad mahu majukan lagi pencapaian diri saya agar setanding dengannya. Sekarang, saya orang biasa, tapi saya percaya dengan usaha konsisten, percaya dengan diri, rajin berusaha dan sentiasa berdoa, saya mampu mencapai kejayaan.

Ia bukan sesuatu yang mustahil. Bak kata Adidas, Impossible Is Nothing!

Siapa dia? Nanti saya akan cerita di tips-tips akan datang.

- Shueqry -
all for one, one for all.

Share This Post

5 Responses to “Bila Dah Berjaya, Jangan Lupa”

  1. Raymond Says:

    Betul. The world is full of abundance.

    So tok sah lah kedekut sangat masa berjaya nanti. Sumber kat dunia ini tak kan habis.

    Tak kan habis kalau nak capai semua.
    Tak kan habis kalau nak guna semua.

    Kongsi saja lah.

  2. shueqry Says:

    Raymodn,yup, i agree!

    semakin banyak yang kita kongsikan, semakin banyak yang kita dapat.

    Apa yang kita bagi akan kita dapat semula !

    Give money, attract money. Give love, attract love!

  3. ktom Says:

    Shuq dan Raymond,

    Setiap patah perkataan anda adalah mencerminkan siapa sebenarnya anda berdua. Syukur kerana Ktom dipertemukan secara maya dengan anda berdua.

    Teruskan berbakti kepada sesiapa sahaja kerana semakin byk ilmu yang dikongsikan semakin banyak pula ilmu yg kita dapat.

    Keep up the good work….

  4. Raymond Says:

    Dapat mengenali Ktom secara maya merupakan kebanggaan saya juga. :)

  5. adnan lee chong fatt bin abdull Says:

    Ini kali pertama saya masuk ke blog saudara. Bagus juga ada blog sedemikiaan untuk orang ramai berkongsi ilmu dan pengetahuaan.
    Pagi tadi kebetulan saya lalu di kedai makan bawah perjabat saya 3 orang lelaki islam berbangsa melayu berborak-borak, terdengar di telinga kanan saya salah seorang daripadanya kata ” kenapa orang islam didunia sekarang ini tak tahu meniaga, sedangkan zaman dulu Nabi kita pandai meniaga”. lalu tersenyum seketika saya apa mereka katakan dan saya lalu dari situ meningalkan mereka, Bagi pandangan saya ramai sebenarnya orang yang telah berjaya didunia ini, cuma sikap semulajadi manusia tak prenah bersyurkur apa yang ada di depan mata atau terlebih bangga apa yang ada di depan mata. yang penting kita haruslah sentiasa
    M = mesti
    B = berusaha
    G = gigih
    itulah yang selama ini saya bina dalam hidup saya MBG.

Komen? Pendapat?